Berita Terkini

4 hari yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 1 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok. 1 minggu yang lalu: Koc wanita bagi MRT laluan Putrajaya akan dilaksanakan bermula Isnin ini - Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Rail 1 minggu yang lalu: Pengerusi Spanco Sdn Bhd, Tan Sri Robert Tan Hua Choon mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menipu hingga mendorong MOF menganugerahkan kontrak urus kenderaan kerajaan bernilai RM3.9b, pada 2019 2 minggu yang lalu: Tokoh Wartawan Negara 2014 Datuk Ahmad Rejal Arbee meninggal dunia awal pagi hari ini - isteri Allahyarham, Datin Noraini Shariff.

IKUTI KAMI


8 Cadangan Hadiah Istimewa Sempena Hari Bapa

Raikan Hari Bapa yang bakal menjelma tiba dengan produk-produk dari Batik Boutique.

Gaya Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 08 Jun 2021 2:30PM

oleh

Zaidi Che

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Dalam segala macam kekacauan dan sekatan yang terjadi semenjak wabak COVID-19 mengganas, sedar tidak sedar kita sudah pun sampai di pertengahan tahun. Hari Bapa pun bakal menjelma tiba tanggal 20 Jun 2021 (Ahad) nanti.

Membeli hadiah buat kaum lelaki, khususnya golongan bapa ternyata sedikit payah. Tidak mudah, apalagi di tempoh PKP 3.0 ini. Jadi, kami cadangkan apa kata beri bapa anda satu hadiah yang bermakna di Batik Boutique.

Turut menyediakan platform belian atas talian, anda boleh memilih untuk membeli hadiah-hadiah paling istimewa sempena Hari Bapa ini dari rangkaian baju-baju batik, aksesori dan perhiasan lainnya di Batik Boutique, seperti di bawah:

1 – Baju Batik Klasik 

Pilihan utama, tentulah baju batik klasik aneka corak dan warna. Pelbagai baju batik lelaki di Batik Boutique mempunyai kain yang sesuai untuk pemakaian golongan bapa. Direka khusus untuk cuaca panas di Malaysia, kainnya berpotongan lurus, tidak melekap dan nyaman disarungkan kerana diperbuat daripada 100% kapas.

Untuk bapa-bapa yang lebih suka memakai pakaian yang longgar, anda boleh membuka jahitan dart di bahagian belakang baju untuk melonggarkannya. Terdapat lebih daripada 20 cetakan corak untuk koleksi baju batik klasik (lengan pendek dan panjang) keluaran Batik Boutique ini. Harga sekitar RM259 hingga RM289 sehelai.

2 – Kemeja Cuba

Kemeja Cuba menggabungkan seni batik tradisional dengan potongan kontemporari dan moden. Kemeja Cuba yang juga dikenali sebagai ‘Guayabera’ ini mempunyai kolar lapel, berlengan pendek dan longgar. Kainnya ringan kerana diperbuat daripada 100% kapas. 

Gaya kolar lapel terbuka ini sangat sesuai untuk golongan bapa muda. Pilih tiga cetakan pastel untuk menghadirkan perasaan seperti berada di tepian pantai Caribbean yang cerah dengan sinaran cahaya matahari. Kemeja Cuba keluaran Batik Boutique ini berharga RM259 sehelai. 

3 – Batik Boxer Short & Shave Gift Set

Berikan bapamu sekotak hadiah yang menawarkan keselesaan. Batik Boxer Short & Shave Gift Set adalah jawapannya.

Set hadiah ini mengandungi celana pendek batik 100% kapas, berus muka dan krim pencukur buatan Itali, semuanya dibungkus dalam kotak kadbod yang kemas. Ia sempurna untuk bapa anda kekal rapi sepanjang sesi ‘berkurung’ di dalam rumah semasa PKP ini. Set hadiah ini berharga RM248 sekotak.

4 – Batik Necktie & Pocket Square Set 

Set hadiah yang ini pula mengandungi seutas tali leher dan kain saku batik, sama corak dan warna. Istimewanya, batiknya dicanting dengan tangan, lengkap sulaman logo.

Untuk set hadiah ini, anda boleh menempah untuk menyulam nama ayah anda untuk menambahkan sentuhan peribadi dan menjadikannya lebih bermakna. Set hadiah ini berharga RM179 sekotak. 

5 – Writer’s Set 

Untuk penyesuaian suasana bekerja dari rumah (work from home) yang baharu sahaja dilaksanakan baru-baru ini, bantu bapa anda dengan memberi Writer’s Set untuknya. 

Bantu dia menguruskan senarai tugasannya atau ambil nota dari pertemuan mesyuarat maya dengan buku jurnal dari Writer’s Set ini. Dipadankan dengan botol air buluh, set hadiah ini sesuai untuk golongan bapa yang bekerja di pejabat. 

Writer’s Set berharga RM189. 

6 – Batik Baking Set

Bapa kamu gemar memasak? Jadi set hadiah ini sesuai buatnya.

Set hadiah ini mengandungi sehelai apron bercorak batik dinosaur dan perkakasan dapur seperti pengaduk tepung, pengecap biskut berbentuk dinosaur dan buku resipi cara-cara membuat biskut.

Terdapat juga Batik Baking Set untuk kanak-kanak yang sama corak dan warna. Bolehlah bapa anda bermain di dapur bersama cucu-cucu kesayangannya. Set ini berharga RM219.

7 – Wooden Tumblers

Istimewa sempena Hari Bapa, Batik Boutique mencipta Tumbler & Tea Set hasil kolaborasi bersama Rhymba Hills yang berharga RM109. 

Hadir dalam dua rekaan, botol air buluh bercorak batik ini lengkap dengan penapis teh. Badan botol diperbuat daripada besi tahan karat yang mampu mengekalkan suhu sehingga 4 jam. Untuk masa terhad, dapatkan lima peket teh (diperibadikan dengan nama bapa anda) secara percuma. 

8 – Business Card Holder and Batik Key Fob

Untuk bapa yang berkecimpung dalam dunia perniagaan dan korporat, set hadiah ini sesuai buatnya. Kedua-dua produk diperbuat daripada 100% kapas, batik cantingan tangan dan getah PU. Tahan lasak, produk ini dijangka tahan lama untuk simpanan jangka masa lama bapa anda. Set hadiah ini berharga RM128. 

Berita baik buat anda, untuk setiap pembelian baju batik secara atas talian, anda akan mendapat pelitup muka kain pakai-basuh secara percuma di Hadiah Hari Bapa Batik Boutique.

Layari Batik Boutique untuk maklumat lanjut. – 8 Jun 2021

Semua gambar: Batik Boutique

Berita Berkaitan

1

Gaya 18 jam yang lalu

Adidas Originals Raikan 3 Kasut Klasik Dalam Kempen, '1000 Back' 

2

Kisah Kita 2 hari yang lalu

Butik TAPAi Ketengah Produk Batik Buatan OKU

3

Sukan 3 hari yang lalu

Pecahkan Dominasi JDT Musim Ini - Azman Adnan

4

Luar Negara 2 minggu yang lalu

Singapura Rampas 1.5 Tan Produk Segar, Makanan Proses Dari Malaysia

Sorotan

1

Beberapa Kawasan Di Subang, Sungai Buloh Dilanda Banjir

2

Lee Akan Dilantik Sebagai Menteri Kanan Dalam Kabinet Baharu - Wong

3

Gangguan Kuasa Jejas Kekerapan Perkhidmatan LRT Laluan Kelana Jaya

4

KPWKM Bantu Wanita Didakwa Diberi Layanan Buruk Pegawai JKM - Nancy

5

Tiada Halangan MMC Jual Saham MMC Port, Namun Perlu Patuhi Dasar - Menteri

6

Rasionalisasi Subsidi Mampu Tangani Isu Ketirisan, Seludup Diesel - Pakar Ekonomi

7

Kolam Selam Tempur Kem Iskandar, Mersing Siap Jun - Onn Hafiz

Disyorkan untuk anda

Gaya 18 jam yang lalu

Adidas Originals Raikan 3 Kasut Klasik Dalam Kempen, '1000 Back' 

oleh Rahayu MN

Jelajah 7 jam yang lalu

5 Tempat Untuk Hilangkan Tekanan Bersama Keluarga, Rakan

Pelbagai destinasi menarik, berlatarkan keindahan alam semulajadi hinggalah pengembaraan taman tema yang mendebarkan boleh dijadikan pilihan

oleh Rahayu MN