web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Pakaian Rasmi Kontinjen Paralimpik Malaysia ke Paris Baru Ada Stail!

Pakaian rasmi berona putih dengan belang biru, merah, kuning dan kelabu itu mendapat respon positif daripada warganet.

Gaya Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 10 Jul 2024 10:39AM

Kombinasi warna yang digunakan adalah cerminan warna Jalur Gemilang dan ia mudah dilihat pada acara perbarisan kontinjen negara di temasya Sukan Paralimpik 2024 nanti.

oleh

Rahayu MN

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Majlis Paralimpik Malaysia (PCM) semalam dengan bangganya telah memperkenalkan pakaian rasmi kontinjen negara ke temasya Sukan Paralimpik 2024 di Paris, Perancis.

Menggunakan platfrom media sosial sebagai pengantaraan, PCM tampil bergaya dengan rekaan pakaian yang memikat. Menampilkan rona putih sebagai warna utama, ia turut disempurnakan dengan belang berona biru, merah, kuning dan kelabu.

Kombinasi warna yang digunakan ini adalah cerminan warna Jalur Gemilang dan ia boleh dianggap sebagai langkah bijak kerana ia menonjol dan mudah dilihat pada acara perbarisan kontinjen nanti.

Atlet paralimpik kebangsaan, Abdul Razzaq Abdul Rahman.
Atlet paralimpik kebangsaan, Abdul Razzaq Abdul Rahman.

“Penantian telah berakhir. Baru keluar dari ‘ketuhar’, kami teruja untuk memperkenalkan pakaian rasmi kontinjen Malaysia untuk Sukan Paralimpik Paris 2024.

“Bersedia untuk menonjol dan pamerkan sokongan anda dengan bergaya!,” ciap PCM di platform X yang turut menyertakan klip video pendek mempamerkan pakaian rasmi berkenaan.

Sehingga kini, perkongsian PCM ini telah diulang ciap lebih 3000 kali dan jumlah tontonan juga mencecah lebih 300 ribu.

Mengintai akaun Facebook PCM,  warganet turut meninggalkan komen-komen positif pada foto-foto pakaian yang digayakan oleh atlet paralimpik kebangsaan, Muhammad Imaan Aiman dan Abdul Razzaq Abdul Rahman.

Muhammad Imaan Aiman
Muhammad Imaan Aiman

Maklum balas yang diterima oleh PCM jauh berbeza dengan apa yang berlaku kepada Majlis Olimpik Malaysia ketika mereka memperkenalkan pakaian rasmi kontinjen Olimpik.

Selain memuji, ada juga yang berminat untuk membelinya sebagai koleksi, sekaligus mencadangkan kepada PCM untuk membuka jualan.

“Cantik. Ini baru luar biasa. Menggunakan warna jalur gemilang dengan sangat baik. Belang harimau tetap ada. Terbaik! Moga yang terbaik untuk pasukan paralimpik,” tulis Zarns Dir.

“Pasukan Paralimpik Malaysia sememangnya membanggakan Malaysia setiap kali bertanding,” tulis Marcus Zeng pula.

Seorang lagi pengguna Facebook, Daten Gweng memberitahu dia juga sangat sukakan rekaan pakaian yang ditampilkan.

I love this so much. Apabila pemakaian hebat, secara semulajadi diri akan rasa yakin. Ketrampilan hebat membuat keyakinan diri meningkat. Penting ya pemakaian yang sesuai,” tulisnya.

“Cantik. Open jualan baju, seluar, bucket, jaket dan beg. Hasil jualan boleh masuk ke tabung Persatuan Pralimpik Malaysia/Persatuan OKU,” cadang Mohd Khairul Azmi pula.

Sukan Paralimpik 2024 bakal berlangsung dari 28 Ogos sehingga 8 September ini. Untuk penyertaan kali ini, PCM menyasarkan empat pingat emas untuk dibawa pulang. – Getaran, 10 Julai, 2024

Foto : Majlis Paralimpik Malaysia

Sorotan

1

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

2

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

3

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

4

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

5

Polis Siasat Kes Lelaki Dipaksa Masuk Dalam Kereta 

6

PRN Negeri Sembilan: Jangan Jadikan Institusi Diraja Bahan Kempen Parti Politik - PM

Disyorkan untuk anda

Gaya 1 hari yang lalu

Mengapa Budaya Kerja Syarikat Penerbangan Turut Mempengaruhi Pengalaman Penumpang?

oleh Rahayu MN