web statsweb stats

Berita Terkini

3 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 3 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


10 PBT Rangkul Anugerah Asean Clean Tourist City Standard

Tiga PBT menerima anugerah di peringkat ASEAN termasuklah Majlis Bandaraya Pulau Pinang, Majlis Perbandaran Muar dan Majlis Perbandaran Langkawi Bandaraya Pelancongan manakala tujuh lagi di peringkat kebangsaan.

Jelajah Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 08 Mar 2022 12:10PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Sepuluh pihak berkuasa tempatan (PBT) menerima anugerah ASEAN Clean Tourist City Standard di peringkat ASEAN dan kebangsaan menerusi Anugerah Standard Pelancongan ASEAN 2022-2024.

Menteri Pelancongan Seni dan Budaya, Datuk Seri Nancy Shukri berkata, tiga PBT menerima anugerah di peringkat ASEAN manakala tujuh lagi di peringkat kebangsaan.

"Penerima anugerah di peringkat ASEAN ialah Majlis Bandaraya Pulau Pinang, Majlis Perbandaran Muar dan Majlis Perbandaran Langkawi Bandaraya Pelancongan.

"Perbadanan Putrajaya, Majlis Bandaraya Kuching Selatan, Majlis Bandaraya Kuantan, Majlis Bandaraya Miri, Majlis Bandaraya Terengganu, Dewan Bandaraya Kuching Utara dan Majlis Perbandaran Sibu pula adalah penerima di peringkat kebangsaan," katanya dalam ucapan menerusi tayangan video pada majlis Anugerah Standard Pelancongan ASEAN peringkat kebangsaan 2022-2024 di ibu kota semalam. 

Sementara itu, Nancy berkata seramai 14 penerima Malaysia terpilih menerima anugerah di peringkat ASEAN menerusi empat kategori di Majlis Penganugerahan Standard Pelancongan ASEAN 2022-2024 yang berlangsung di Kemboja, Januari lepas.

Menurutnya, keseluruhannya MOTAC menerima 56 pencalonan dengan 29 calon telah melepasi syarat minimum kelayakan menerima anugerah untuk setiap kategori disertai.

"Namun, oleh kerana kekangan kuota yang ditetapkan oleh Sekretariat ASEAN, maka sebahagiannya tidak berpeluang menerima anugerah ini di peringkat ASEAN.

"Justeru, MOTAC mengambil inisiatif menganjurkan majlis ini di peringkat kebangsaan sebagai usaha mengiktiraf penggiat industri pelancongan yang telah memenuhi syarat standard ASEAN," katanya.

Selain anugerah ASEAN Clean Tourist City Standard, MOTAC hari ini turut menyampaikan anugerah ASEAN Green Hotel Standard, ASEAN Sustainable Tourism Standard dan ASEAN MICE Venue Standard kepada 19 penerima.

Anugerah disampaikan Timbalan Ketua Setiausaha (Pelancongan) MOTAC Mohd Zamri Mat Zain yang mewakili Nancy yang kini berada di Johor untuk urusan rasmi. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 minggu yang lalu

Gangguan Seksual Lelaki: Malaysia Catat Peningkatan Ketara - Nancy

2

Semasa 1 bulan yang lalu

ASEAN Main Peranan Besar Sebagai Jambatan Penyatuan Serantau - PM

3

Semasa 7 bulan yang lalu

Timor-Leste Secara Rasmi Sertai ASEAN, Lengkapkan Peta Asia Tenggara

4

Semasa 7 bulan yang lalu

Pertemuan Dengan Trump Berjalan Ikut Jadual, PM Terima Memorandum Sokongan 16 NGO

Sorotan

1

Pemandu Lori Nahas Maut Karak Miliki 15 Rekod Saman

2

Kerugian Jenayah Siber Cecah RM3 Bilion, Penipuan Dalam Talian Meningkat 87 Peratus

3

Tragedi Zaid Ibrahim; Ahli Politik Yang Berhutang Penjelasan

4

Video Belasah Pembantu Rumah Tular, 2 Pasangan Suami Isteri Ditahan

5

Asid Tumpah Dari Lori: Tiada Pencemaran Asid Di Sungai Cherating - JAS

6

Motosikal Ditunggang Langgar Belakang Kereta, Pelajar Maut Digilis Lori

Disyorkan untuk anda

Gaya 1 hari yang lalu

Skin Turnover Protocol, Pendekatan Baharu Untuk Kulit Sihat Dan Menawan

oleh Rahayu MN