Berita Terkini

2 hari yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 1 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok. 1 minggu yang lalu: Koc wanita bagi MRT laluan Putrajaya akan dilaksanakan bermula Isnin ini - Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Rail 2 minggu yang lalu: Pengerusi Spanco Sdn Bhd, Tan Sri Robert Tan Hua Choon mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menipu hingga mendorong MOF menganugerahkan kontrak urus kenderaan kerajaan bernilai RM3.9b, pada 2019

IKUTI KAMI


TAPAUfest 2022 Himpunkan Artis Indie Tenggara Di Lenggong, Gabungan Unik Muzik Dan Alam Semula Jadi

Dengan tema #SerumpunBerpesta, TAPAUfest himpunkan 12 artis indie dari Malaysia, Indonesia dan Singapura di Resort Tasik Raban, Lenggong, Perak dari 22 hingga 23 Oktober ini. 

Indie Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 07 Oct 2022 3:19PM

The Times, antara kumpulan yang akan terlibat dalam TAPAUfest.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Komuniti indie Asia Tenggara bakal berkumpul dan beraksi dikelilingi alam yang indah! Sambil berkelah, berkhemah dan menikmati persembahan barisan pemuzik indie terbaik Asia Tenggara dengan berlatar belakangkan tasik dan gunung-ganang, ia pasti menjadi pengalaman yang cukup indah dan istimewa.

Ini kerana Festival indie Asia Tenggara, TAPAUfest 2022 bakal diadakan di Resort Tasik Raban, Lenggong, Perak pada 22 hingga 23 Oktober ini. 

Menggabungkan elemen alam semula jadi dan seni di lokasi yang jauh dari kesesakan bandar namun mempunyai keindahan dan keunikan tersendiri iaitu di Lenggong, Perak adalah visi jelas TAPAUfest. 

TAPAUfest 2022 bakal diadakan di Resort Tasik Raban, Lenggong, Perak pada 22 hingga 23 Oktober ini. 
TAPAUfest 2022 bakal diadakan di Resort Tasik Raban, Lenggong, Perak pada 22 hingga 23 Oktober ini. 

Pengasas TAPAUfest, Ahmad Faris berkata, salah satu sebab mengapa melakukannya di Lenggong, adalah kerana kami mendambakan peluang untuk meneroka Malaysia di luar bandar.

“Selepas satu dunia terkesan dengan wabak, orang ramai mahukan lebih daripada sekadar konsert,” katanya. 

Menurut Ahmad Faris lagi, pihaknya juga sangat menghargai semangat dan penglibatan Majlis Daerah Lenggong bagi menjayakan TAPAUfest di kawasan mereka. 

“TAPAUfest juga tidak mungkin berlaku tanpa sokongan dari CENDANA yang menunjukkan kepercayaan mereka terhadap komuniti indie sekali lagi. 

“Terima kasih juga kepada rakian-rakan strategik yang lain kerana mempercayai kami untuk memartabatkan Lenggong, seni, komuniti dan budaya indie Asia Tenggara,” katanya. 

Dengan tema #SerumpunBerpesta, TAPAUfest menghimpunkan 12 aksi persembahan pentas merentasi genre dan nuansa dari Malaysia, Indonesia dan Singapura selama dua hari anda di sana. 

Hari pertama TAPAUfest 2022 menampilkan Feast (ID), Margasatwa (MY), Abangsapau (SG), Sweetass (MY), The Pinholes (SG) dan Salammusik (MY). Hari kedua diteruskan dengan persembahan Kungfu Heidi (MY), The DARE (ID), The Filters (MY), Sobs (SG), The Times (MY) dan Hindia (ID).

Salammusik
Salammusik
 Feast
Feast
Margasatwa
Margasatwa
Kungfu Heidi
Kungfu Heidi



Dengan campuran kugiran yang sudah dikenali dan nama yang baru naik dalam ruangan alternatif, TAPAUfest berbangga untuk menjadi pentas penampilan sulung untuk barisan artis Indonesia di Malaysia iaitu Hindia, The Dare dan Feast! 

Aksi dari artis Malaysia semestinya menjanjikan kelainan baharu dengan penampilan Kungfu Heidi bersama Serbuk Cheese yang pastinya membuatkan kita terpukau dengan gabungan musikalisasi hip-hop dan hardcore. 

Aksi musisi dari Singapura tidak kurang menariknya, daripada nostalgia pop-yeh-yeh The Pinholes, kepada rapper Sikh-Melayu dengan keterampilan berkain pelikat, Abangsapau, hingga ke indie pop, Sobs!

Abangsapau
Abangsapau

Persembahan muzik akan bermula pada pukul 5 petang, memberikan ruang dan masa untuk anda meneroka pelbagai aktiviti dan tempat menarik yang ditawarkan di Lenggong. 

Jadi tak perlu tergesa-gesa memasang khemah kerana ini adalah peluang anda untuk santai bersama.

Dari jam 10 pagi sehingga 4 petang, jangan lepaskan peluang untuk menonton tayangan dari pembikin filem indie dan belajar dari bengkel dan sesi kongsi di ‘Bengkel + Layar’, hasil kerjasama bersama Kakiseni.

Inilah masanya untuk anda ‘Tapau sedikit pengetahuan!’

Selain itu, misi TAPAUfest adalah untuk memartabatkan ekonomi tempatan dengan menyajikan makanan dan minuman mengikut cita rasa tempatan di 'Warung'. 

TAPAUfest juga bekerjasama dengan Kedai Serba Serbi untuk membawakan anda kelainan dengan terdapatnya reruai untuk barangan, rilisan fizikal seperti piring hitam, kaset dan CD, selain karya seni dari artis tempatan dan banyak lagi.

Tambahkan juga pengetahuan anda tentang keistimewaan Lenggong sebagai tapak warisan UNESCO yang menempatkan salah satu rangka manusia purba paling lengkap di Asia Tenggara, digelar sebagai ‘Perak Man’, kira-kira 11,000 tahun lalu. 

Tiket Pra-Jualan sudah boleh dibeli dengan Tiket Solo Sehari berharga RM165 (1 tiket untuk Hari 1 atau Hari 2), Tiket Solo Weekend berharga RM320 (1 tiket untuk Hari 1 dan Hari 2) dan Tiket Geng Weekend berharga RM1240 (4 tiket untuk Hari 1 dan Hari 2). Untuk maklumat lanjut jemput ke www.TAPAUfest.asia dan TAPAU tiket anda sekarang!. - Getaran, 7 Oktober 2022 

Sorotan

1

Pemain Badminton Negara Pamer Kekuatan Mental Menjelang Piasa Thomas, Uber

2

Pelajar Sekolah Meninggal Dunia Ketika Acara Larian Rentas Desa

3

Lelaki Israel Miliki Senjata: 10 Individu Ditahan Bawah SOSMA

4

PM, Kerajaan Enggan Terlibat Keputusan Lembaga Pengampunan Berhubung Kes Najib

5

AS Guna Veto Halang Usul Iktiraf Keahlian Palestin Dalam PBB

6

Jangan Abai Peruntukan Untuk Pembangunan Sukan - Hannah

Disyorkan untuk anda

Filem & TV 10 jam yang lalu

Maryam Pagi Ke Malam Raih 2 Anugerah Di Festival Filem Asia Ke-21

Selebriti 1 hari yang lalu

Aiman, Zahirah Bakal Timang Anak Perempuan

Berita gembira itu dikongsi menerusi video yang dimuat naik di akaun Instagram

oleh Wartawan Getaran

Muzik 1 hari yang lalu

Alamak Raya Lagi! Terus Mendunia, Tular Sana-Sini 

De Fam jawab kritikan dan jelaskan lirik lagu ini ditulis berdasarkan pengalaman sendiri.

oleh Rahayu MN

Filem & TV 1 hari yang lalu

'Sheriff' Karya Paling Jujur, Janjikan Kelainan Sisi Polis