web statsweb stats

Berita Terkini

3 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 3 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Penat Kulit Berjerawat dan Berminyak? Kami ada penyelesaian buat anda!

Jenama kecantikan Dermalogica Clear Start telah menghasilkan produk rawatan kecantikan khusus buat kulit sensitif dan mampu mencegah masalah kulit ketara.

Gaya Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 27 Jul 2021 11:00AM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Masalah kulit berjerawat dan berminyak sering menghantui orang ramai, tidak kiralah wanita mahu pun lelaki. Tiada siapa yang menyukai kulit berjerawat apatah lagi ia boleh membuatkan seseorang hilang keyakinan diri. 

Walaupun mencuci muka merupakan salah satu cara mengurangkan masalah ini, ia bukanlah penyelesaian total. Rutin penjagaan kulit yang menyeluruh dan konsisten adalah langkah pertama dalam mengawal jerawat secara efektif. 

Rangkaian Dermalogica Clear Start telah menyediakan produk rawatan kecantikan khusus buat kulit sensitif yang mampu mencegah serta memulihkan kulit berminyak dan berjerawat.

Produk-produk ini terdiri daripada pencuci muka, losyen pelembab dan krim rawatan yang diformulasikan dengan bahan pencegah jerawat. Ia bukan sahaja dapat membantu menghaluskan tekstur kulit, mengurangkan masalah liang pori tersumbat dan pengeluaran sebum malah melembapkan kulit wajah secara sekata. 

“Kami menyedari bahawa masalah kulit berminyak dan jerawat kerap berlaku dalam kalangan remaja. Jadi kami rasa terpanggil untuk menghasilkan produk berkesan dan diyakini boleh menyelesaikan masalah kulit wajah ketara termasuk bintik hitam yang menjengkelkan. 

“Oleh demikian, bahan-bahan yang kami gunakan seperti ekstrak salisilik, niacinamide dan chondrus crispus yang berasal dari rumpai laut mampu merawat kulit, merangsang pengelupasan semulajadi, menguatkan ketahanan kulit serta mengekalkan kelembapan sambil menenangkan kulit.” kata wakil Dermalogica Clear Start. 

Jadi, tiba masanya untuk permulaan baharu dalam rejim penjagaan kulit wajah dengan tiga langkah mudah. 

  • Pencuci muka Dermalogica Clear Start Breakout Clearing Foaming Wash

Pencuci muka ini mampu membuang sel kulit mati, bakteria, kekotoran dan minyak berlebihan sambil menyegarkan kulit muka.

  • Losyen pelembab Muka Dermalogica Clear Start Cooling Aqua Jelly 

Losyen pelembap ini mempunyai tekstur yang ringan dan mampu menghidrasi kulit berminyak tanpa menyumbat liang pori. Kompleks bioflavonoid seperti retinol membantu mengurangkan pengeluaran sebum berlebihan dan menghaluskan tekstur kulit manakala blue tansy flower oil dan ektsrak blueberry pula kaya dengan antioksidan. 

  • Krim rawatan Dermalogica Clear Start Breakout Clearing Booster

Krim rawatan mengandungi asid salisilik, niacinamide dan ekstrak chondrus crispus ini menawarkan formula yang dapat membunuh bakteria sesingkat 15 minit. 

Dalam perkembangan lain, Dermalogica Clear Start turut bekerjasama dengan jurugambar terkenal, Peter DeVito menerusi kempen Bulan Kesedaran Jerawat pada Jun lalu. 

Sesi fotografi itu turut dijayakan beberapa model yang mempunyai pelbagai jenis kulit. Kempen ini bertujuan menaikkan semangat pengguna sekali gus meningkatkan keyakinan diri agar tidak terikat dengan stereotaip kecantikan yang ada.

“Jerawat perkara biasa dan bukan satu kekurangan. Setiap orang pasti pernah berdepan masalah kulit dalam hidup mereka.

“Jadi, kempen ini diharap dapat menyuntik kesedaran bahawa kita patut terima, menghargai dan meraikan kulit masing-masing," kata wakil jenama kecantikan ini. 

Nak tahu cara menggunakan produk Dermalogica Clear Start ini? Jom tonton video di bawah. - Getaran, 27 Julai 2021

Semua gambar: Dermalogica Clear Start, The PR People

https://www.instagram.com/clearstart/?hl=en

https://www.instagram.com/theprpeoplekl/?hl=en

https://www.instagram.com/peterdevito/?hl=en

Berita Berkaitan

1

Gaya 2 tahun yang lalu

5 Kegunaan Cuka Epal Dalam Rutin Kecantikan Anda

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Armila Beauty Miliki Racun Berjadual, Notifikasi Ditarik Semula - KKM

3

Semasa 3 tahun yang lalu

Kerjasama Malaysia-Indonesia Mudahkan Produk Sijil Halal Tembus Pasaran Kedua Negara

4

TARA 3 tahun yang lalu

Hukum Jerawat Pecah Ketika Solat

Sorotan

1

Pemandu Lori Nahas Maut Karak Miliki 15 Rekod Saman

2

Kerugian Jenayah Siber Cecah RM3 Bilion, Penipuan Dalam Talian Meningkat 87 Peratus

3

Tragedi Zaid Ibrahim; Ahli Politik Yang Berhutang Penjelasan

4

Video Belasah Pembantu Rumah Tular, 2 Pasangan Suami Isteri Ditahan

5

Asid Tumpah Dari Lori: Tiada Pencemaran Asid Di Sungai Cherating - JAS

6

Motosikal Ditunggang Langgar Belakang Kereta, Pelajar Maut Digilis Lori

Disyorkan untuk anda

Gaya 1 hari yang lalu

Skin Turnover Protocol, Pendekatan Baharu Untuk Kulit Sihat Dan Menawan

oleh Rahayu MN