Berita Terkini

14 jam yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 1 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Yang Segar Dan Terkini! 3 Karya Mesti Dengar Minggu Ini

Tak kenal maka tak cinta. Minggu ini kami senaraikan tiga kugiran tempatan bersama lagu baharu mereka untuk anda dengar dan kenali.

Indie Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 10 Sep 2021 10:43AM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Nampaknya tak lama lagi kita semua akan berpeluang untuk menghadiri gig dan acara muzik lagi. Sebelum kita keluar bersuka ria di pelbagai pesta muzika, mari kenali tiga kugiran tempatan ini serta karya terkini mereka.

 

Esclave857

Setelah hampir tiga tahun menghilang diri, kumpulan hardcore metal, Esclave857 mengeluarkan EP sulung and single terbaharu mereka berjudul ‘Serpents Tongue’.

EP ini mengandungi lima buah lagu yang penuh dengan emosi dan mampu 'menyayat' jiwa para pendengar. Bagi penggemar muzik berat, EP ini adalah pilihan tepat sekali gus menjadi buah tangan khas buat anda sewaktu musim pandemik ini.

Album ini sarat dengan mesej memperkasakan diri yang ditujukan kepada kita semua yang selalu berdepan dengan masalah kurang keyakinan diri. 

Menurut Esclave857, sifat ragu dalam diri perlulah dibuang untuk membuka lembaran baru dalam kehidupan. Single Serpents Tongue’ juga secara tidak langsung membawa pendengar kembali mengimbau perasaan berada di acara konsert yang meriah.

Bahagian teknikal EP ini pula diberi sentuhan magis oleh Zarif Muazzam daripada kumpulan Crazy Grizzly serta turut melibatkan vokalis undangan, Brother Big, dalam menghasilkan lagu berjudul ‘Internal Struggle’. 

Apa yang lebih menarik, kulit album juga dihasilkan dengan kolaborasi pertama mereka bersama kumpulan tempatan, Heavyseni. Jika anda berminat untuk membeli EP ini dalam bentuk CD, anda boleh membuat tempahan melalui laman media sosial Freshtown Records.

 

Motherwit

Kepada sesiapa yang belum mengenali Motherwit, ia bermula sebagai sebuah projek solo oleh pemuzik, Sahaq Ibrahim. Keunikan karya-karya Motherwit adalah hasil inspirasi dan gabungan pelbagai genre seperti synth, pop, indie, rock dan jazz.

Kini Motherwit mengeluarkan single terbaharu bertajuk ‘Thunder’ yang mengisahkan tentang pengalaman ‘moving on’ daripada situasi yang menghampakan.

Sahaq berkata “Penulisan lagu ini agak jelas. Mesej yang mahu saya sampaikan adalah, walaupun kita mempunyai sejarah buruk bersama seseorang yang membutakan kita sepanjang perhubungan itu, hidup terlalu pendek untuk menyimpan dendam. Jadi hapuskanlah perasaan yang terbuku itu dan teruskan memperbaiki diri.”

Single yang berdurasi empat minit ini juga dihadirkan dengan sebuah video lirik yang dihasilkan oleh Aqmal Hakim daripada Naib Johan Records. Meskipun penulisan liriknya ringkas dan tidak complex, muzik ‘Thunder’ pasti menaikkan bulu roma para pendengar.

 

Kabus 

Meskipun masih baharu, kumpulan Kabus bersemangat untuk terus kekal relevan dalam dunia muzik. Malah, kumpulan ini sentiasa meneroka bunyi baharu dan menggabungkan pelbagai elemen muzik bagi mengembangkan lagi gaya susunan muzik mereka.

Setelah setahun berdiam diri, Kabus kini kembali dengan menampilkan bakat mereka dalam karya terbaharu berjudul ‘Kill This Thought’. Untuk pengetahuan semua, ‘Kill This Thought’ merupakan single bahasa Inggeris pertama mereka dan ditulis sepenuhnya oleh Fadhil Rushdan, vokalis Kabus. 

Walaupun sibuk dengan pekerjaan harian mereka, kumpulan ini tekad menyiapkan lagu ini kerana merasa terpanggil untuk meningkatkan kesedaran terhadap penyakit mental sekali gus mengenai mereka yang menghidapi penyakit ini. 

“Selain daripada memberi kesedaran kepada publik, kami juga ingin mengingatkan mereka bahawa kami tidak bersendirian dalam dunia ini. Tambahan pula, kami juga ingin menawarkan sebuah ekapisme kepada mereka yang berdepan dengan ujian hidup,’ kata Kabus.

Sebelum ini mereka pernah menghasilkan dua buah single iaitu ‘Bukan Ini Yang Ku Mahu’ dan ‘Masa Berganti’. 

“Diharapkan dengan pelancaran single ini, kami dapat berkongsi perasaan dengan para pendengar,” tambah Kabus.

Kesemua lagu ini boleh didengar di laman-laman penstriman sedia ada. Jadi, jangan lupa untuk menikmatinya! - Getaran, 10 September 2021

Gambar: Kabus, Motherwit, Freshtown Records MY

Berita Berkaitan

1

Sukan 1 minggu yang lalu

Pecahkan Dominasi JDT Musim Ini - Azman Adnan

2

Muzik 2 minggu yang lalu

'Cinta Tak Mungkin' Hadiah Raya Siti Nurhaliza

3

Luar Negara 3 minggu yang lalu

Singapura Rampas 1.5 Tan Produk Segar, Makanan Proses Dari Malaysia

4

Semasa 4 minggu yang lalu

Anwar Terima Kunjungan Menteri Luar India

Sorotan

1

KPU Indonesia Isytihar Prabowo, Gibran Presiden Dan Naib Presiden 2024-2029

2

Amalan Pemakanan Tidak Sihat, Kurang Aktiviti Fizikal Punca Utama Obesiti - Dr Dzulkefly

3

642 Pegawai, Anggota Polis Selangor Bertugas Pastikan Kelancaran PRK Kuala Kubu Baharu

4

Jamaica Secara Rasmi Iktiraf Palestin Sebagai Sebuah Negara

5

Tragedi Helikopter: Kerajaan Perak Akan Bincang Bentuk Bantuan Kepada Waris

6

Prestasi Malaysia Dalam Laporan Amnesty International Buruk

7

Harimau Muda Tutup Kempen Di Qatar Tanpa Sebarang Kemenangan

Disyorkan untuk anda

Selebriti 5 jam yang lalu

Bella Astillah Akui Bertemu Sarah Jasmine, Baca Mesej Ruhainies Desak Aliff Buka Aibnya

oleh Helmi Anuar

Selebriti 1 hari yang lalu

Siti Saleha Berjaya Takluki Puncak Gunung Kinabalu

Pelakon jelita berkenaan berkongsi kejayaannya itu di akaun media sosial miliknya

oleh Wartawan Hiburan Getaran

Selebriti 13 jam yang lalu

Adira Sah Bercerai

Lafaz talak satu dibuat Datuk Seri Adnan Abu di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Barat pagi tadi.

oleh Wartawan Hiburan Getaran

Selebriti 1 hari yang lalu

Industri Hiburan Penghubung Antara Malaysia Dan China – Shila Amzah