Kehadiran Syawal tahun ini pastinya lebih menyeronokkan, apabila orang ramai berpeluang menikmati pelbagai pilihan untuk berbelanja dalam membuat persiapan.
Terbaru, kempen Lakaran Syawal oleh Melawati Mall yang diinspirasikan oleh keindahan ukiran kraftangan serta seni dekorasi memberi peluang untuk pelanggan menikmati keanggunan seni tradisional Melayu.

Semua keindahan ini ditafsir semula melalui fesyen, ganjaran perayaan dan persembahan budaya yang mengasyikkan.
Berlangsung dari sekarang hingga 6 April 2026, kempen ini telah dirasmikan oleh pereka fesyen tempatan tersohor, Datuk Tom Abang Saufi, sekali gus menandakan satu kolaborasi bermakna yang meraikan warisan kraftangan dan gaya kontemporari.
Gerai Terpilih Di Meranti Court
Lakaran Syawal diterjemahkan menerusi pelbagai gerai khas yang menampilkan gabungan pereka tempatan dan jenama bagi perayaan yang menarik.
Antara tarikan utama ialah Tom Abang Saufi, yang terkenal dengan jahitan unik tersendiri serta dedikasi terhadap hasil kraftangan dan berkualiti tinggi.
Dikenali dengan setiap perincian yang teliti, siluet elegan dan interpretasi moden terhadap reka bentuk warisan, setiap koleksi beliau melambangkan kecanggihan yang merangkumi abadi.

Antara jenama terkenal lain yang turut mengambil bahagian termasuk McVogue, Love Trisha, Anna Satrin, Awesome Snacks, Ababil, Orchid Classic, Al Haraman serta Eastman & Estella yang menawarkan fesyen Muslimah, busana tradisional, samping, juadah perayaan dan aksesori sesuai untuk menjadi pelengkap gaya Syawal seisi keluarga.
Selain gerai, pengunjung juga boleh meneroka pelbagai pilihan fesyen daripada lebih 40 jenama seperti Ms Read, Variante, Kashkha, Omar Ali, Three B’s, Max Fashion, Padini, Brands Outlet, Uniqlo & banyak lagi, memastikan pilihan yang sesuai bagi semua peringkat usia.

Pilihan makanan dan minuman Melawati Mall yang beraneka jenis turut menjadikan suasana lebih sempurna untuk perayaan, termasuk Lapisan Patisserie, Johnny’s Steamboat, Tony Roma’s, Seoul Garden, Mee Hiris China Muslim, Tea Garden dan banyak lagi.
Penebusan Raya Eksklusif & Ukiran Kraftangan
Pada hujung minggu terpilih iaitu 7–8 Mac & 14–15 Mac, pembeli boleh menikmati perkhidmatan ukiran kraftangan peribadi percuma dengan perbelanjaan minimum RM50 ke atas serta penebusan Ukiran Gift Box secara percuma, menambahkan lagi sentuhan eksklusif dan bermakna kepada sambutan raya.

Pelanggan yang mencapai jumlah perbelanjaan minimum layak untuk menebus koleksi perayaan eksklusif berikut:
- Sampul Duit Raya Seni Syawal dengan perbelanjaan RM180 dalam satu resit
- Tikar Corak Seri dengan perbelanjaan RM500 dalam maksimum dua resit gabungan
- Kotak Hadiah Ukiran Raya dengan perbelanjaan RM900 dalam maksimum tiga resit gabungan
Waktu Operasi Dilanjutkan Untuk Pembelian Saat Akhir
Bagi memudahkan persiapan raya di saat akhir, Melawati Mall mengambil inisiatif melanjutkan waktu operasi sehingga jam 12 tengah malam pada Jumaat dan Sabtu untuk tarikh berikut:
- 27 & 28 Februari 2026
- 6 & 7 Mac 2026
- 13 & 14 Mac 2026
Waktu operasi lanjutan ini memberi lebih keselesaan kepada pengunjung untuk membeli dan melengkapkan persiapan perayaan sambil menikmati ganjaran eksklusif sehingga lewat malam.

Para pembeli juga boleh menebus baucar hadiah percuma melalui platform ganjaran istimewa daripada Melawati Mall, layari CapitaPlus.
Selain itu, sebagai persediaan untuk moreh selepas solat terawih, pengunjung boleh menikmati hidangan istimewa daripada gerai Champur dan Lapisan Patisserie. Ia menjadikan kunjungan hingga lewat malam lebih berbaloi.
Persembahan Budaya & Eksklusif CapitaPlus
Selain daripada kemeriahan turut ditambahkan lagi dengan suasana perayaan, para pengunjung boleh menyaksikan pelbagai persembahan raya tradisional dan kontemporari termasuk Dikir Barat, persembahan tarian raya moden serta kompang adik beradik.
Turut bekerjasama dengan Traveloka, pembeli yang berbelanja RM100 dan ke atas dalam satu resit berpeluang memenangi percutian ke Korea Selatan. Peraduan ini berlangsung sehingga 31 Mac 2026, menambahkan lagi keterujaan sepanjang musim beli-belah raya. - Getaran, 4 Mac 2026