web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


‘I’m OK’ Menjadi Teman Buat Mereka Yang Sedang Menghadapi Fasa Kesedihan

Penyanyi rap tempatan, Confucius menyentuh perkara-perkara sensitif dan peribadi dalam 'mixtape' terbaharunya, ‘I’m OK.’

Indie Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 30 Jul 2021 3:10PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Mungkin anda pernah melihat persembahannya di festival muzik seperti Urbanscapes, Good Vibes dan Raising The Bar Festival 2021:10 Years of Raising The Bar baru-baru ini tetapi tahukah anda siapa, Confucius?

Joe yang menggunakan nama pentas, Confucius ialah seorang penyanyi, rapper, penulis lagu dan produser tempatan yang mempunyai spektrum suara yang luar biasa. Genre lagunya terdiri daripada gabungan hip hop dan R&B yang telah melahirkan sebuah bunyi yang tidak konvensional.

Walaupun sudah lama berkecimpung dalam industri muzik, Confucius masih bersemangat untuk menambah baik seni dan identitinya sebagai seorang artis dalam penulisan kreatifnya.

Kini, Confucius mengeluarkan mixtape berjudul I’m OK yang dihasilkan dan disusun sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan sejak tahun lalu.

I’m OK adalah seperti surat cinta peribadi kepada diri sendiri. Saya menganggapnya seperti diari harian di mana saya menulis peristiwa yang berlaku kepada saya sepanjang pandemik ini. Ia menceritakan setiap emosi dan cabaran yang harus saya hadapi sepanjang 16 bulan ini serta perubahan yang telah terjadi dalam hidup saya.

"Mixtape ini adalah sebagai peringatan terhadap apa yang telah berlaku dan juga kata-kata semangat bahawa semuanya akan baik-baik sahaja. Walaupun saya berhadapan dengan beberapa insiden yang toksik, tetapi saya tahu ia hanya membuat diri saya lebih baik,” jelas Confucius.

Dalam mixtape I’m OK penyanyi rap ini membincangkan perkara-perkara sensitif dan peribadi seperti eskapisme, penyalahgunaan dadah, persahabatan, sabotaj diri dan proses introspeksi terhadap dirinya.

Confucius mengatakan susunan lagu pada mixtape menggambarkan harapan dan rasa putus asa yang wujud dalam dirinya. "Setiap lagu mewakili emosi yang berbeza mengikut hari yang berlainan," katanya.

Aspek yang paling mencabar dari I’m OK adalah gaya Confucius memastikan dirinya tidak terikut-ikut dengan stereotaip atau gaya artis lain. Dia berusaha mengekalkan identitinya yang jujur kepada para pendengar.

“Projek ini sangat dekat dengan saya. Pada mulanya saya tak berniat untuk berkongsinya kepada dunia tetapi melihatkan keadaan semasa, saya menyedari betapa pentingnya untuk menerbitkan projek muzik ini. Ia seakan-akan menjadi seorang kawan buat mereka yang sedang menghadapi fasa-fasa perit dan sedih.

“Walaupun saya tidak dapat menolong mereka sepenuhnya, tapi saya harap mereka dapat berpegang kepada mesej yang ingin saya sampaikan,” kata Confucius menutup bicara.

Mixtape I’m OK boleh didengar di pelantar penstriman digital Spotify dan Apple Music. - Getaran, 30 Julai 2021

Semua gambar: Confucius

Sorotan

1

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

2

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

3

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

4

Sebuah Kerajaan Bukan Hadiah Untuk Dirampas

5

Hanya Belajar Di Media Sosial, Anak Kampung Kini Hasilkan 6,000 Ikan Angelfish

6

Sesat 14 Hari, Jaslinda Kongsi Pengalaman Getir Bertahan Untuk Hidup

Disyorkan untuk anda

Muzik 7 jam yang lalu

Dewa 19 Buktikan Keunggulan Katalog Lagu Dalam Konsert Cintaku Tertinggal Di Malaysia

oleh Rahayu MN

Muzik 1 hari yang lalu

SPOTLIGHT KLCC Tampil Pengalaman Showcase Premium, Himpunkan Barisan Artis Hebat Industri Muzik Tempatan

Menggabungkan elemen persembahan berkualiti tinggi, suasana premium dan lebih intim, SPOTLIGHT KLCC menawarkan harga tiket yang mampu dibeli oleh pelbagai golon...

oleh Rahayu MN