Berita Terkini

9 jam yang lalu: PKPD di Felda Chemomoi, Bentong, Pahang mulai 28 Januari hingga 10 Februari - MKN 13 jam yang lalu: Sukan SEA, 20 atlet dijangka layak ke Hanoi berdasarkan merit 13 jam yang lalu: Genting Hong Kong muflis tidak beri impak kepada ekonomi Malaysia - Azmin 13 jam yang lalu: 2 lelaki ditahan, bantu siasatan kes pecah cermin kereta di Taiping 15 jam yang lalu: PICKids: 484,639 kanak-kanak berumur 5 - 12 tahun telah mendaftar di MySejahtera - Dr Noor Azmi

IKUTI KAMI


Tip Solekan 15 Minit Untuk 'Online Meeting'

Tak perlu bersolek tebal, cukuplah dengan penampilan sederhana tetapi menawan.

Gaya Dikemaskini 5 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 03 Aug 2021 4:22PM

Gambar: LinkedIn Sales Solutions, Unsplash

oleh

Rahayu MN

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Bekerja dari rumah sudah menjadi trend ketika ini. Banyak syarikat yang tidak mewajibkan pekerja hadir ke pejabat bagi memutuskan rantaian COVID-19 yang semakin parah. Apabila mula bekerja di rumah, salah satu rutin yang perlu dilakukan ialah, mesyuarat secara maya atau bahasa popularnya online meeting. Sama ada suka atau tidak, anda kena lakukannya.

Bagi kaum lelaki, mungkin tidak menjadi masalah menghidupkan kamera dengan wajah yang polos, tapi untuk kaum wanita, it’s a big no! no! Tak sanggup mahu pamerkan wajah yang ‘tidak siap’ kepada rakan-rakan sekerja, apalagi bos! Sebab itu ramai wanita yang sanggup 'off camera’. Itu Pun kalau bos benarkan. Kalau dia arahkan kamera mesti dipasang, mahu atau tidak, terpaksalah turutkan.

Jadi bagaimana cara untuk bersedia di hadapan kamera? Selain perlu berpakaian kemas dan tidak mencolok mata, wajah juga perlu dioles tipis untuk penampilan lebih menyakinkan. Tak perlu bersolek tebal, cukuplah dengan penampilan sederhana tetapi menawan. Jom ikut tip solekan berikut. Mudah sahaja, 15 minit sudah siap!

Gambar: Gabrielle Henderson, Unsplash
Gambar: Gabrielle Henderson, Unsplash

1) Guna alas solekan yang melembapkan

Rahsia untuk kulit kelihatan sihat menawan ialah dengan memakai alas solekan  yang boleh mengelakkan kulit daripada terhidrasi (kering). Jadi, walaupun anda ingin cepat, pastikan anda lembapkan wajah sebelum mengenakan sebarang solekan. 

Boleh pakai krim pelembap, krim pelindung UV dan juga face mist yang terbukti boleh melembapkan kulit wajah. Anda pasti gembira dengan hasilnya nanti kerana ia membuatkan solekan mudah diaplikasikan serta nampak berseri-seri (glowing).

2) Guna bedak yang praktikal

Anda boleh pakai sebarang jenis bedak yang digemari, namun adalah lebih baik guna bedak tabur untuk menjimatkan masa. Ini kerana bedak jenis ini lebih mudah diaplikasikan serta tahan lebih lama. Sifatnya yang ringan membuatkan penampilan nampak lebih natural. Jangan tak tahu, bedak jenis ini juga mesra pada kulit berminyak dan berjerawat. 

3) Ringkaskan solekan mata

Solekan mata selalunya mengambil masa yang panjang. Jadi, untuk tampil sederhana, cubalah ringkaskan solekan mata dengan hanya merapikan alis mata dengan sikat kecil atau bentuk garisan nipis. Sapukan pembayang mata daripada tona natural dan oleskan maskara yang cepat kering supaya anda tidak perlu menunggu lama.

Gambar: Amy Shamblen, Unsplash
Gambar: Amy Shamblen, Unsplash

4) Gunakan pewarna 3 dalam 1

Salah satu 'makeup hack' yang sangat berguna dan menjimatkan ialah, anda boleh menggunakan pewarna 3 dalam 1 yang boleh digunakan sebagai pembayang mata, pemerah pipi dan juga pewarna bibir. Oleskan sedikit di permukaan tangan, kemudian sapukan ke pipi dan kelopak mata. Siap!

5) Gunakan setting spray

Akhiri solekan anda dengan setting spray. Memang benar kegunaan setting spray ini adalah untuk memastikan solekan tahan lebih lama. Tapi, ia juga boleh menyerlahkan solekan agar kelihatan segar dan menawan. Jadi, ia sangat berguna untuk online meeting. Barulah semangat untuk menyiapkan tugasan sepanjang hari itu. Tak mustahil, rakan-rakan sekerja yang lain juga dapat aura yang sama!

Selamat mencuba! - Getaran, 3 Ogos 2021

Sorotan

1

AirAsia Sambung Semula Penerbangan Ke Phnom Penh

2

Selepas Fries McD, Ayam Goreng KFC Pula 'Hilang' 

3

Berlakon Watak Ibu Kepada Anak Dewasa, Erra Fazira Bersikap Realistik

Disyorkan untuk anda

Teknovasi 1 hari yang lalu

3 Dron Untuk Kegunaan Peribadi 

oleh Izwan Ramlan

Jelajah 19 jam yang lalu

5 Aktiviti Menarik Sempena Tahun Harimau Menanti Anda! 

Sambut Tahun Baharu Cina 2022 bersama keluarga dan sahabat handai di Pavilion Bukit Jalil.

oleh Zaidi Che

Jelajah 1 hari yang lalu

"Hanya 45 Minit Dari Subang, Jom Ke Pulau Pangkor" - Saarani

Penerbangan SKS Airways akan menambahkan lagi kemeriahan dan kegemilangan pelancongan di Pulau Pangkor dengan tidak perlu menggunakan lebuh raya mahu pun beratu...

Jelajah 22 jam yang lalu

Melawat Shell Penang Road, Stesen Minyak Tertua Pulau Pinang!

oleh Zaidi Che