web statsweb stats

Berita Terkini

3 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 3 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


5 Lokasi Indah Sebagai Latar Filem Layar Lebar (Bahagian 2)

Lima lokasi antarabangsa mempesona yang boleh kamu hayati dengan hanya menerusi kaca tv!

Jelajah Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 09 Sep 2021 8:30AM

oleh

Zaidi Che

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Jika sebelum ini kami senaraikan 5 lokasi indah sebagai latar filem layar di dalam negara, artikel kali ini pula sambungannya di luar negara.

Kami tahu mesti ramai yang merindukan pengembaraan mengelilingi dunia seperti waktu dahulu, bukan? Siapa yang tidak merindui dunia sebelum dilanda wabak COVID-19?

Biarpun percutian ke luar negara masih belum dibenarkan kerajaan, anda masih boleh memasang angan-angan untuk mengembara. Salah satunya melalui keajaiban seni filem. 

Pada masa pengasingan kendiri ini, filem-filem ini mampu memberikan suntikan eskapisme bagi menyemarakkan semangat kembara anda. 

Benarlah, dengan adanya filem menjadikan percutian mengelilingi dunia hanya sejauh jarak ke skrin televisyen di ruang tamu anda!

#1 Pulau Jeju

'Crash Landing on You' adalah sebuah kisah percintaan antara dua negara Korea. Yoon Se-Ri mengalami kemalangan di ruang udara Korea Utara dan diselamatkan Ri Jeong-Hyuk, seorang pegawai tentera Korea Utara. Kedua-duanya jatuh cinta walaupun berbeza fahaman politik. 

Sebenarnya, penggambaran filem ini bukanlah dilakukan di Korea Utara. Babak pembukaan ketika Yoon Se-Ri terhempas dirakamkan di kawasan Taman Negara Hallasan di Pulau Jeju. Daya penarik K-drama ini terletak pada lokasi penggambaran yang indah dan romantis.

#2 Amsterdam

Queen adalah filem Bollywood yang menampilkan Rani Mehra (Kangana Ranaut). Dia ditinggalkan tunangnya beberapa hari sebelum perkahwinan mereka. Terkejut dengan berita itu, Rani mengambil keputusan untuk meneruskan juga bulan madu mereka seorang diri. 

Filem ini mengajar penonton tentang pemerkasaan wanita dan kembara dalam mencintai diri sendiri. Dari keindahan jalan-jalan di Belanda, sehinggalah ke daerah merah di Amsterdam, filem ini menggambarkan tentang kebebasan dan semangat berdikari yang penting bagi kaum wanita. 

#3 Badlands, USA

Merangkul tiga anugerah Oscar, Nomadland bukanlah sebuah filem penggambaran yang sembarangan. Filem ini mengisahkan kehidupan seorang wanita berusia 61 tahun, Fern (Frances McDormand) yang terpaksa berpindah-randah untuk ‘hidup’ dalam mencari pekerjaan. 

Adaptasi novel, filem ini menggambarkan realiti dunia warga emas di Amerika Syarikat. Dengan mengikuti Fern dalam kembara karavannya, penonton dapat menyaksikan landskap semula jadi menakjubkan seperti Taman Negara Badlands, kawasan ngarai dengan puncak yang dramatik. 

#4 Paris 

Emily in Paris mengisahkan tentang Emily (Lily Collins), seorang pegawai eksekutif muda dari Chicago yang berpindah ke Paris. Ikuti pengembaraan lucu Emily di kota asing ini dalam menyesuaikan diri dengan tanggungjawab kerja serta perubahan budaya yang ketara. 

Filem ini membawa penonton menyaksikan suasana Paris yang seindah mimpi. Anda boleh melihat tarikan-tarikan pelancongan ikonik di Paris seperti Palais Garnier, Pont Alexandre III, Rue de l’Abreuvoir, L’Atelier Lumières dan Eiffel Tower itu sendiri. 

#5 Singapura

Crazy Rich Asians ialah filem komedi romantis adaptasi novel karya Kevin Kwan. Ia mengisahkan tentang seorang profesor, Rachel Chu (Constance Wu) yang tidak menyedari teman lelakinya, Nick Young (Henry Golding) datang dari salah satu keluarga terkaya di Singapura. 

Tentulah filem ini memaparkan tentang lokasi-lokasi menarik di Singapura seperti Marina Bay, Garden by the Bay, Jewel Cangi Airport dan banyak lagi namun terdapat lokasi penggambaran yang turut dijalankan di Malaysia termasuk di Kuala Lumpur, Selangor dan Pulau Pinang.

Menurut tinjauan Agoda baru-baru ini mengenai percutian pasca pandemik, 35% rakyat Malaysia mempunyai tahap keinginan yang tinggi untuk keluar bercuti apabila selamat dilakukan kelak. 

Daripada kumpulan 35% ini, 18% tidak sabar untuk bercuti ke luar negara manakala 16% lagi berkeinginan untuk mengembara di dalam negara sahaja selepas berakhirnya pandemik ini nanti.

Jadi apa tunggu lagi? Mula rancang percutian anda! - Getaran, 9 September 2021

Semua gambar: Agoda Malaysia 

Berita Berkaitan

1

Luar Negara 3 hari yang lalu

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

2

Luar Negara 6 hari yang lalu

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

3

Luar Negara 1 minggu yang lalu

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

4

Luar Negara 1 minggu yang lalu

UNIFIL Kecam Serangan Ragut Nyawa Anggota Tentera Lubnan

Sorotan

1

Pemandu Lori Nahas Maut Karak Miliki 15 Rekod Saman

2

Kerugian Jenayah Siber Cecah RM3 Bilion, Penipuan Dalam Talian Meningkat 87 Peratus

3

Tragedi Zaid Ibrahim; Ahli Politik Yang Berhutang Penjelasan

4

Video Belasah Pembantu Rumah Tular, 2 Pasangan Suami Isteri Ditahan

5

Asid Tumpah Dari Lori: Tiada Pencemaran Asid Di Sungai Cherating - JAS

6

Motosikal Ditunggang Langgar Belakang Kereta, Pelajar Maut Digilis Lori

Disyorkan untuk anda

Gaya 1 hari yang lalu

Skin Turnover Protocol, Pendekatan Baharu Untuk Kulit Sihat Dan Menawan

oleh Rahayu MN