web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Baju Kontinjen Olimpik Negara Sudah Bertukar Corak Dan Logo, Tiada Lagi Logo Pihak Penaja

MOM akhirnya memperkenalkan corak dan logo baharu pada pakaian rasmi untuk dipakai oleh Kontinjen Malaysia ke Sukan Olimpik Paris 2024.

Gaya Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 02 Jul 2024 2:52PM

Pemain badminton negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik memperagakan pakaian rasmi baharu kontinjen negara. - Gambar MOM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Selepas mengambil kira pendapat ramai, Majlis Olimpik Malaysia (MOM) akhirnya akur dan tampil memperkenalkan corak dan logo baharu pada pakaian rasmi kontinjen negara ke Sukan Olimpik Paris 2024 .

Rekaan kali ini menampilkan corak belang harimau yang lebih garang, malah warna Jalur Gemilang juga telah ‘dipulihkan’ kepada warna rasmi. 

“MOM berasakan bahawa reka corak baharu ini melambangkan semangat harimau yang sudah menjadi identiti kontinjen Malaysia sejak kali pertama ia diperkenalkan pada Temasya Sukan Asia Tenggara atau Sukan SEA di Manila pada 2005.

“Adalah menjadi harapan MOM mewakili pemegang taruh termasuk Kementerian Belia dan Sukan (KBS), Majlis Sukan Negara (MSN) dan Institut Sukan Negara (ISN) agar semangat Harimau menjadi inspirasi untuk atlet negara mengaum di kota Paris nanti,” ulas MOM menerusi kenyataan rasmi yang diedarkan pada hari ini. 

Selain itu, MOM turut memaklumkan bahawa kemeja-T berkolar berwarna emas akan mengekalkan rekaan yang sama, tetapi logo MOM akan ditukar warnanya sebagai tanda menghormati bendera negara.

Menurut Presiden MOM, Tan Sri Norza Zakaria, beliau percaya corak baharu yang dipilih itu lebih segar dan boleh menaikkan semangat juang kontinjen negara di temasya terbesar dunia itu nanti.

Tambahnya, MOM juga mengambil maklum balas orang ramai apabila menukar logo dengan kibaran Jalur Gemilang kembali dilakar mengikut warna-warna Jalur Gemilang diiringi lima gegelung Olimpik, berbanding logo MOM berwarna emas yang dipaparkan pada corak terdahulu.

"Reka corak baharu yang dipilih adalah berlatarbelakangkan warna hitam, dengan belang Harimau berwarna kuning yang lebih jelas dan besar di sebelah hadapan dan di belakang jaket,” ulas beliau.

Dalam masa yang sama, Norza juga memberitahu MOM mencapai kata sepakat dengan pihak penaja Yonex Sunrise Malaysia agar logo Yonex atau YY tidak dipaparkan di kedua-dua jaket dan kemeja-T baharu itu atas alasan kekangan masa.

"Ini adalah kerana proses untuk Yonex Sunrise Malaysia mencetak dan menyediakan pakaian rasmi ini memerlukan proses perjanjian dengan pengilang sebagai prosedur operasi standard (SOP) jenama itu.

"Oleh itu, Yonex Sunrise Malaysia beri keizinan khas kepada MOM untuk mencetak dan mengeluarkan jaket ini dengan fabrik pengilang berbeza sebagai pakaian rasmi Kontinjen Malaysia ke Paris 2024 disebabkan faktor masa," katanya. - Getaran, 2 Julai 2024

Sorotan

1

Tok Mat Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau, Zahid Jadi Pengiring

2

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon

3

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

4

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

5

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

6

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

Disyorkan untuk anda

Gaya 1 hari yang lalu

Mengapa Budaya Kerja Syarikat Penerbangan Turut Mempengaruhi Pengalaman Penumpang?

oleh Rahayu MN