Berita Terkini

1 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Tema Moden, 80-an, Coach x Def Jam SEA Anjur Konsert Asia Tenggara Pertama

Peminat muzik dan fesyen, bergembiralah! Coach dan Def Jam SEA berkolaborasi untuk konsert maya mereka yang pertama minggu ini!

Gaya Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 22 Jun 2021 12:28PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Pandemik menyebabkan banyak acara keramaian terpaksa dibatalkan. Ia termasuklah konsert mahupun pertunjukan fesyen yang selalu menjadi acara wajib dinantikan oleh ramai orang setiap tahun.

Ini berita gembira bagi negara Asia Tenggara apabila Coach dan Def Jam SEA berkolaborasi untuk pengalaman konsert maya yang pertama mereka.

Konsert maya Coach x Def Jam SEA bertujuan menghubungkan komuniti dengan pendekatan moden serta nostalgia muzik 80-an dan dedikasi mereka untuk membantu pemuzik generasi baru yang semakin meningkat.

Konsert maya langsung tersebut bakal menampilkan 13 artis dari empat negara di Asia Tenggara termasuk rapper Malaysia Joe Flizzow, pemuzik hip-hop Yung Raja Bahasa Tamil-Inggeris, Daboyway rapper Amerika dan Thailand dan Rayi Putra dari Indonesia. 

Bukan itu sahaja, malah ada penyanyi dan rapper pemenang anugerah SonaOne serta penerbit, penulis lagu dan rapper, Yonnyboii dan rapper wanita, SYA. 

Kesemua artis yang terbabit bakal memperagakan koleksi Musim Luruh 2021 Coach ketika konsert tersebut berlangsung.

Diilhamkan oleh Pengarah Kreatif Coach iaitu Stuart Vevers dengan visi free-spirited Coach, koleksi Musim Luruh ini menggabungkan hasil seni berzaman jenama tersebut dengan pakaian sukan Amerika serta memperkenalkan gabungan klasik-moden dengan pakaian sukan ala vintaj yang sangat menarik.

Konsert tersebut bakal disiarkan secara serentak di Malaysia, Singapura, Thailand dan Indonesia pada hari Khamis, 24 Jun jam 9:00 malam (GMT + 8 Malaysia & Singapura) dan 8:00 malam (GMT + 7 Thailand & Indonesia).

Pelanggan dan para peminat boleh mendapatkan maklumat lanjut tentang konsert maya Coach x Def Jam SEA ini melalui laman web coachxdefjamsea.com.

Pelanggan juga dapat membeli barangan Coach melalui perkhidmatan 'Coach on Delivery' dari rumah mereka dengan menghubungi butik-butik Coach terpilih melalui Whatsapp. - Getaran, 22 Jun 2021 

Gambar: Ihsan Coach

Sorotan

1

“Tiada Kasino Berlesen, Tipu” – PM

2

Najib Tak Pernah Arah Pengurusan 1MDB Pindah US$1.03 Bilion Kepada Syarikat Jho Low – Saksi

3

Keperluan Teliti SOP Latihan Udara Bergantung Laporan Siasatan – Khaled

4

Norjuma Didakwa Cederakan 3 Individu, Berbuat Khianat

5

Pengebumian Joanna Diiringi Tangisan Anaknya

6

Tragedi Helikopter TLDM : Jasad Mendiang Joanna Felicia Dikebumikan Di Serian Pagi Ini

Disyorkan untuk anda

Gaya 1 hari yang lalu

BNM Keluarkan Syiling Peringatan Sempena 50 Tahun Lembaga Pertubuhan Peladang

oleh Fida Ruzki