Berita Terkini

1 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


6 Idea Hadiah Hari Bapa Untuk Bapa Muda

Hari Bapa bakal menjelma tiba, tidak ketinggalan untuk kita meraikan golongan bapa muda!

Gaya Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 15 Jun 2021 2:30PM

oleh

Zaidi Che

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Hari Bapa tahun ini jatuh pada tanggal 20 Jun 2021 (Ahad). Sedar tidak sedar kita sudah pun sampai ke pertengahan tahun 2021. 

Masa berlalu pantas, hari istimewa yang satu ini diadakan bagi kita meraikan pengorbanan semua bapa-bapa yang bertungkus-lumus membesarkan kita selama ini.

Tidak lupa juga kepada bapa-bapa muda (18-35 tahun), sama ada yang baru menimang cahaya mata, mahupun yang baru setahun dua bergelar bapa di luar sana, kalian juga wajar dirai.

Para ibu muda, ambil nota dan catatkan enam idea hadiah Hari Bapa, khusus untuk golongan bapa muda, seperti di bawah:

BR 03 Red Radar Ceramic

Tiada yang lebih segak daripada seorang lelaki yang mementingkan masa. Apa kata hadiahi si suami dengan seutas jam tangan BR 03 Red Radar Ceramic dari Bell & Ross.

Tampak elegan dan mahal, jam tangan avant-garde ini diinspirasikan dari sistem radar merah penerbangan pesawat jet. Reka bentuk moden, muka jam dihiasi dengan nilam merah. Paling istimewa, badan jam diperbuat daripada seramik kalis calar, tahan lasak dan berteknologi tinggi. 

BOSS Bottled

Apa yang menjadikan seorang lelaki menjadi lebih menarik dan menawan? Ya, tepat sekali. Minyak wangi. Berilah si bapa muda sebotol haruman yang memaparkan sisi lelakinya dengan BOSS Bottled Eau de Parfum dari BOSS.

BOSS Bottled disarikan oleh bau-bauan musk dan kayu, dimadukan bersama epal dan limau gedang yang berlawanan dengan bauan intipati lada hitam. Bau nota-nota sensasi seperti buah pelaga, berangan dan kayu manis menambahkan lagi aura.

Bak Chris Hemsworth minyak wangi ini menterjemahkan figura seorang lelaki yang mementingkan nilai-nilai keluarga, kejayaan dalam kerjaya dan hubungan sosial yang romantis kepada si pemakainya.

Polaroid

Tanyalah semua jejaka di luar sana, apa yang melengkapkan penampilan mereka? Jawapannya tentu sahaja sepasang kaca mata hitam. 

Kaca mata hitam dari Polaroid ini sangat tepat dijadikan hadiah untuk bapa-bapa muda. Ia mudah digayakan dan ringan kerana kerangkanya diperbuat daripada plastik mesra alam. 

Kena dengan tema ‘lestari’, kaca mata ini didedikasikan buat mereka yang bergaya kontemporari dan amat sesuai digayakan untuk semua jenis bentuk muka. 

Layari Polaroid untuk melihat katalog lengkap. 

Face Shield 

Masih lagi dari Polaroid, Pelindung Muka Polaroid amat membantu dari segi keselamatan para bapa muda di luar sana ketika ‘berjuang’ untuk ke pejabat atau membeli makanan di restoran. 

Lengkapi suami anda itu tadi dengan pelindung muka buatan Itali serba bergaya ini. Ia diperakui oleh European Certification EN 166 3 F CE yang boleh digunakan dalam bidang perubatan. Ini bermakna ia sangat selamat digunakan dengan tali boleh laras yang memudahkan.

Tidak hanya sekadar untuk bergaya, pakaikan juga pelitup muka, jika tidak mahu disaman! Boleh dibeli atas talian di laman sesawang Polaroid.

Newport Bag

Direka khusus untuk cerminan gaya dan praktikal, koleksi beg Newport keluaran Targus ini sememangnya untuk mereka yang mengutamakan aspek personaliti yang mewah dan elegan. 

Tidak berkompromi dari aspek kualiti, koleksi ini menampilkan penggunaan material terbaik iaitu fabrik nilon dengan tenunan kulit yang berkualiti tinggi. 

Beg keluaran Targus sesuai digunakan untuk membawa komputer riba atau sebarang peranti mudah alih, mahupun buku. Serba boleh, Newport hadir dalam warna hitam, biru dan coklat.

Ohbori Slider

Kami yakin jika anda hadiahkan selipar sarung dari Onitsuka Tiger ini, tentu sekali suami anda akan gembira!

Ohbori Slider adalah model selipar jenis sarung keluaran Onitsuka Tiger dengan kemasan pad kusyen bersama dua tali yang boleh dilaras mengikut kesesuaian padanan kaki si pemakai.

Rekaan versatil ini memberikan impak elegan dan sotisfikated, sekali gus menjadikannya padanan yang sesuai untuk pelbagai gaya pemakaian si bapa muda. – Getaran, 15 Jun 2021

Semua gambar: Dari jenama-jenama berkenaan

Berita Berkaitan

1

Gaya 1 minggu yang lalu

Adidas Originals Raikan 3 Kasut Klasik Dalam Kempen, '1000 Back' 

2

Gaya 1 bulan yang lalu

Tiada Lagi Koleksi Raya Dari Rizman Ruzaini Selepas Ini, Mahu Tumpu Pasaran Antarabangsa 

3

Gaya 1 bulan yang lalu

Koleksi Denim Marks & Spencer Diperkenalkan di Stor 1 Utama

4

Gaya 1 bulan yang lalu

Hobi Mengait Jadi Terapi Diri, Jana Pendapatan

Sorotan

1

“Tiada Kasino Berlesen, Tipu” – PM

2

Najib Tak Pernah Arah Pengurusan 1MDB Pindah US$1.03 Bilion Kepada Syarikat Jho Low – Saksi

3

Keperluan Teliti SOP Latihan Udara Bergantung Laporan Siasatan – Khaled

4

Norjuma Didakwa Cederakan 3 Individu, Berbuat Khianat

5

Pengebumian Joanna Diiringi Tangisan Anaknya

6

Tragedi Helikopter TLDM : Jasad Mendiang Joanna Felicia Dikebumikan Di Serian Pagi Ini