web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Dansa Ria 'Pop Synth' Late Night Frequency

Ayuh kenakan sepatu dansamu dan dengarilah 'single' terkini kugiran tempatan yang satu ini.

Indie Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 30 Apr 2021 6:45PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Kenalkah anda dengan kumpulan pop synth Malaysia, Late Night Freqeuncy (LNF)? LNF merupakan sebuah kumpulan indie yang mempunyai pengaruh kuat pop synth dan muzik synthwave.

Lagu-lagu rentak rancak mereka mengandungi elemen city pop dengan sentuhan muzik tahun 80-an namun didatangkan dalam kemasan yang moden.

Walaupun baru sahaja menapak dalam industri muzik Malaysia namun, kesemua ahli kumpulan ini adalah pemuzik yang berpengalaman. Kumpulan ini bermula dengan membuat persembahan underground secara kecil-kecilan di seluruh Malaysia dan juga Thailand.

Kini, LNF sudah bersiap sedia untuk mengegarkan industri muzik Malaysia dan mereka yakin mampu menarik perhatian ramai, baik di peringkat lokal mahupun antarabangsa.

LNF telah mengeluarkan single terbaharu berjudul ‘Fun Lust Love’ bersama video muzik rasmi mereka di semua laman penstriman dan telah mengadakan tayangan perdana di laman sesawang Tapau Asia. ‘Fun Lust Love’ juga bakal dimuatkan dalam album pertama mereka.

Menurut Moja, ketua kumpulan LNF, “Saya menulis lagu ini pada awal tahun lalu sebagai terapi minda untuk melalui PKP pertama.

“Bayangkan bunyian synth elektronik, petikan gitar funk diiringi bunyian drum retro dan melodi vokal yang menarik, bermain di radio kereta anda sambil anda menyusuri lebuh raya. Ia pastinya lagu yang paling tepat untuk hiburan anda pada waktu malam.”

Muzik video ‘Fun Lust Love’ ini dihasilkan dan diterbitkan oleh Juicy Brain dan Alam Bunyian. Ia juga merupakan kolaborasi pertama mereka bersama dalam satu produksi video. 

Lagu ini juga dihasilkan oleh LNF sendiri, diadun dan mastering oleh Taja Meet Uncle Hussain dari Taja Archive Publishing dan diedarkan oleh Spinnup, pengedar muzik digital yang dimiliki Universal Music Group.

Muzik video tersebut telah menggunakan pendekatan sinematik dan penceritaan filem pendek.  Penceritaan video muzik ini sangat menarik kerana ia berakhir dengan plot twist yang memberi penonton peluang untuk membuat interpretasi masing-masing tentang pengakhirannya. 

Video tersebut turut menampilkan Moja dalam bentuk kameo pada permulaan untuk beberapa saat bagi memberikan sentuhan yang menarik. Pelakon utama dalam video ini dimainkan oleh pelakon berbakat Aznie Azmi.

Baru-baru ini LNF telah membuat persembahan yang pertama secara langsung di hadapan penonton sempena #HariGigKebangsaan Malaysia yang berkonsepkan disko senyap anjuran Alam Bunyian. 

Selepas menerima sambutan yang baik melalui single pertama, mereka kini bersedia untuk mengeluarkan beberapa single dan video muzik yang lain.

Pelancaran album sulung mereka bertajuk Diskografi bakal menampilkan sekitar sembilan hingga sepuluh trek berbahasa Melayu dan Inggeris. 

Menariknya, mereka turut berkolaborasi dengan artis hip hop seperti Asyraf Nasir, Aiman Nomad dan Ichu. Walaupun album mereka masih dalam pembikinan, LNF telah menunjukkan kemampuan mereka untuk menjadi kumpulan yang luar biasa.

Jika anda berminat untuk mengetahui lebih lanjut tentang LNF, anda boleh melawat laman web mereka www.latenightfrequency.com serta media sosial mereka di YouTube, Instagram @latenightfrequency dan Twitter @LNFrequency, Soundcloud dan Facebook @Late Night Frequency. - Getaran, 30 April 2021

Semua gambar: Late Night Frequency

Berita Berkaitan

1

Muzik 1 jam yang lalu

Dewa 19 Buktikan Keunggulan Katalog Lagu Dalam Konsert Cintaku Tertinggal Di Malaysia

2

Muzik 1 hari yang lalu

SPOTLIGHT KLCC Tampil Pengalaman Showcase Premium, Himpunkan Barisan Artis Hebat Industri Muzik Tempatan

3

Muzik 1 hari yang lalu

Hampir 2 Dekad, Peterpan Bakal Ubati Kerinduan Peminat Di Malaysia, Singapura Julai Ini

4

Muzik 3 hari yang lalu

Jason Mraz Kembali Ke Malaysia 31 Oktober Depan

Sorotan

1

Hanya Belajar Di Media Sosial, Anak Kampung Kini Hasilkan 6,000 Ikan Angelfish

2

Bekas Timbalan Speaker DUN Kedah Ditemukan Lemas Di Sungai

3

Sesat 14 Hari, Jaslinda Kongsi Pengalaman Getir Bertahan Untuk Hidup

4

MPL MY: Team Vamos Mara Ke Grand Final, Tempah Tiket Ke MSC

5

‘PRN Johor Bukan Keutamaan Saya, Pemulihan Ekonomi Masih Fokus Kerajaan Persekutuan’ – Anwar

6

Nahas 2 Kenderaan, Kanak-Kanak 9 Tahun Maut Kereta Dipandu Ibu Bertembung 

Disyorkan untuk anda

Muzik 1 hari yang lalu

Hampir 2 Dekad, Peterpan Bakal Ubati Kerinduan Peminat Di Malaysia, Singapura Julai Ini

Muzik 1 jam yang lalu

Dewa 19 Buktikan Keunggulan Katalog Lagu Dalam Konsert Cintaku Tertinggal Di Malaysia

Bergabung bersama Padi Reborn dalam satu pentas, konsert lebih tiga jam itu berlangsung dengan persembahan yang sarat dengan nostalgia.

oleh Rahayu MN

Muzik 1 hari yang lalu

SPOTLIGHT KLCC Tampil Pengalaman Showcase Premium, Himpunkan Barisan Artis Hebat Industri Muzik Tempatan

Menggabungkan elemen persembahan berkualiti tinggi, suasana premium dan lebih intim, SPOTLIGHT KLCC menawarkan harga tiket yang mampu dibeli oleh pelbagai golon...

oleh Rahayu MN