Berita Terkini

11 jam yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 5 hari yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 1 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok. 1 minggu yang lalu: Koc wanita bagi MRT laluan Putrajaya akan dilaksanakan bermula Isnin ini - Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Rail 2 minggu yang lalu: Pengerusi Spanco Sdn Bhd, Tan Sri Robert Tan Hua Choon mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menipu hingga mendorong MOF menganugerahkan kontrak urus kenderaan kerajaan bernilai RM3.9b, pada 2019

IKUTI KAMI


Tasik Temenggor Sudah Dibuka Kepada Pengunjung!

Kelonggaran bagi aktiviti pelancongan itu tertakluk kepada beberapa syarat yang telah ditetapkan dan perlu dipatuhi oleh pengusaha rumah bot.

Jelajah Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 14 Oct 2021 9:05AM

Gambar: Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Aktiviti pelancongan Tasik Temenggor, di Gerik kira-kira 170 kilometer dari sini, kini dibuka kepada pengunjung bermula 8 Oktober lalu, selepas ditutup selama hampir 19 bulan bagi mengekang penularan pandemik COVID-19.

Tourism Perak Management Bhd dalam kenyataan berkata pembukaan itu memberikan sinar baharu kepada pengusaha rumah bot di kawasan berkenaan, dengan kehadiran ramai pelancong nanti. 

Bagaimanapun menurutnya kelonggaran bagi aktiviti pelancongan itu tertakluk kepada beberapa syarat yang telah ditetapkan dan perlu dipatuhi oleh pengusaha rumah bot selain pematuhan prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan Majlis Keselamatan Negara (MKN). 

“Antara yang perlu dipatuhi ialah mana-mana pengusaha perkhidmatan rumah bot yang ingin beroperasi, perlu berdaftar dengan Pejabat Daerah dan Tanah Hulu Perak, Gerik dan Jabatan Perikanan,” menurut kenyataan itu.

Katanya pengusaha juga perlu memastikan proses nyah kuman dan pembersihan premis dilaksanakan tiga kali sehari dalam tempoh operasi terutamanya di kawasan umum seperti surau, tandas, stor dan kaunter selain pelaksanaan norma baharu termasuk penjarakan sosial dan pemakaian pelitup muka sepanjang aktiviti dilaksanakan.

Tourism Perak Management Bhd berkata aktiviti bermalam di dalam rumah bot dibenarkan, dengan syarat rumah bot itu berada di dalam kawasan Taman Negeri DiRaja Belum dan tempoh dibenarkan bermalam hanya tiga hari dua malam sahaja.

“Bilangan maksimum penumpang termasuk jurumudi dalam satu bot tidak boleh melebihi 50 peratus daripada kapasiti asal penumpang rumah bot dan hanya pelanggan berumur 18 hingga 60 tahun sahaja dibenarkan melaksanakan aktiviti itu,” katanya.

Bagi pengunjung yang ingin memasuki Taman Negeri DiRaja Belum, pengusaha dan pengunjung perlu mematuhi SOP yang ditetapkan oleh Perbadanan Taman Negeri Perak, namun setakat ini hanya pengunjung dari dalam negeri Perak sahaja dibenarkan.

Pengusaha dan pelancong yang telah lengkap menjalani vaksinasi perlu menunjukkan sijil sah vaksinasi COVID-19 bersama borang permohonan permit.

“Selain itu, kapasiti penumpang bot adalah 50 peratus daripada kapasiti sebenar manakala aktiviti ke perkampungan Orang Asli adalah tidak dibenarkan,” menurut kenyataan itu dan menambah SOP yang ditetapkan adalah tertakluk kepada perubahan SOP semasa yang diumumkan kerajaan. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 bulan yang lalu

Minta Rasuah Dari Pelancong: Polis Siasat Satu Lagi Kes Didakwa Di Langkawi

2

Kisah Kita 2 bulan yang lalu

Kisah Bendera Putih, Cebisan Bukti Keluhuran Hati Al-Sultan Abdullah

3

Semasa 3 bulan yang lalu

COVID-19: Pemakaian Pelitup Muka Masih Digalakkan Di Sekolah - Wong

4

Semasa 3 bulan yang lalu

20 Kes Baharu COVID-19 Dikesan Libatkan Mangsa Di PPS Terengganu, Kelantan - Dr Dzulkefly

Sorotan

1

Piala Asia B-23: Kesilapan Hukum Harimau Muda Berdepan Uzbekistan

2

Akta Kerja 1955 Benarkan Pekerja Mohon Aturan Kerja Anjal - Menteri

3

Tiada Keperluan Pemindahan Pulang Rakyat Malaysia, Keadaan Stabil Di Timur Tengah

4

Mangsa Banjir Di 3 Negeri Meningkat Sedikit Kepada 748 Orang Malam Tadi - NADMA

5

Aktiviti Gunung Berapi Cetus Pemindahan Ratusan Orang Di Sulawesi Utara Indonesia

6

Pinjaman RM1.8 Bilion Dipindahkan Ke Luar Negara Tanpa Usaha Wajar – Saksi

7

Kerajaan Tetap Kurangkan Subsidi Minyak Tahun Ini – Rafizi

Disyorkan untuk anda

Jelajah 1 hari yang lalu

5 Tempat Untuk Hilangkan Tekanan Bersama Keluarga, Rakan

oleh Rahayu MN

Jelajah 1 hari yang lalu

Pelan Insurans Perjalanan Serendah RM3.00 Untuk Percutian Bebas Kebimbangan

Pelan daripada SeaMoney dan Allianz memberi jaminan keselamatan sedunia

oleh Rahayu MN

Gaya 11 jam yang lalu

Jangan Buang Serbuk Kopi Terpakai, Boleh Buat Skrub DIY