Berita Terkini

2 hari yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 1 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok. 1 minggu yang lalu: Koc wanita bagi MRT laluan Putrajaya akan dilaksanakan bermula Isnin ini - Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Rail 2 minggu yang lalu: Pengerusi Spanco Sdn Bhd, Tan Sri Robert Tan Hua Choon mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menipu hingga mendorong MOF menganugerahkan kontrak urus kenderaan kerajaan bernilai RM3.9b, pada 2019

IKUTI KAMI


‘What We Said’ Lagu Sentuhan Nafas Baharu, Lust dan I-Sky

Lagu bersifat melankolik diberi gubahan rentak agar dapat menghimpunkan emosi kesedihan serta harapan dalam melahirkan semangat energetik.

Indie Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 01 Oct 2021 2:47PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Kumpulan duo, Lust kini mempertaruhkan single remix terbaharu mereka berjudul ‘What We Said’ bersama penerbit, I-Sky.

Dikenali dengan genre indie rock, duo yang terdiri daripada Azfar Bakar dan Faris Khairi sering menyajikan para peminat dengan muzik yang lebih segar dan baharu dalam setiap karya mereka. 

“Bekerjasama dengan artis yang luar daripada lingkungan indie rock adalah salah satu cara kami meraikan suara mereka dalam lapangan muzik sambil mendapatkan perspektif muzik yang berlainan,” kata duo ini. 

Sebelum ini, Lust pernah mengeluarkan album berjudul Tekesima pada 2019 yang mempunyai gabungan pelbagai genre. Lagu mereka berjudul ‘He said She said’ dan ‘U I Adore’ juga termasuk dalam senarai lagu kegemaran penulis kerana aura muziknya yang sangat baik. 

Menerusi temubual baru-baru ini, Lust dan I-Sky berkongsi cerita mengenai single remix dan kolaborasi mereka. 

“Inspirasi di sebalik lagu ‘What We Said’ terhasil daripada kerinduan terhadap sesuatu. Teknologi telah membenarkan kami menyimpan memori perjalanan kehidupan kami seperti sebuah katalog. 

“Lagu ini seakan-akan menangkap perasaan nostalgia ketika kami mengimbas kembali memori-memori yang pernah dilalui. Ini termasuk penyesalan terhadap setiap kesalahan yang pernah dilakukan di samping meluahkan kerinduan terhadap zaman muda kita,” kata Lust.

Lust
Lust

Menurut Irfan Hilmi yang lebih dikenali dengan nama pentasnya I-Sky, “Sifat melankolik lagu ini membuat saya menceritakan perasaan ‘hilang’ dengan terperinci. Justeru itu, saya tertarik untuk mengubah rentak lagu ini kerana ingin menghimpunkan emosi kesedihan serta harapan agar dapat melahirkan semangat energetik.”

Sekiranya anda mengamati lagu ini, rentak dan latar bunyi muziknya sangat menonjol berbanding lirik. Malah rentaknya bertukar menjadi lebih rancak di penghujung lagu ini.

Lust berkata, meskipun penulisan lirik penting, mereka turut mengutamakan aspek instrumental dan suasana lagu. 

“Kami ingin latar bunyi lagu ini dengan tersendirinya membentuk pemandangan dan menceritakan kisahnya sambil membuat para pendengar terangguk-angguk dan menari mengikut irama muzik,” kata Lust.

I-Sky
I-Sky

Menurut Lust, proses pembikinan remix ini agak mudah dan sebagai peminat album I-Sky berjudul Waktu, mereka sangat teruja apabila rakan mereka itu berminat untuk mengadun irama single terbaharu ini.  

“Kami sebenarnya mengeluarkan semua fail muzik kami di Bandcamp, jadi sesiapa sahaja boleh memuat turunnya dan membuat pembaharuan. Oleh itu diharapkan ia dapat membantu dan mendorong lebih ramai penerbit muda untuk berani bereksperimentasi dengan muzik dan menghasilkan versi remix mereka sendiri,” jelas Lust.

Menurut ketiga-ketiga pemuzik ini, berevolusi dalam muzik adalah satu perkara penting agar dapat kekal relevan dan tidak mengulangi karya yang sama.

“Sekiranya kita kekal di satu tempat dan mencipta jenis muzik yang sama, kita akan rasa tepu dengan kreativiti kita. Kami faham kadangkala peminat mahukan yang serupa tetapi lama kelamaan, kami akan menjadi bosan. Kami tidak mahu menghasilkan lagu yang umpama sekuel kepada satu sama lain,” tambah Lust.

“Tambahan pula, sebaik sahaja kami berhenti meneroka muzik baharu, kami akan berhenti berkembang sebagai seorang artis. Terdedah dengan pelbagai genre muzik, ia telah membantu mengembangkan persepsi saya terhadap dunia muzik. Saya mula mencabar diri untuk keluar dari zon selesa sambil mendorong diri sendiri untuk menjadi lebih baik sebagai seorang individu dan artis,” ujar I-Sky.

Single remix ‘What We Said’ boleh didapati di pelantar penstriman Spotify dan iTunes. Jika anda ingin mengikuti perjalanan muzik Lust dan I-Sky, anda boleh mengikuti laman sosial mereka di Instagram. -  Getaran, 1 Oktober 2021

Semua gambar: Lust dan I-Sky

Berita Berkaitan

1

Filem & TV 1 tahun yang lalu

Reeve Damien Akui Tugas Sebagai Pengarah Muzik Suke TV  Mencabar, Anak AC Mizal Teringin Berkolaborasi Dengan Sonaone 

2

Selebriti 1 tahun yang lalu

Aiman Tino Rancang Jadi Penerbit Program ‘Travelog’

3

Muzik 1 tahun yang lalu

Ayu Damit Nafi Lagu ‘Kejam’ Yang Berkisar Tentang Kecurangan Punya Kaitan Dengan Isu Syamsul Yusof 

4

Muzik 1 tahun yang lalu

Tak Pernah Menyesal Lalui Pengalaman Sukar Sebagai Penyanyi, Aman Aziz Kini Pertaruhkan 'Satu Hari Saat Hujan'

Sorotan

1

Pemain Badminton Negara Pamer Kekuatan Mental Menjelang Piasa Thomas, Uber

2

Pelajar Sekolah Meninggal Dunia Ketika Acara Larian Rentas Desa

3

Lelaki Israel Miliki Senjata: 10 Individu Ditahan Bawah SOSMA

4

PM, Kerajaan Enggan Terlibat Keputusan Lembaga Pengampunan Berhubung Kes Najib

5

AS Guna Veto Halang Usul Iktiraf Keahlian Palestin Dalam PBB

6

Jangan Abai Peruntukan Untuk Pembangunan Sukan - Hannah

Disyorkan untuk anda

Filem & TV 1 hari yang lalu

'Sheriff' Karya Paling Jujur, Janjikan Kelainan Sisi Polis

Selebriti 1 hari yang lalu

Aiman, Zahirah Bakal Timang Anak Perempuan

Berita gembira itu dikongsi menerusi video yang dimuat naik di akaun Instagram

oleh Wartawan Getaran

Muzik 6 jam yang lalu

Konsert Aina Abdul Penanda Aras Baharu MPO - Konduktor

Konduktor Orkestra Filharmonik Malaysia, Ahmad Muriz Che Rose kagumi kehebatan vokal Aina Abdul kerana mampu membuai emosi pendengar dan teruja berkongsi pentas...

Muzik 1 hari yang lalu

Alamak Raya Lagi! Terus Mendunia, Tular Sana-Sini 

oleh Rahayu MN