web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


TNB Tanam 19,800 Anak Pokok Bakau Di Manjung Sejak 2013

Inisiatif ini dijangka memberi manfaat kepada komuniti setempat dari segi pembangunan ekonomi baharu melalui aktiviti ekopelancongan sambil memperkaya sumber hidupan marin.

Jelajah Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 14 Feb 2022 4:30PM

Gambar: Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Tenaga Nasional Berhad (TNB) telah menanam 19,800 anak pokok bakau menerusi program pemulihan hutan bakau di kejiranan Stesen Janakuasa Sultan Azlan Shah (SJSAS) di Manjung, Perak sejak 2013 hingga kini.

TNB dalam kenyataan hari ini memaklumkan lokasi penanaman adalah di sekitar Pasir Panjang di Kinta serta Kampung Sungai Tiram dan Kampung Sungai Limau di Manjung.

“Jumlah ini adalah sebahagian daripada sejumlah 23,700 anak benih bakau yang ditanam TNB di negeri-negeri Semenanjung. Selain Perak, TNB turut menanam bakau di pesisiran pantai di Perlis, Pulau Pinang, Selangor dan Negeri Sembilan.

Ia termasuk empat lokasi habitat kelip-kelip dipulihara oleh TNB di Kampung Kuantan di Kuala Selangor, Selangor; Kampung Dew di Taiping, Perak; Kampung Sungai Timun di Rembau, Negeri Sembilan dan Kampung Yak Yah di Kemaman, Terengganu,” menurut kenyataan itu. 

Gambar: Bernama
Gambar: Bernama

Kenyataan itu memaklumkan bermula Januari hingga Disember tahun lepas, TNB Power Generation Sdn Bhd (TNB Genco) dengan kerjasama Persatuan Pencinta Alam Malaysia telah menanam 1,167 batang anak pokok bakau di sepanjang pantai Stesen Janakuasa Tuanku Muhriz, Port Dickson, Negeri Sembilan. 

Inisiatif berterusan itu sejajar dengan komitmen TNB terhadap isu alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG), sekali gus meningkatkan kepelbagaian spesies flora dan fauna serta menyediakan habitat baharu untuk hidupan liar serta mencegah hakisan pantai dalam jangka masa panjang.

“Ia juga dijangka memberi manfaat kepada komuniti setempat dari segi pembangunan ekonomi baharu melalui aktiviti ekopelancongan sambil memperkaya sumber hidupan marin, lantas berpontensi membantu pendapatan para nelayan,” menurut kenyataan itu. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

Panjat Pencawang Elektrik Setinggi 25 Meter: Bomba Selamatkan Lelaki Cuba Bunuh Diri

2

Semasa 2 tahun yang lalu

TNB Santuni 50 Keluarga Masyarakat India Di Lembah Pantai 

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Gangguan Bekalan Elektrik Di CIQ BSI Pulih Sepenuhnya Pada 9.15 Pagi - TNB

4

Semasa 2 tahun yang lalu

TNB Tutup Bekalan Elektrik Di Sekitar Gong Badak

Sorotan

1

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

2

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

3

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

4

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

5

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

6

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

Disyorkan untuk anda

Jelajah 1 hari yang lalu

Pasar Bisik Kuala Muda, Tradisi Dagangan Yang Masih 'Berbisik' Di Tengah Arus Moden