web statsweb stats

Berita Terkini

3 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 3 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Abu Dhabi Mengalu-Alukan Kedatangan Pelancong Yang Telah Divaksin 

Jelajah Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 09 Sep 2021 2:30PM

Gambar: Imtiyaz Ali, Unsplash

oleh

Rahayu MN

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Abu Dhabi kini mengalu-alukan kehadiran pelancong dan penduduk yang telah divaksin sepenuhnya dari seluruh dunia, termasuklah pengunjung tanpa vaksin dari negara 'Senarai Hijau' tanpa perlu menjalani kuarantin. Bagaimanapun, pelancong mestilah menerima vaksin yang diluluskan oleh Organisasi Kesihatan Sedunia (WHO). 

Bagi menyokong kelancaran kemasukan pelancong antarabangsa dan membolehkan pengunjung menikmati pengalaman percutian melalui Pas Hijau Abu Dhabi, Department of Culture and Tourism Abu Dhabi (DCT Abu Dhabi) telah menggariskan proses mudah untuk pelancong mendaftarkan sijil vaksin antarabangsa atau dokumen pengecualian vaksinasi mereka untuk disahkan 5 hari sebelum tarikh perjalanan. Pengesahan boleh dilakukan menerusi aplikasi pintar atau laman web Pihak Berkuasa Persekutuan untuk Identiti dan Kewarganegaraan (ICA) iaitu ica.gov.ae.

Pemohon akan menerima pengesahan SMS yang disertakan dengan pautan ke aplikasi Alhosn yang mesti dimuat turun sebelum memulakan perjalanan. Aplikasi Alhosn memaparkan status vaksinasi dan keputusan ujian PCR pengguna yang diperlukan untuk mengaktifkan Pas Hijau Abu Dhabi.

Sebaik sahaja tiba, pelancong akan menerima satu nombor ID Bersepadu daripada pihak imigresen di lapangan terbang atau melalui aplikasi Pintar atau laman web ICA; ini akan melengkapkan pendaftaran pada aplikasi Alhosn. Selepas menjalani ujian PCR di lapangan terbang, pengunjung boleh mengaktifkan Pas Hijau yang membolehkan mereka memasuki semua kawasan awam di emiriah tersebut.

Kanak-kanak di bawah umur 12 tahun dan Orang Kelainan Upaya (POD) dengan kelainan upaya sederhana hingga serius dikecualikan daripada ujian PCR COVID-19.

Berikut 8 fakta yang anda mesti tahu di bawah garis panduan baharu ini:

  1. Pelancong yang telah divaksin dari seluruh dunia yang tiba dari negara ‘Senarai Hijau’ perlu menunjukkan ujian PCR negatif yang diambil dalam tempoh maksimum 48 jam sebelum berlepas dan mengambil ujian PCR di lapangan terbang semasa ketibaan. Tidak perlu menjalani kuarantin tetapi perlu mengambil satu lagi ujian PCR pada hari keenam selepas ketibaan. Pihak hotel akan mengaturkan ujian ini di premis untuk keselesaan mereka.
  2. Pelancong yang telah divaksin dari seluruh dunia yang tiba dari negara bukan dalam senarai hijau, perlu menunjukkan ujian PCR negatif yang diambil dalam tempoh maksimum 48 jam sebelum berlepas dan mengambil ujian PCR di lapangan terbang semasa ketibaan. Tidak perlu menjalani kuarantin tetapi perlu mengambil satu lagi ujian PCR pada hari keempat dan hari kelapan selepas ketibaan. Pihak hotel akan mengaturkan ujian ini di premis untuk keselesaan mereka.
  3. Pelancong tanpa vaksin yang tiba dari negara-negara ‘Senarai Hijau' turut dikecualikan daripada menjalani kuarantin. Mereka perlu menunjukkan ujian PCR yang negatif yang diambil dalam tempoh maksimum 48 jam sebelum berlepas dan mengambil ujian PCR semasa ketibaan. Perlu mengambil ujian PCR pada hari keenam (dengan mengambil kira hari ketibaan sebagai hari pertama) dan satu lagi ujian PCR pada hari kesembilan.
  4. Pelancong tanpa vaksin yang tiba dari negara-negara bukan dalam ‘Senarai Hijau’ perlu menunjukkan ujian PCR negatif yang diambil dalam tempoh maksimum 48 jam sebelum berlepas dan mengambil ujian PCR semasa ketibaan. Mesti menjalani kuarantin selama 10 hari di rumah atau di hotel. Kemudian, mereka dikehendaki mengambil ujian PCR pada hari kesembilan. Sekiranya didapati negatif, pelawat boleh menamatkan kuarantin mereka pada hari ke-10.
  5. Semua pelancong perlu mematuhi protokol 'Pas Hijau' yang mula diperkenalkan pada 20 Ogos lalu. Hanya golongan yang divaksin sepenuhnya, yang dikecualikan secara rasmi atau di bawah umur 16 tahun boleh mengakses tempat awam dan tarikan utama.
  6. Untuk mengekalkan status 'hijau' di aplikasi Alhosn, individu yang telah divaksin sepenuhnya mesti menunjukkan keputusan ujian PCR negatif yang diambil dalam tempoh 30 hari terakhir, individu yang dikecualikan secara rasmi perlu menunjukkan keputusan ujian PCR negatif yang diambil dalam tempoh tujuh hari terakhir. Kanak-kanak di bawah umur 16 tahun menerima status 'hijau' secara automatik tanpa perlu menjalani ujian.
  7. Aplikasi Alhosn akan mengiktiraf dan menyegerakan pensijilan vaksin antarabangsa pelancong atau pengecualian yang dimuat naik pada aplikasi atau laman web ICA, sebagai sebahagian daripada proses pendaftaran ini. 
  8. Sekiranya terdapat sebarang isu teknikal dengan aplikasi Alhosn, pusat tarikan Abu Dhabi akan menerima sijil vaksin pelancong daripada aplikasi atau laporan rasmi negara asal mereka serta keputusan PCR negatif daripada ujian di lapangan terbang melalui SMS.

Maklumat lanjut tentang Pas Hijau boleh diperolehi di VisitAbuDhabi.aeica.gov.ae dan alhosnapp.ae.

Gambar: Imtiyaz Ali, Unsplash dan Ryan Miglinczy, Unsplash

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

IHR, Perjanjian Pandemik: Malaysia Berpegang Kepada Prinsip Kesaksamaan Dan Solidariti - PM

2

Luar Negara 2 tahun yang lalu

WHO Gesa Lindungi Semua Hospital Di Gaza

3

Rencana 2 tahun yang lalu

Ambil Mudah Gejala Antara Kekangan Utama Basmi Tibi - Pakar

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Minta Rasuah Dari Pelancong: Polis Siasat Satu Lagi Kes Didakwa Di Langkawi

Sorotan

1

Pemandu Lori Nahas Maut Karak Miliki 15 Rekod Saman

2

Kerugian Jenayah Siber Cecah RM3 Bilion, Penipuan Dalam Talian Meningkat 87 Peratus

3

Tragedi Zaid Ibrahim; Ahli Politik Yang Berhutang Penjelasan

4

Video Belasah Pembantu Rumah Tular, 2 Pasangan Suami Isteri Ditahan

5

Asid Tumpah Dari Lori: Tiada Pencemaran Asid Di Sungai Cherating - JAS

6

Motosikal Ditunggang Langgar Belakang Kereta, Pelajar Maut Digilis Lori

Disyorkan untuk anda

Gaya 1 hari yang lalu

Skin Turnover Protocol, Pendekatan Baharu Untuk Kulit Sihat Dan Menawan

oleh Rahayu MN