web statsweb stats

Berita Terkini

3 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 3 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Kembara Solo Di Selangor, Mengapa Tidak?

Tidak perlu pergi jauh, cukup sekadar menjelajah Selangor!

Jelajah Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 25 Nov 2021 3:04PM

oleh

Zaidi Che

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Pengembaraan solo bukanlah suatu perkara yang asing lagi dalam kalangan masyarakat kita, terutamanya golongan muda. 

Memanglah melancong bersama keluarga atau rakan-rakan sangat menyeronokkan, tetapi kadang-kala kita juga perlu masa untuk diri kita sendiri, bukan?

Mengembara secara seorang diri pastinya dapat mengajar kita untuk menjadi lebih terbuka dan berdikari. 

Jadi, luangkan masa untuk diri sendiri, atur perjalanan anda dan kunjungi tiga destinasi pilihan seperti berikut:

#1 Muzium Automobil Nasional

Buat pencinta kereta, kenali sejarah sektor automotif negara di Muzium Automobil Nasional yang terletak di Welcome Centre, Litar Antarabangsa Sepang ini.

Merangkumi ruang pameran dua tingkat, muzium ini sudah dibuka sejak 2004 lagi. Ia dibina bagi menghargai dan menampilkan sejarah perkembangan industri automotif negara.

Aras bawah mempamerkan segmen pengenalan sistem pengangkutan di Malaysia serta produksi kereta terawal negara. Manakala, aras satu pula memaparkan sektor industri permotoran secara umum dan menyeluruh. 

Cuci mata melihat lebih 20 model kereta tempatan dan antarabangsa termasuk kereta-kereta vintaj dan yang tidak diproduksi lagi.

#2 Kuala Selangor

Ketika melancong secara solo, pastinya anda ingin mencari makanan tempatan yang bukan hanya autentik dan sedap malah harganya berpatutan, bukan? 

Pergilah ke Kuala Selangor yang terkenal dengan hidangan Mi Udang Banjir, hasil tangan orang kampung jati di daerah ini. 

Mi yang disajikan dengan udang bersaiz besar yang tenggelam timbul di dalam kuih banjir ini pastinya memberikan kepuasan kepada setiap pelanggan. 

Nikmati keenakan Mi Udang Banjir ini tanpa sebarang gangguan dan tanpa perlu berkongsi dengan sesiapa pun. It’s all yours

#3 Pulau Ketam

Memancinglah di Pulau Ketam!

Sebenarnya Pulau Ketam bukanlah sebuah pulau yang asing kepada kaki pancing. Pulau berhampiran dengan Pelabuhan Klang ini merupakan lokasi yang sangat popular untuk aktiviti perikanan, terutamanya di Selangor.

Rasai angin sepoi-sepoi bahasa, sambil memancing dan berkelah pastinya memberikan ketenangan untuk masa bersendirian anda itu tadi. - Getaran, 25 November 2021

Gambar: Selangor.Travel 

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 hari yang lalu

Selangor Terus Perangi Penempatan Haram, Struktur Tanpa Kelulusan Akan Diroboh

2

Semasa 2 minggu yang lalu

7 Ajaran Sesat Dikenal Pasti Di Selangor Dalam Tempoh 5 Tahun

3

Semasa 3 minggu yang lalu

Kematian Pegawai Kanan Polis Tiada Unsur Jenayah - Shazeli

4

Semasa 3 bulan yang lalu

Selangor Taja 75 Individu Tunai Ibadah Haji Tahun Ini

Sorotan

1

Pemandu Lori Nahas Maut Karak Miliki 15 Rekod Saman

2

Kerugian Jenayah Siber Cecah RM3 Bilion, Penipuan Dalam Talian Meningkat 87 Peratus

3

Tragedi Zaid Ibrahim; Ahli Politik Yang Berhutang Penjelasan

4

Video Belasah Pembantu Rumah Tular, 2 Pasangan Suami Isteri Ditahan

5

Asid Tumpah Dari Lori: Tiada Pencemaran Asid Di Sungai Cherating - JAS

6

Motosikal Ditunggang Langgar Belakang Kereta, Pelajar Maut Digilis Lori

Disyorkan untuk anda

Gaya 1 hari yang lalu

Skin Turnover Protocol, Pendekatan Baharu Untuk Kulit Sihat Dan Menawan

oleh Rahayu MN