Berita Terkini

10 jam yang lalu: Tokoh Wartawan Negara 2014 Datuk Ahmad Rejal Arbee meninggal dunia awal pagi hari ini - isteri Allahyarham, Datin Noraini Shariff. 3 hari yang lalu: Pengerusi Eksekutif Kumpulan KK Supermart & Superstore Sdn Bhd, Datuk Seri Dr Chai Kee Kan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Shah Alam terhadap tuduhan sengaja melukakan perasaan orang Islam 6 hari yang lalu: KKM nasihatkan semua aktiviti di luar bilik darjah ditangguhkan sementara di semua lokasi yang merekodkan cuaca panas antara 35 hingga 37 darjah celsius 1 minggu yang lalu: Pihak Ocean Infinity akan bentang kawasan pencarian baharu MH370 kepada MOT awal Mei - Loke 1 minggu yang lalu: MAVCOM tambah 342 penerbangan domestik di seluruh negara untuk perjalanan antara 3 hingga 18 April - Loke

IKUTI KAMI


Destinasi Untuk Dikunjungi Setelah Pandemik Berakhir

Jom intai-intai destinasi luar negara yang boleh dijejaki suatu hari nanti. Boleh masukkan dalam 'bucket list', mula menabung, buat bajet dan tentukan tarikan-tarikan yang mesti dilihat.

Jelajah Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 02 Sep 2021 2:53PM

Gambar: Sergey Pesterev, Unsplash

oleh

Rahayu MN

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Sabar itu indah. Biarpun penantian itu satu penyeksaan, tetapi percayalah pasti ada sesuatu yang manis menunggu di hujung lorong.

Buat masa ini, berdoalah agar aktiviti pelancongan di dalam negara kembali pulih seperti sediakala. Kemudian, ambillah peluang menerokai negara sendiri sebelum panjangkan langkah ke luar negara.

Buat sementara waktu ini, jom intai-intai destinasi luar negara yang boleh dijejaki suatu hari nanti. Boleh masukkan dalam bucket list, mula menabung, buat bajet dan tentukan tarikan-tarikan yang mesti dilihat.

 

1) Wilayah Australia Barat

Bagi yang belum pernah menjejakkan kaki di Perth, perjalanan ke wilayah barat Australia ini hanya mengambil masa lima jam waktu penerbangan dari Kuala Lumpur.

Australia Barat menawarkan pelbagai laluan hebat untuk anda melakukan road trip bersama keluarga, rakan atau pasangan. Salah satunya ialah laluan ke Great South West Edge yang menawarkan lima persinggahan utama.

Tentang kereta sewa, tidak perlu dirisaukan kerana terdapat banyak perkhidmatan sewa kereta yang yang boleh dijadikan pilihan di balai ketibaan antarabangsa, Lapangan Terbang Antarabangsa Perth. Ataupun anda boleh buat tempahan awal di dalam talian sebelum bertolak.

Selesai urusan menyewa kereta, anda sudah boleh terus memulakan perjalanan epik yang pastinya meninggalkan memori sepanjang hayat.

Laluan ke Great South West Edge ini akan membawa anda ke beberapa persinggahan menakjubkan seperti melihat ikan lumba-lumba di Bunbury. 

Gambar: https://dolphindiscovery.com.au/
Gambar: https://dolphindiscovery.com.au/

Bandar ini terkenal dengan lumba-lumba jenis bottlenose. Biarpun liar, namun haiwan ini mesra. Perjalanan ke Bunbury hanya mengambil masa dua jam memandu dari Perth.

Untuk bertemu dengan penduduk tempatan dan mengenali spesis ini secara lebih dekat, anda boleh singgah ke Dolphin Discovery Centre. Di sini anda boleh mempelajari semua tentang ikan lumba-lumba dan kehidupan laut tempatan yang lain. 

 

2) Istanbul, Turki

Gambar: Traveloka
Gambar: Traveloka

Terletak di sempadan Asia dan Eropah – Turki merupakan sebuah negara yang mempunyai penduduk Islam yang ramai dan paling unik di dunia kerana ia merentasi dua benua. Kebudayaan, tradisi dan sejarahnya yang luas membawa kepada pengalaman percutian yang luar biasa.

Antara tarikan yang mesti dilawati ialah Masjid Biru (juga dikenali sebagai Masjid Sultan Ahmed) dan Hagia Sophia. Kedua-duanya tinggi nilai sejarah dan seni binanya.

Bahkan, ramai yang berpendapat ikon pelancongan ini mampu meningkatkan semangat mental dan rohani sewaktu beribadah. 

Pastikan anda menikmati masakan halal yang terkenal seperti simit, sucuk, lahmacun dan banyak lagi. Jika ke sini pada bulan Ramadan, jangan lepaskan peluang menikmati pengalaman sahur di mana akan dikejutkan dengan ketukan gendang yang dimainkan oleh pemain dram jalanan.

 

3) Hua Hin , Thailand

Gambar: Rahayu Mat Nah
Gambar: Rahayu Mat Nah

Hua Hin, Thailand, destinasi percutian ini memang benar tidak sepopular Bangkok, Phuket, Krabi mahupun Chiang Mai. Tetapi tahukah anda bahawa destinasi percutian pantai ini cukup menarik untuk dijelajahi, lebih-lebih lagi bagi mereka suka dengan sejarah, kebudayaan serta suasana santai. 

Terletak kira-kira 3 jam setengah pemanduan dari kota Bangkok, Hua Hin sebenarnya destinasi percutian hujung minggu kegemaran keluarga Diraja Thailand, mahupun penduduk Bangkok. 

Di malam hari, meskipun tidak ‘sehidup’ Bangkok, Hua Hin menjadi lebih meriah dengan adanya pasar malam atau night market (mungkin ada perubahan selepas pandemik bermula) yang menawarkan pelbagai produk tempatan. Tidak ketinggalan, deretan restoran yang menyajikan makanan laut terbaik.

Hua Hin Railway Station adakah ikon pelancongan Hua Hin. Jadi jangan tak singgah. 

Dibina ketika pemerintahan Raja Rama IV, stesen ini merupakan salah satu stesen keretapi tertua dan tercantik di Thailand. 

Seni binanya terinspirasi dari Mrigadayavan Palace yang terletak di Cha Am, daerah Petchaburi. Tarikan utama di stesen ini ialah bilik menunggu Diraja yang sehingga kini masih digunakan oleh Kerabat Diraja. 

 

4) Maghribi (Morocco)

Gambar: Carlos Leret, Unsplash
Gambar: Carlos Leret, Unsplash

Destinasi yang paling unik di Afrika dengan pelbagai warisan, tradisi dan landskap yang luar biasa hasil gabungan budaya Arab-Afrika dan sejarah Bohemia yang mengagumkan.

Jadi tidak hairanlah Maghribi menjadi negara paling banyak dikunjungi di Afrika pada tahun 2019. Lebih 12.3 juta pelawat direkodkan memasuki Maghribi pada tahun itu. Antara bandar yang sering menjadi persinggahan pelancong adalah Marrakesh, Rabat, Essaouira, Fez dan Tangiers.

Berada di sini bermakna anda mempunyai akses mudah ke Gurun Sahara yang merupakan padang pasir panas terbesar di dunia. Terdapat beberapa tempat di Maghribi yang membolehkan anda memulakan ekspedisi ke padang pasir dan terdapat banyak operator yang berpengalaman yang menawarkan perjalanan untuk diingati. 

Ada beberapa cara untuk menikmati landskap Sahara yang mengagumkan. Boleh mengembara dengan berjalan kaki, menunggang unta atau kuda, atau meluncur laju dengan pacuan empat roda. 

Selain menikmati keunikan budaya, kehebatan seni bina dan keindahan alam semula jadi, anda juga mesti manjakan deria rasa dengan pelbagai hidangan Maghribi yang mewah dengan rasa. Salah satu hidangan mesti cuba ialah tagine Ayam Maghribi. 

Ini adalah hidangan daging yang disediakan dalam periuk tradisional Maghribi yang dikenali sebagai tagine. Tidak sukar mencarinya kerana hidangan ini dijual oleh sebilangan besar kafe dan restoran di tepi jalan dengan tagine yang penuh dengan ayam atau daging lembu. - Getaran, 2 Ogos 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 minggu yang lalu

JWP Gerakkan Usaha Promosi Produk Pelancongan Domestik - Dr Zaliha

2

Semasa 1 bulan yang lalu

Acara Pelancongan Negeri Sembilan Perlu Beri Impak Maksimum - Aminuddin

3

TARA 6 bulan yang lalu

Biarpun Kadar Tukaran Wang Tinggi, Rakyat Malaysia Masih Suka Ke Singapura

4

Semasa 6 bulan yang lalu

Perbelanjaan Pelancongan Domestik Cecah RM59.2 Bilion Tahun Lepas

Sorotan

1

Penggunaan Nombor Bil Sebagai Rujukan Bayaran CAPL Bermula 1 April - LHDN

2

Pasangan Suami Isteri, 2 Lelaki Didakwa Perdagang Wanita Malaysia Di Peru

3

Ada Keperluan Pinda Seksyen 21 Akta Polis - KPN

4

PM Ucap Selamat Raikan Good Friday, Easter Sunday Kepada Penganut Kristian

5

Singapura Rampas 1.5 Tan Produk Segar, Makanan Proses Dari Malaysia

6

Tular Titah Lama Sultan Nazrin, Dewan Negara Perak Buat Laporan Polis

7

Bas Terbalik Di Lebuhraya KLK: 2 Maut, 13 Cedera

Disyorkan untuk anda

Jelajah 1 hari yang lalu

Wau LED Hiasi Langit Malam Kampung Panchor 

oleh Rafisqi Radhi

Jelajah 1 hari yang lalu

Lebih 10,000 Kad Raya Menghiasi Pusat Beli-Belah The Curve, Hidupkan Nostalgia Hari Raya

Kempen ‘Kiriman Raya’ bersama Pos Malaysia itu mencipta ‘Malaysia Book of Records’

oleh Wartawan Gaya Hidup Getaran

Refleksi 1 hari yang lalu

Wanita Hari Ini, Mydin Bergabung Salur Bantuan Kepada Anggota Barisan Hadapan

Selain acara rewang di PPR Lembah Subang 2, Mydin juga mengagihkan 150 set bantuan Kotak MYDIN Prihatin yang bernilai sehingga RM60

oleh Rahayu MN

Selera 1 hari yang lalu

Ketupat Mohd Zaim, Tak Perlu Tunggu Hari Raya