web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Ratusan Tanglung Merah Menghiasi Labuan Sempena Tahun Baharu Cina  

Hiasan ini digantung di sepanjang Jalan Merdeka, Jalan Tun Mustapha dan kawasan sekitar menuju ke bandar bagi membangkitkan suasana perayaan.

Jelajah Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 26 Jan 2022 12:08PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Menjelang Tahun Baharu Cina, ratusan tanglung telah dipasang di seluruh pusat bandar Labuan dan kawasan sekitarnya sejak minggu lepas. 

Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Labuan, Rithuan Ismail berkata, hiasan itu digantung di sepanjang Jalan Merdeka, Jalan Tun Mustapha dan kawasan sekitar menuju ke bandar yang membawa suasana Tahun Baharu Cina sepanjang musim perayaan.

“Tanglung merah digantung untuk mewujudkan suasana Gong Xi Fa Cai dan perayaan Tahun Baharu Cina. Kami mahu suasana perayaan dapat dirasai oleh orang ramai. Kami telah memulakan projek ini sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

“Bagaimanapun sambutan tahun ini mungkin tidak semeriah sebelum pandemik (COVID-19) kerana orang ramai masih mengambil langkah berjaga-jaga terhadap kemungkinan jangkitan,” katanya kepada Bernama semalam.

Tanglung merah yang menghiasi bandar Labuan.
Tanglung merah yang menghiasi bandar Labuan.

Beliau berkata kerajaan telah mengumumkan bahawa tiada acara rumah terbuka dibenarkan tahun ini, sekali gus hiasan itu boleh menjadi antara tarikan utama semasa sambutan itu.

Minggu lepas, Kementerian Perpaduan Negara mengumumkan bahawa kunjungan dari rumah ke rumah dan acara makan keluarga akan dibenarkan untuk sambutan Tahun Baharu Cina.

“Walaupun pandemik menjejaskan keceriaan Tahun Baharu Cina tahun lepas, semangat perayaan agak tinggi tahun ini. Dengan langkah berjaga-jaga, gerai dan pasar raya di bandar ini dihiasai perhiasan warna merah,” kata Rithuan.

Pemilik kedai, Chung Lee Hwa, 54, ketika ditemui berkata perniagaan masih perlahan kerana kekurangan barangan dari luar dan mahal untuk mengimportnya.

“Orang ramai kurang berbelanja kali ini, tetapi kami gembira melihat orang datang membeli,” katanya. - Bernama

Gambar: Muqtadir Halim, Bernama

Berita Berkaitan

1

Rencana 3 bulan yang lalu

Tahun Baharu Cina: Sambutan Merentasi Etnik, Harapan Mengatasi Ketakutan

2

Semasa 4 bulan yang lalu

Rakyat Manfaat SARA Untuk Persiapan Tahun Baharu Cina, Ramadan

3

Semasa 1 tahun yang lalu

Datuk, 2 Cucu Maut Rumah Terbakar

4

Luar Negara 1 tahun yang lalu

Gempa Bumi Kuat Landa Mindanao, Gegaran Dirasai Sekitar Sabah, Labuan

Sorotan

1

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

2

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

3

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

4

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

5

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

6

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

Disyorkan untuk anda

Jelajah 1 hari yang lalu

Pasar Bisik Kuala Muda, Tradisi Dagangan Yang Masih 'Berbisik' Di Tengah Arus Moden