web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Adam E, Bukan Sekadar Seorang Penyanyi

Nekad menjadi salah seorang artis terbaik tanah air dan keluar dari bayang ayahnya, Adam E menghasilkan muzik persis lagu-lagu antarabangsa dan pantas mencuri perhatian para pendengar muzik tempatan.

Indie Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 17 Sep 2021 8:50AM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Meskipun dirinya masih 'hijau' dalam industri muzik, namun penyanyi bernama Adam E  berjaya menghasilkan muzik setaraf dengan lagu-lagu antarabangsa.

Minatnya dalam bidang nyanyian sudah berputik sejak kecil lagi. Ayahnya, Datuk Hattan, ialah salah seorang penyanyi terkenal dan sering mendedahkannya kepada lagu-lagu berunsur rock.

Namun setelah meningkat dewasa, dia menyedari minatnya itu lebih cenderung kepada lagu bergenre hip hop.

“Walaupun saya memilih genre rap dan hip hop, saya masih ‘anak ayah’ dan tetap mempunyai jiwa rock dalam diri saya. Mungkin ramai tak tahu, saya ini seorang yang emotional.

“Jadi, dengan rentak bunyi hip hop, saya dapat menyampaikan cerita dengan lebih baik mengikut gaya saya tersendiri,” kata Adam.

Dalam tulisan kali ini, kami kongsikan hasil temu ramah kami bersama Adam E atau nama penuhnya Adam Eiman untuk mengetahui isi hatinya yang paling dalam tentang kerjayanya sebagai seorang penyanyi dan single terbaharunya berjudul ‘Old Plans’.

Kenapa Adam memilih untuk kekal menggunakan nama sendiri sebagai nama pentas?

Dulu saya mempunyai masalah kurang keyakinan diri kerana masalah berat badan yang saya alami sejak kecil. Saya mengambil masa yang agak lama untuk belajar mencintai diri dan berasa selasa dengan keadaan diri saya. 

Dengan menggunakan nama saya sendiri, ia bukan sahaja memberi penghormatan kepada ibu bapa saya tetapi kepada diri saya sendiri juga. Ia seperti satu pencapaian buat saya kerana mula memeluk segala kelebihan dan kekurangan yang ada pada diri saya.

Bagaimana Adam mendapat inspirasi untuk menghasilkan muzik yang unik?

Semakin saya membesar dan menjadi lebih matang, saya rasa lebih berani untuk bereksperimentasi dengan pelbagai jenis bunyi.

Saya amat pandang tinggi kepada Kanye kerana karya-karyanya telah memberi impak yang besar kepada perspektif saya terhadap muzik.

Kebanyakan muzik saya mempunyai bunyi yang bervariasi kerana ditulis pada saat yang berbeza. Ada sesetengahnya ditulis dalam keadaan gembira, sedih, marah dan sebagainya. 

Jadi saya ingin menghasilkan rentak yang sesuai mengikut emosi yang dirasai ketika itu.

Bolehkah Adam ceritakan lebih lanjut mengenai single terbaharu bersama Freddie Laut berjudul ‘Old Plans’?

Banyak projek muzik dan kolaborasi saya ditangguhkan kerana wabak COVID-19. Disebabkan keadaan yang tidak menentukan ini, saya mula hilang motivasi untuk melakukan apa-apa. 

Lagu ini seperti memberi sedikit harapan kepada sesiapa yang mendengarnya dan mengingatkan mereka bahawa akan tiba masanya semua ini akan berakhir.

Meskipun kita tak tahu bila, dunia ini pasti akan kembali normal seperti dahulu dan kita akan bebas melakukan apa sahaja. 

Lagu ini juga megimbas kembali rutin yang pernah kita lakukan agar dapat meniup semangat untuk terus berjuang melalui saat-saat sukar ini.

Adam menulis lagu untuk meluahkan perasaan atau menulisnya sebagai amaran kepada seseorang?

Ada sesetengah lagu mencerminkan sisi saya yang lebih rebel terutamanya bila berdepan dengan situasi yang tidak mengizinkan. Dengan menulis lagu, saya dapat meluahkan isi hati yang terpendam dalam bentuk yang lebih berkias.

Bukan semua lagu itu amaran. Ia lebih kepada cara saya memproses emosi dalam menghadapi isu atau situasi tersebut.

Pernah tak Adam merasa tertekan kerana perlu memberikan hasil yang sama hebat seperti bapa?

Dalam industri ini, ayah saya dikenali sebagai satu pengkritik yang direct dan terlalu jujur. Mungkin itu mendorong saya untuk menjadi seorang yang kompetitif dalam mengejar apa yang saya mahukan. 

Saya juga ingin mendapat pencapaian yang banyak dan menjadi seorang artis yang hebat seperti dia. Saya tahu banyak yang telah dia korbankan untuk sampai ke tempat sekarang.

Jadi, dengan pilihan yang sedia ada, saya nekad untuk memperbaiki kebolehan diri dan mengasah minat saya dalam bidang nyanyian agar terus kekal dalam industri serta menjadi yang terbaik.

Single Adam E berjudul ‘Old Plans’ boleh didengar di laman penstriman seperti Spotify dan Apple Music.

Jika anda berminat untuk mengetahui lebih lanjut tentang Adam E dan karyanya yang lain, jangan lupa untuk menjenguk profil rasminya di Instagram. - Getaran, 17 September 2021

Semua Gambar: Adam E dan Goat Studios

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 minggu yang lalu

Malaysia Kekalkan Prinsip, Selesaikan Semua Konflik Dengan Diplomasi - PM

2

Semasa 2 bulan yang lalu

Anwar Ucap Tahniah Kepada Anutin, Sasar Perkukuh Hubungan Malaysia-Thailand

3

Luar Negara 3 bulan yang lalu

Suspek Kes Pornografi Kanak-Kanak Diekstradisi Ke AS

4

Rencana 4 bulan yang lalu

Detik Malaysia Mendunia Telah Tiba, Kita Mampu Lakukan!

Sorotan

1

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

2

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

3

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

4

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

5

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

6

Sebuah Kerajaan Bukan Hadiah Untuk Dirampas

Disyorkan untuk anda

Muzik 12 jam yang lalu

Dewa 19 Buktikan Keunggulan Katalog Lagu Dalam Konsert Cintaku Tertinggal Di Malaysia

oleh Rahayu MN

Muzik 1 hari yang lalu

SPOTLIGHT KLCC Tampil Pengalaman Showcase Premium, Himpunkan Barisan Artis Hebat Industri Muzik Tempatan

Menggabungkan elemen persembahan berkualiti tinggi, suasana premium dan lebih intim, SPOTLIGHT KLCC menawarkan harga tiket yang mampu dibeli oleh pelbagai golon...

oleh Rahayu MN