web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Masjid Kristal Dibuka Semula Untuk Aktiviti Ibadah Dan Pelancongan

Selepas sekian lama, Masjid Kristal akhirnya sudah boleh beroperasi dengan selamat terutama untuk aktiviti ibadah pada bulan Ramadan yang tinggal hanya beberapa hari lagi.

Jelajah Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 02 Apr 2022 9:29AM

Gambar: Mahmud Ahsan, Unsplash

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Selepas empat tahun tidak beroperasi, Masjid Kristal yang menjadi antara tarikan utama ke Taman Tamadun Islam (TTI) di Kuala Terengganu kini dibuka kepada orang ramai untuk aktiviti ibadah dan pelancongan.

Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Teknologi Digital Negeri, Ariffin Deraman berkata kerja-kerja pembaikan Masjid Kristal yang bermula pada 2018 telah pun siap dengan perbelanjaan sebanyak RM700,000.

Bagaimanapun kata beliau, masih terdapat beberapa kerja pembaikan kecil yang lain seperti aspek pencahayaan yang akan dilaksanakan sehingga hujung tahun ini bagi menarik kunjungan lebih ramai pelancong.

“Selepas sekian lama, Masjid Kristal akhirnya sudah boleh beroperasi dengan selamat terutama untuk aktiviti ibadah pada bulan Ramadan yang tinggal hanya beberapa hari lagi.

Untuk kerja-kerja penambahbaikan sehingga hujung tahun, kita sedang usaha dapatkan peruntukan daripada kerajaan pusat dan agensi-agensi berkaitan. Setakat ini maklum balas yang kita terima adalah positif," katanya pada sidang media pengoperasian semula Masjid Kristal semalam.

Turut hadir, Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Memajukan Iktisad Negeri Terengganu (PMINT), Wan Adnan Wan Derahman.

Dalam perkembangan lain, Ariffin berkata walaupun sempadan negara mula dibuka kepada pelancong luar bermula hari ini, pihaknya tetap meletakkan sasaran kedatangan tiga juta pelancong pada tahun ini.

Menurut beliau, pihaknya perlu memantau perkembangan semasa pada suku pertama dan kedua tahun ini bagi meneliti perancangan dan strategi untuk melonjakkan lagi industri pelancongan negeri.

“Bagaimanapun setakat tiga bulan pertama ini perkembangan sangat baik apabila empat hotel milik kerajaan negeri kesemuanya mencatat keuntungan sehingga jutaan ringgit," katanya. - Bernama

Isu Pada

Dunia Seni Zulhairul Ikram

02 Apr 2022

Berita Berkaitan

1

Video & Galeri 5 hari yang lalu

Wanita Putus Kaki Dalam Kemalangan LPT2 Meninggal Dunia Di Hospital

2

Semasa 1 minggu yang lalu

Pemandu GTI Didakwa Sebabkan Kematian Remaja

3

Semasa 2 minggu yang lalu

Kemalangan Maut Di Pelantar Minyak: ‘Hanya Allah Yang Tahu Perasaan Saya Ketika Ini’ - Isteri Mangsa

4

Semasa 2 minggu yang lalu

Kemalangan Di Pelantar Minyak: PETRONAS Sahkan 3 Maut

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan