web statsweb stats

Berita Terkini

3 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 3 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Air New Zealand Perkenal 'No Jab No Fly' Untuk Pengembara Antarabangsa

Syarat vaksinasi itu tertakluk kepada semua penumpang berusia 18 tahun ke atas untuk ketibaan dan pelepasan.

Jelajah Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 04 Oct 2021 12:12PM

Gambar: Laman web One Mile At A Time

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Bermula Februari 2022, hanya pelanggan yang lengkap vaksin COVID-19 dibenarkan menaiki pesawat penerbangan Air New Zealand, lapor Agensi Berita Xinhua.

"Kami bersiap-siap untuk berhubung kembali dengan dunia dan memaklumkan kepada pelanggan apa yang perlu mereka lakukan untuk bersedia berlepas dengan pesawat kami," kata Ketua Pegawai Eksekutif Air New Zealand, Greg Foran pada Ahad.

Syarat vaksinasi itu tertakluk kepada semua penumpang berusia 18 tahun ke atas untuk ketibaan dan pelepasan. 

Pelanggan yang tidak divaksin perlu mengemukakan bukti mereka tidak boleh divaksin atas alasan perubatan.

"Vaksin COVID-19 kini adalah realiti baharu perjalanan antarabangsa - banyak destinasi yang ingin dikunjungi sudah ditutup untuk pengunjung yang tidak divaksin. Semakin cepat kita diberi vaksin, semakin cepat kita dapat terbang ke pelbagai tempat seperti New York, Vancouver dan Narita.

"Kami mendengar maklum balas pelanggan dan pekerja bahawa langkah ini penting bagi mereka. Syarat itu akan memudah dan memberi ketenangan kepada kedua-dua pihak iaitu pelanggan mahupun pekerja,” kata Foran. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Kisah Kita 2 tahun yang lalu

Kisah Bendera Putih, Cebisan Bukti Keluhuran Hati Al-Sultan Abdullah

2

Semasa 2 tahun yang lalu

COVID-19: Pemakaian Pelitup Muka Masih Digalakkan Di Sekolah - Wong

3

Semasa 2 tahun yang lalu

20 Kes Baharu COVID-19 Dikesan Libatkan Mangsa Di PPS Terengganu, Kelantan - Dr Dzulkefly

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Peningkatan Kes COVID-19, Amalkan Semula SOP Kesihatan - Pakar

Sorotan

1

Pemandu Lori Nahas Maut Karak Miliki 15 Rekod Saman

2

Kerugian Jenayah Siber Cecah RM3 Bilion, Penipuan Dalam Talian Meningkat 87 Peratus

3

Tragedi Zaid Ibrahim; Ahli Politik Yang Berhutang Penjelasan

4

Video Belasah Pembantu Rumah Tular, 2 Pasangan Suami Isteri Ditahan

5

Asid Tumpah Dari Lori: Tiada Pencemaran Asid Di Sungai Cherating - JAS

6

Motosikal Ditunggang Langgar Belakang Kereta, Pelajar Maut Digilis Lori

Disyorkan untuk anda

Gaya 1 hari yang lalu

Skin Turnover Protocol, Pendekatan Baharu Untuk Kulit Sihat Dan Menawan

oleh Rahayu MN