web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Margasatwa Ajak Pendengar ‘Memeluk’ Diri Sendiri

‘Yang Asli’ mengajak para pendengar untuk percaya dan yakin dengan keunikan diri sendiri. Ia adalah kunci kebahagiaan yang selama ini kita cari.

Indie Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 28 May 2021 2:45PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Walaupun sudah lama menempa nama dalam scene muzik independent, Margasatwa menjadi lebih terkenal di saluran muzik arus perdana setelah tampil dengan album sulung mereka berjudul Margasatwa pada tahun 2019.

Keunikan Margasatwa dari segi penampilan dan penyampaian lagu menjadikan mereka salah satu kumpulan indie yang patut diberikan perhatian oleh semua.

Mungkin ramai yang belum tahu, mereka adalah sebuah kumpulan rock yang menonjol kerana menggabungkan genre muzik rock antarabangsa dengan muzik Nusantara dalam menghasilkan muzik mereka. 

Menurut Kimal, vokalis kumpulan ini, “Kami mahu tampil dengan identiti sendiri dalam dunia muzik. Dengan ini, kami mahu memartabatkan lagi muzik Nusantara agar identiti kemelayuan tidak lupus.”

Sammy, pemain gitar kumpulan ini turut berkata “Kami ingin buktikan bahawa karya kami adalah sesuatu yang berharga dalam lipatan sejarah muzik negara dan harus diketengahkan demi meraikan kepelbagaian bakat dan keunikan muzik tempatan.

“Kami ingin menjadi sebuah kumpulan rock yang ikonik dan digemari segenap lapisan rakyat Malaysia.

“Kami juga berharap agar muzik yang dihasilkan kekal relevan dan menjadi sebuah kumpulan yang diingati semua serta menjadi band rujukan bagi generasi yang akan datang”. 

Walaupun musim pandemik COVID-19 ini telah banyak mengubahkan gaya hidup ramai penggiat seni, Margasatwa tidak putus asa dalam berkarya dan terus berusaha untuk melangkah lebih maju dalam industri muzik.

Setelah menjuarai Projek Muzik Levi’s pada Disember tahun lalu, kumpulan ini telah memenangi geran RM20,000 untuk penggambaran video muzik bagi single mereka berjudul ‘Yang Asli.’

Sama seperti judul single ini, maksud lagu yang dihasilkan jelas mengenai keaslian identiti seseorang. Lagu ‘Yang Asli’ mengajak para pendengar untuk percaya dan yakin dengan keunikan diri sendiri.

Dengan kepercayaan diri, kita akan dapat memperoleh kebahagiaan yang diingini dan dapat mengejar cita-cita tanpa menghiraukan pandangan orang lain. Dalam kata lain, Margasatwa mengajak semua untuk memeluk kelebihan dan kekurangan yang ada pada diri sendiri menerusi muziknya.

“Lagu ini dihasilkan berdasarkan pemerhatian kami sebagai individu. Ramai dalam kalangan kami selalu membezakan diri dengan orang lain tak kiralah gaya hidup, rupa atau fizikal. 

“Perkara ini menjadi satu rutin harian yang tidak bagus untuk kesihatan mental malah boleh membuat kita benci pada diri sendiri. 

“Walaupun bukan mudah untuk memiliki keyakinan diri, namun kita mesti berusaha untuk mencintai diri kita terlebih dahulu. Tidak perlulah mempedulikan kata-kata atau hidup orang lain. Tentunya kita semua berharga, rare dan unik kerana tidak ada orang lain seperti kita di muka bumi ini.

“Setiap orang mempunyai keunikan dan kecantikan yang tersendiri. Kita tidak harus menilai diri berdasarkan pendapat orang semata-mata,” tambah Kimal.

Margasatwa berharap agar single ini dapat menambat hati rakyat Malaysia dan memberi impak yang besar kepada semua yang mendengarnya.

“Menerusi lagu ini kami berharap pendengar cakna akan jenaka yang berasaskan kutuk-mengutuk fizikal seseorang yang kini menjadi norma baharu. Ini amat bertentangan dengan budaya masyarakat kita yang lemah lembut dalam percakapannya dan sopan,” ujar Shadiq selaku pemain bass.

Cita-cita dan impian yang ditanam oleh setiap ahli Margasatwa adalah untuk menjadi pemuzik terbaik tanah air dan seterusnya dapat melebarkan sayap ke pentas dunia. Selain itu, mereka berharap agar dapat menaikkan martabat muzik Nusantara dan mendidik masyarakat tentang keunikan muzik tempatan.

Dalam perkembangan lain, Margasatwa sedang berusaha keras dalam menghasilkan album terbaharu mereka yang bakal dikeluarkan pada hujung tahun 2021. 

Fadhil, pemain gitar menyatakan bahawa lagu ‘Yang Asli’ ini adalah satu reboot bagi Margasatwa untuk menuju sesi rakaman album kedua yang mempunyai kolaborasi bersama artis-artis tempatan yang lain.

Single Margasatwa berjudul ‘Yang Asli’ boleh didengar di laman penstriman seperti Spotify dan Apple Music. – Getaran 28 Mei 2021

Semua gambar: Ihsan Margasatwa



 

Berita Berkaitan

1

Muzik 2 jam yang lalu

Dewa 19 Buktikan Keunggulan Katalog Lagu Dalam Konsert Cintaku Tertinggal Di Malaysia

2

Muzik 1 hari yang lalu

SPOTLIGHT KLCC Tampil Pengalaman Showcase Premium, Himpunkan Barisan Artis Hebat Industri Muzik Tempatan

3

Muzik 1 hari yang lalu

Hampir 2 Dekad, Peterpan Bakal Ubati Kerinduan Peminat Di Malaysia, Singapura Julai Ini

4

Muzik 3 hari yang lalu

Jason Mraz Kembali Ke Malaysia 31 Oktober Depan

Sorotan

1

Hanya Belajar Di Media Sosial, Anak Kampung Kini Hasilkan 6,000 Ikan Angelfish

2

Bekas Timbalan Speaker DUN Kedah Ditemukan Lemas Di Sungai

3

Sesat 14 Hari, Jaslinda Kongsi Pengalaman Getir Bertahan Untuk Hidup

4

MPL MY: Team Vamos Mara Ke Grand Final, Tempah Tiket Ke MSC

5

‘PRN Johor Bukan Keutamaan Saya, Pemulihan Ekonomi Masih Fokus Kerajaan Persekutuan’ – Anwar

6

Nahas 2 Kenderaan, Kanak-Kanak 9 Tahun Maut Kereta Dipandu Ibu Bertembung 

Disyorkan untuk anda

Muzik 1 hari yang lalu

SPOTLIGHT KLCC Tampil Pengalaman Showcase Premium, Himpunkan Barisan Artis Hebat Industri Muzik Tempatan

oleh Rahayu MN

Muzik 2 jam yang lalu

Dewa 19 Buktikan Keunggulan Katalog Lagu Dalam Konsert Cintaku Tertinggal Di Malaysia

Bergabung bersama Padi Reborn dalam satu pentas, konsert lebih tiga jam itu berlangsung dengan persembahan yang sarat dengan nostalgia.

oleh Rahayu MN

Muzik 1 hari yang lalu

Hampir 2 Dekad, Peterpan Bakal Ubati Kerinduan Peminat Di Malaysia, Singapura Julai Ini

Konsert itu bakal membariskan anggota asal Peterpan iaitu Reza, Loekman, Andika dan Indra yang dikenali menerusi lagu hit seperti Mimpi Yang Sempurna, Semua Ten...