Berita Terkini

1 minggu yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 1 minggu yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 2 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 3 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Miliki Kad Raya, Sampul Duit Converse Malaysia x Monkiddo Sempena Aidilfitri

Pelanggan dan peminat dipelawa mengunjungi stor Converse terpilih bagi mendapatkan kad raya, sampul duit eksklusif yang memaparkan kepelbagaian budaya Malaysia

Gaya Dikemaskini 1 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 01 Apr 2024 8:10AM

gambar Converse Malaysia

oleh

Rahayu MN

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Sempena meraikan kedatangan Syawal, Converse Malaysia dengan bangganya mengumumkan kerjasama dengan Monkiddo, jenama ilustrasi Malaysia yang terkenal dengan ciptaan yang penuh warna dan imaginatif untuk kempen eksklusifnya. 

Kerjasama ini bertujuan menyemarakkan musim perayaan dengan gabungan seni dan gaya yang unik, selain mempamerkan kekayaan warisan budaya serta kreativiti moden Malaysia. 

Terdahulu, Monkiddo hasil ciptaan Lim Jayee berjaya menawan hati peminat seni dengan ilustrasi monster fantasi dan naratif yang menarik.

Kolaborasi jenama itu dengan nama-nama terkenal seperti Rhinoshield, Atmos, dan Kejap Food telah mengukuhkan reputasinya sebagai perintis dalam menggabungkan budaya tempatan dengan daya tarikan global.

Dan pada Aidilfitri ini, Converse Malaysia dan Monkiddo mempelawa orang ramai untuk meraikan semangat perayaan melalui koleksi edisi khas yang menampilkan ilustrasi khas Monkiddo di kedai Converse yang terpilih. 

Koleksi itu adalah penghormatan kepada kepelbagaian budaya Malaysia, menawarkan pandangan segar dan kontemporari terhadap tradisi raya.

"Kami teruja untuk bekerjasama dengan Monkiddo untuk kempen Aidilfitri ini. Keunikan seni mereka dan hubungan mendalam dengan budaya Malaysia menjadikan mereka rakan kolaborasi yang sempurna untuk merayakan musim perayaan ini bersama komuniti kami.

“Pelanggan hanya perlu berbelanja di stor Converse terpilih untuk mendapatkan sampul duit raya secara percuma.

“Untuk mendapat kad raya pula, pelanggan perlu berbelanja RM450 ke atas,” ujar wakil Converse ketika ditemui di stor Converse, The Exchange TRX, Kuala Lumpur.

Sementara itu, pencipta di sebalik Monkiddo, Lim Jayee memberitahu dia berasa teruja apabila dapat menjalinkan kerjasama dengan jenama fesyen kegemaran ramai itu.  

"Peluang bekerjasama dengan Converse Malaysia adalah impian yang menjadi kenyataan.

“Inilah peluang untuk mempamerkan ilustrasi kami di platform global dan merai kepelbagaian budaya Malaysia sempena Aidilfitri.

“Untuk Converse, saya telah menghasilkan ilustrasi bertemakan nostalgia ‘Balik Kampung’, di mana ia menggabungkan ciri-ciri tradisional dengan elemen funky dan bersahaja.

“Dalam karya seni ini, anda boleh menyaksikan Wolfey (watak ilustrasi) menggayakan kasut Converse untuk pulang berhari raya sambil melunjur laju di atas papan selaju, menyerlahkan jiwa muda yang bersemangat untuk meraikan perayaan ini di kampung halaman,” ujar Jayee.

Kempen Raya Converse Malaysia x Monkiddo akan menampilkan filter AR eksklusif di laman media sosial Instagram, acara eksklusif dan hiasan interaktif di stor-stor Converse terpilih bagi membolehkan pengguna dan peminat untuk menyelami dunia Monkiddo. 

Ketika ini Converse Malaysia sedang mengadakan promosi Hari Raya dengan menampilkan diskaun istimewa secara dalam talian bagi mereka yang ingin beraya dengan kasut baharu.

Melalui promosi ini anda boleh menikmati potongan harga sehingga 50 peratus dan diskaun tambahan sebanyak 10 peratus.

Untuk maklumat lanjut, boleh layari https://www.converse.my/raya-special-offer. - Getaran, 1 April 2024

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

Kad Ucapan Aidilfitri Yang Diterima Akan Dibalas - Agong

2

Semasa 1 bulan yang lalu

Agong Gemar Utus Kad Raya, Lebih Unik Dan Sangat Klasik

3

TARA 1 tahun yang lalu

Nostalgia Kad Ucapan Aidilfitri, Rekaan Berilustrasi Kartun Amat Digemari Pembeli

4

Semasa 1 tahun yang lalu

Sultan Johor Teruskan Tradisi Utus Kad Raya Tradisional, ‘Pasti Mengigau Saya Malam Ini’

Sorotan

1

Kerajaan Kelantan Ucap Terima Kasih Kepada PM

2

KESUMA Sambut Baik Penyediaan Dana Latihan RM30 Juta

3

Kerajaan Akan Terus Pantau Kadar Inflasi Susulan Kenaikan Gaji Penjawat Awam - PM

4

Piala Thomas: Malaysia Jumpa Jepun Di Suku Akhir

5

Semakan Gaji Penjawat Awam Adalah Wajar Untuk Hadapi Inflasi – Ahli Ekonomi

6

Tiada Daya Juang Tinggi, Rexy Kesal Dengan Pemain Perseorangan Wanita Negara