web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


'John Pine' Taruhan Terkini The Filters

Dengan 'John Pine', The Filters mahu ajak para pendengar berkontemplasi dan berbicara tentang ketagihan.

Indie Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 04 Jun 2021 2:26PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Muzik indie sememangnya mempunyai peminat mereka yang tersendiri khususnya dari kalangan generasi muda.

Banyak kumpulan indie yang telah tampil dan membina nama di scene muzik tempatan dengan identiti dan rentak muzik tersendiri. Malahan, ada di antara mereka yang cukup menyerlah di saluran muzik arus perdana dan menjadi semakin terkenal.

Jika anda belum pernah mendengar kumpulan ‘The Filters’ tiba masanya untuk anda meneroka muzik mereka. Meskipun baru sahaja hadir dalam industri muzik tempatan, alunan muzik rock eksperimentasi ini pasti akan meningkatkan mood dan membuatkan anda 'terangguk-angguk’ mengikut irama muziknya.

Menurut Ian Francis, vokalis kumpulan ini, “Sejarah di sebalik nama ‘The Filters’ boleh dikatakan agak menarik dan mempunyai nilai sentimental yang tinggi.

“Mungkin ramai tidak tahu, semasa zaman sekolah, kami selalu melepak di car park sebuah pusat membeli-belah selepas sekolah. Di situ kami melihat banyak puntung rokok di atas lantai dan kemudian terciptalah nama kumpulan ini.”

Kini, kumpulan ini tampil dengan single terbaharu mereka berjudul ‘John Pine’ yang mengetengahkan isu ketagihan. Mungkin anda tertanya-tanya, siapakah John Pine dan apa kaitannya dengan single ini?

“Nama lagu ini sebenarnya terhasil daripada gabungan nama jenis-jenis rokok. Ia menceritakan tentang ketagihan yang merupakan satu topik taboo dan masih lagi sukar dibincangkan dalam masyarakat kita.

“Ketagihan ini merupakan satu ketaksuban terhadap sesuatu benda atau tingkah laku yang boleh merosakkan diri sendiri. Ketagihan yang melampau juga boleh merosakkan hubungan persahabatan dan pertalian antara ahli keluarga.

“Adunan bunyi single ini juga telah dieksperimen dengan pelbagai reverb semula jadi, retimed samples dan gabungan gitar elektrik serta klasik. Kami menggunakan kemahiran kami dalam ‘sound engineering’ untuk menghasilkan lagu ini. Single ini  dirakam, diadun dan diadun akhir oleh kami sendiri.

“Walaupun sudah lama menulis lagu ini, kami memang berniat untuk menjadikannya sebagai single pertama buat album sulung kami. Kami selalu mengikut kata hati dan tidak suka memaksa keadaan jika masanya tidak sesuai.

“Sentuhan terakhir dan segala pembetulan dibuat untuk menambah baik rentak bunyi single ini bagi memberi kepuasan yang sepenuhnya,” tambah Ian.

Pada mulanya muzik menjadi satu hobi dan bentuk eskapism buat kumpulan ini tetapi mereka bertekad agar dapat berkembang lebih maju dalam industri muzik.

“Kami menghargai setiap kejayaan yang telah dicapai, walaupun perjalanan serupa seperti ‘roller coaster’ yang penuh dengan suka dan duka.

“Namun, kami menyedari bahawa industri ini bukan mudah dan perlukan banyak kesabaran dan ketabahan untuk menempa nama dalam arena ini.

“Kami memandang serius dalam pembikinan muzik dan berharap agar kumpulan kami dapat menjadi salah satu kumpulan yang dipandang tinggi oleh semua pada masa akan datang.

“Muzik telah menjadi sebahagian kehidupan kami. Ia telah menjadi satu medium untuk membongkarkan perasaan yang terbuku di dalam hati dan tidak dapat dikongsikan selama ini,” kata Reuben Ravi, pemain bass.

Dalam perkembangan lain, The Filters sedang berusaha keras untuk menghasilkan album terbaharu mereka yang bakal dikeluarkan pada masa yang terdekat.

Single terbaharu The Filter berjudul ‘John Pine’ boleh didengari di pelbagai laman penstriman seperti Spotify dan Apple Music. Anda juga boleh menjenguk media sosial mereka di Instagram dan YouTube. - Getaran, 4 Jun 2021

Semua gambar: The Filters


 

Sorotan

1

Hanya Belajar Di Media Sosial, Anak Kampung Kini Hasilkan 6,000 Ikan Angelfish

2

Bekas Timbalan Speaker DUN Kedah Ditemukan Lemas Di Sungai

3

Sesat 14 Hari, Jaslinda Kongsi Pengalaman Getir Bertahan Untuk Hidup

4

MPL MY: Team Vamos Mara Ke Grand Final, Tempah Tiket Ke MSC

5

‘PRN Johor Bukan Keutamaan Saya, Pemulihan Ekonomi Masih Fokus Kerajaan Persekutuan’ – Anwar

6

Nahas 2 Kenderaan, Kanak-Kanak 9 Tahun Maut Kereta Dipandu Ibu Bertembung 

Disyorkan untuk anda

Muzik 1 hari yang lalu

SPOTLIGHT KLCC Tampil Pengalaman Showcase Premium, Himpunkan Barisan Artis Hebat Industri Muzik Tempatan

oleh Rahayu MN

Muzik 2 jam yang lalu

Dewa 19 Buktikan Keunggulan Katalog Lagu Dalam Konsert Cintaku Tertinggal Di Malaysia

Bergabung bersama Padi Reborn dalam satu pentas, konsert lebih tiga jam itu berlangsung dengan persembahan yang sarat dengan nostalgia.

oleh Rahayu MN

Muzik 1 hari yang lalu

Hampir 2 Dekad, Peterpan Bakal Ubati Kerinduan Peminat Di Malaysia, Singapura Julai Ini

Konsert itu bakal membariskan anggota asal Peterpan iaitu Reza, Loekman, Andika dan Indra yang dikenali menerusi lagu hit seperti Mimpi Yang Sempurna, Semua Ten...