web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Orkes A. Hizadin Kecam Ketololan Menteri Dalam ‘Korupsi Hati Besi’

Orkes A. Hizadin merasakan kegagalan kerajaan mendengar keluhan rakyat dan lambat bertindak telah menyusahkan banyak pihak. Maka timbullah lagu ini sebagai wakil suara rakyat yang tertindas.

Indie Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 28 May 2021 2:37PM

oleh

Wafa Aula

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Ketika tanda pagar 'Kerajaan Gagal' trending di media sosial berkali-kali, ia bukanlah petanda yang baik untuk diterima pemerintah.

Hakikatnya, ia adalah sebuah naratif menunjukkan betapa kecewa dan amarahnya rakyat terhadap para pentadbir negara yang disifatkan tidak kompeten dalam menguruskan negara sepanjang kemelut pandemik yang melanda.

Sentimen tersebut semakin hari bertambah kuat dan membekas sehingga memaksa Orkes A. Hizadin membawa kembali lagu yang pernah diciptanya beberapa tahun sudah bertajuk ‘Korupsi Hati Besi’ ke pendengaran umum. 

Lagu tersebut sangat signifikan mewakili perasaan rakyat menceritakan betapa terlukanya marhaen dengan kepincangan dalam keputusan yang dibuat kerajaan.

Mengulas lebih lanjut tentang lagu tersebut, Amirudin Hizadin selaku penulis lirik merasakan kegagalan kerajaan mendengar keluh kesah rakyat dan lambat bertindak telah menyusahkan banyak pihak. Ditambah pula dengan kes-kes rasuah membabitkan ahli politik dan individu kenamaan yang dibongkar di muka pengadilan. 

Situasi itu dirakam kemas Orkes A.Hizadin dengan lirik yang berbunyi, “Korupsi Sang Hati Besi bagi makan anak bini masuk ke poket bini. Korupsi Sang Hati Besi, bila bertemu Ilahi belilah syurga kamu sendiri.”

“Ada beberapa sebab kenapa rakyat marah. Sudahlah pemerintah gagal untuk menghormati demokrasi. Ada pula yang melakukan korupsi. Mereka tak sedar yang mereka menempah neraka dengan apa yang mereka lakukan. 

“Ini lagu yang membawa suara golongan kecewa. Tak banyak yang kita boleh lakukan sekarang. Kalau nak berdemo, kita pun faham dengan keadaan pandemik yang serius. Jadi, kami harap lagu ini boleh berada di sanubari semua untuk menyemarakkan kemarahan terhadap menteri,” tambah Hizadin ketika dihubungi Getaran. 

Dalam perkembangan lain, menyedari cabaran yang dihadapi kumpulan tersebut di era pandemik yang menghadkan aktiviti konsert dan persembahan. Mereka kini beralih kepada penggunaan platform digital memandangkan permintaan dalam bidang tersebut mendapat perhatian ramai. 

Selain menghasilkan lagu, Orkes A. Hizadin turut menjual barangan cenderahati di laman sesawang mereka termasuklah pakaian, tote bag, album dan banyak lagi barangan lain di orkesahizadin.com. Anda juga berpeluang memenangi telefon pintar iPhone SE dengan pembelian atas talian tersebut. - Getaran, 28 Mei 2021



Semua gambar: Ihsan Orkes A. Hizadin

 

Sorotan

1

Hanya Belajar Di Media Sosial, Anak Kampung Kini Hasilkan 6,000 Ikan Angelfish

2

Bekas Timbalan Speaker DUN Kedah Ditemukan Lemas Di Sungai

3

Sesat 14 Hari, Jaslinda Kongsi Pengalaman Getir Bertahan Untuk Hidup

4

MPL MY: Team Vamos Mara Ke Grand Final, Tempah Tiket Ke MSC

5

‘PRN Johor Bukan Keutamaan Saya, Pemulihan Ekonomi Masih Fokus Kerajaan Persekutuan’ – Anwar

6

Nahas 2 Kenderaan, Kanak-Kanak 9 Tahun Maut Kereta Dipandu Ibu Bertembung 

Disyorkan untuk anda

Muzik 1 hari yang lalu

Hampir 2 Dekad, Peterpan Bakal Ubati Kerinduan Peminat Di Malaysia, Singapura Julai Ini

Muzik 2 jam yang lalu

Dewa 19 Buktikan Keunggulan Katalog Lagu Dalam Konsert Cintaku Tertinggal Di Malaysia

Bergabung bersama Padi Reborn dalam satu pentas, konsert lebih tiga jam itu berlangsung dengan persembahan yang sarat dengan nostalgia.

oleh Rahayu MN

Muzik 1 hari yang lalu

SPOTLIGHT KLCC Tampil Pengalaman Showcase Premium, Himpunkan Barisan Artis Hebat Industri Muzik Tempatan

Menggabungkan elemen persembahan berkualiti tinggi, suasana premium dan lebih intim, SPOTLIGHT KLCC menawarkan harga tiket yang mampu dibeli oleh pelbagai golon...

oleh Rahayu MN