web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Kasut Sukan Berprestasi Tinggi Untuk Larian Stabil Dan Selesa

Kasut ini memanfaatkan teknologi tapak tengah termaju untuk penyerapan hentakan dan kebolehnafasan untuk larian yang stabil dan lancar.

Gaya Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 18 Jul 2024 8:11AM

oleh

Rahayu MN

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Penggemar aktiviti larian perlu tahu tentang perkara ini. Lebih-lebih lagi jika anda sedang mencari sepasang kasut baharu untuk menggantikan kasut larian yang telah rosak.

Jenama pakaian sukan terkemuka, Descente, telah melancarkan produk kasut larian terbaharu, Enerzite Fluid Wire 2.0. Kasut ini memanfaatkan teknologi tapak tengah termaju untuk penyerapan hentakan dan kebolehnafasan untuk larian yang stabil dan lancar.

Keluaran terbaharu ini membuktikan usaha Descente yang berterusan untuk mendatangkan produk berprestasi tinggi khususnya bagi penggiat sukan larian.

Menyerap hentakan, bebas bernafas

Menampilkan material berteknologi Dynamic Fluid strain-flow yang terpasang di bahagian depan kaki dan tumit kasut, material ini kekal lembut ketika dalam keadaan statik atau dalam pergerakan perlahan, namun akan mengeras apabila terkena hentakan.

Kebolehubahan ini dapat membantu menyerap dan menyebarkan tenaga hentakan yang bertindak sebagai kusyen dan perlindungan tapak kaki untuk pengalaman larian yang lebih selesa.

Kasut larian Descente terbaru menampilkan material berteknologi Dynamic Fluid strain-flow
Kasut larian Descente terbaru menampilkan material berteknologi Dynamic Fluid strain-flow

Inspirasi reka bentuk bahagian atas kasut ini berasal daripada siri Allterrain Descente yang menampilkan sistem DWI-ZIP yang menggabungkan material dalam warna yang sama tetapi dalam tekstur yang berbeza untuk menghasilkan estetik berfungsi.

Berpegang pada prinsip ‘form follows function’ dan ‘every design detail serves a purpose’, Enerzite Fluid Wire 2.0 menampilkan material ‘mesh’ pada bahagian atas kasut untuk keselesaan yang tiada tandingan dan pergerakan yang mudah bagi pelbagai jenis aktiviti seperti berlari dan bersenam, dan juga untuk kegunaan harian.

Diinspirasikan oleh konsep rekaan Dwi-Zip
Diinspirasikan oleh konsep rekaan Dwi-Zip

Lantunan selesa, larian stabil

Untuk memastikan larian yang stabil, Enerzite Fluid Wire 2.0 menampilkan redaman tapak tengah bahan busa untuk lantunan yang selesa menghasilkan pengalaman pemakaian yang terbaik.

Menggunakan redaman tapak tengah bahan busa untuk lantunan yang selesa
Menggunakan redaman tapak tengah bahan busa untuk lantunan yang selesa

Selain teknologi Dynamic Fluid strain-flow, bahagian depan kaki menggabungkan teras karbon dengan bingkai TPU untuk meningkatkan ketegaran kilasan tapak tengah dan kestabilan lengkung kaki. Di samping itu, tapak kasut menampilkan tapak getah ringan untuk cengkaman maksimum.

Enerzite Fluid Wire 2.0 boleh didapati di Descente, The Exchange TRX pada harga jualan RM980. Untuk maklumat lanjut tentang DESCENTE, sila layari https://my.descente.com/

Berikut antara kebaikan berlari yang mesti anda tahu :

1) Menurunkan berat badan

Jika anda mahu menurunkan berat badan, senaman kardio ini sangat disarankan kerana ia mampu membakar lemak dengan cepat. Selain itu, ia juga boleh mengawal berat badan anda secara konsisten.

2) Mencipta bahagia

Sesetengah pakar menyarankan kepada mereka yang menderitai depresi supaya berlari kerana ia dapat meningkatkan mood dengan segera.

Ini kerana berlari mampu merangsang tubuh untuk meningkatkan produksi hormon endocannabinoid yang bertugas membuat anda merasa senang dan gembira.

3) Mencegah osteoporosis

Berlari dapat mempercepatkan pembentukan sel-sel tulang baharu, sekaligus menjadikan tulang anda menjadi lebih kuat dan menurunkan risiko terkena osteoporosis.

4) Membantu perkembangan otak

Sebuah kajian di Harvard membuktikan ada kaitan di antara aktiviti berlari dengan peningkatan memori. Kaji selidik kreativiti yang dijalankan di Rhode Island College juga menunjukkan berlari meningkatkan kreativiti dan konsentrasi sehingga dua jam selepas senaman.

5) Menurunkan risiko serangan jantung

Apabila anda berlari secara rutin, tahap HDL atau kolesterol yang baik di dalam darah akan meningkat. Kajian mendapati mereka yang berlari secara teratur dan lebih dari 50 minit seminggu boleh menurunkan risiko penyakit kardiovaskular.

6) Awet muda

Berlari juga boleh buat anda tampil awet muda. Ini kerana apabila anda berpeluh, semua racun atau toksik akan keluar melalui pori-pori kulit. Ini membantu anda terlihat lebih muda dan memiliki kulit yang sempurna.

7) Tidur lebih nyenyak

Menurut kajian di Northwestern Medicine, aktiviti berlari dapat mengurangkan dan akhirnya menyembuhkan insomnia. Untuk mendapatkan semua manfaat dan hasil yang maksimum daripada berlari, pastikan anda lakukannya dengan betul. Ikuti tips berikut:

• Pilih dan gunakanlah kasut berlari yang tepat dan sesuai dengan saiz kaki agar tidak mengundang kecederaan pada kaki.

• Lakukan pemanasan sebelum lari.

•Sebelum berlari, berjalan dahulu selama lima minit atau lebih.

• Kemudian mulalah berlari dengan intensiti perlahan dan tingkatkan kelajuan dari masa ke masa.

• Selesai berlari, jangan lupa lakukan pendinginan (cool down) dengan berjalan perlahan-lahan agar degupan jantung kembali normal. – Getaran, 18 Julai 2024

Foto : Descente

Berita Berkaitan

1

Refleksi 4 tahun yang lalu

#ProjectLoveSneaker Hulurkan Kasut, Hulurkan Kasih!

Sorotan

1

Tok Mat Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau, Zahid Jadi Pengiring

2

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon

3

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

4

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

5

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

6

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

Disyorkan untuk anda

Gaya 1 hari yang lalu

Mengapa Budaya Kerja Syarikat Penerbangan Turut Mempengaruhi Pengalaman Penumpang?

oleh Rahayu MN