web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Nostalgia Kad Ucapan Aidilfitri, Rekaan Berilustrasi Kartun Amat Digemari Pembeli

Kad raya mula popular di Malaysia sejak tahun 1950-an dan 1960-an dan ia adalah kad ucapan yang dikirimkan oleh sesiapa sahaja bagi merayakan hari raya Aidilfitri setelah sebulan berpuasa.

TARA Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 22 Apr 2023 9:27PM

Semua gambar daripada Kartunis Deen

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Suatu masa dahulu sambutan Aidilfitri pasti kurang meriah tanpa kiriman kad ucapan hari raya. Ini kerana pada waktu itu media sosial belum wujud lagi dan hanya kad ucapan sahajalah yang menjadi pengganti diri di hari lebaran.

Kad raya adalah kad ucapan yang dikirimkan oleh sesiapa sahaja bagi merayakan hari raya Aidilfitri setelah sebulan berpuasa. Kad pengganti diri ini dilengkapi dengan ungkapan pantun, doa, harapan dan kata-kata indah sesuai dengan suasana hari raya. Kad ini juga sering dihiasi gambar bulan sabit, masjid, bunga-bungaan atau ilustrasi kartun yang menggelikan hati.

Kad raya mula popular di Malaysia sejak tahun 1950-an dan 1960-an. Di waktu itu ,pejabat pos mula mengembangkan operasinya dan banyak orang memanfaatkannya untuk menyampaikan kad ucapan selamat hari raya. Ketika itu semua orang akan ternanti-nantikan kedatangan posmen ke rumah dek kerana berasa teruja untuk menerima kad ucapan hari raya. Ada yang berlari-lari ke hadapan rumah, ada yang berebut-rebut untuk melihat peti surat dan jika bukan namanya tertera pada sampul kad, sudah tentu dia akan berasa hampa.

Berbalik kepada ilustrasi yang menghiasi kad hari raya, menurut seorang pereka grafik yang juga seorang kartunis terkenal tanah air iaitu Deen menyatakan, bahawa pada era 80an dan 90an kad ucapan cukup sinonim buat masyarakat umum yang terdiri daripada pelbagai golongan dan lapisan.

Apatah lagi ketika tiba hari lebaran, sudah tentu semua yang merayakannya ingin membeli kad untuk dihantar pada kenalan dan sanak saudara. Ketika itu banyak kedai yang menjual kad raya dengan pelbagai rupa dan rekaan.

Di antara rekaan yang menjadi buruan para pembeli adalah kad ucapan berilustrasi kartun. Hal ini dikatakan sedemikian kerana imej kartun amat digemari oleh pembeli disebabkan ia berunsur lucu serta penuh dengan nostalgia.

Aura sentuhan seseorang kartunis itu juga menjadikan kad raya menjadi unik serta berbeza dari yang lain. Ia bukan lagi sebagai kad tetapi seolah-olah membaca sebuah sketsa pendek.

Antara subjek yang menjadi pilihan kartunis adalah suasana balik kampung, menghias rumah, mengacau dodol, membakar lemang, memasak rendang dan ketupat serta keriuhan gelagat orang kampung menanti lebaran. Kesemua imej ini dilukis dengan lucu dan terselit unsur humor yang benar-benar menyentuh jiwa. 

Menurut Deen lagi suasana membeli serta menghantar kad raya semakin kurang mendapat sambutan apabila teknologi maklumat menjadi semakin canggih menjelang tahun 2000. Anak muda pada waktu itu lebih tertumpu kepada alat telekomunikasi serba moden dan kad kad ucapan beransur hilang dari pasaran di Malaysia.

Kini semua kad ucapan telah diganti dengan mesej pesanan berbentuk digital. Ianya lebih mudah dan cepat apatah lagi dengan adanya pelbagai pilihan platform media sosial. Apa yang perlu hanya klik, taip dan hantar ke mana sahaja baik di kampung mahupun ke seluruh dunia.

Walaupun dunia telah berubah tetapi amalan mengirim pesanan ketika lebaran harus diteruskan bagi merapatkan lagi hubungan silaturrahim.

Semoga ucapan selamat hari raya akan terus diamalkan dan menjadi penyeri di Aidilfitri. - Getaran, 22 April 2023

Penulis merupakan pensyarah seni visual di Akademi Seni Budaya & Warisan Kebangsaan (ASWARA). 

Isu Pada

Muzik Motivasi Saya - Ismail Izzani

22 Apr 2023

Berita Berkaitan

1

Gaya 2 tahun yang lalu

Miliki Kad Raya, Sampul Duit Converse Malaysia x Monkiddo Sempena Aidilfitri

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Kad Ucapan Aidilfitri Yang Diterima Akan Dibalas - Agong

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Agong Gemar Utus Kad Raya, Lebih Unik Dan Sangat Klasik

4

Semasa 3 tahun yang lalu

Sultan Johor Teruskan Tradisi Utus Kad Raya Tradisional, ‘Pasti Mengigau Saya Malam Ini’

Sorotan

1

Tok Mat Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau, Zahid Jadi Pengiring

2

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon

3

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

4

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

5

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

6

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang