Berita Terkini

23 minit yang lalu: RUU warga emas dijangka dibentang di Dewan Rakyat tahun hadapan 48 minit yang lalu: Kerajaan cadang tambah kamera awas 48 minit yang lalu: Pasukan SAR temui mayat kanak-kanak berusia 8 tahun di Sungai Bernam 1 jam yang lalu: Mahkamah Tinggi PBB akan dengar kes Ukraine terhadap pencerobohan Rusia 1 jam yang lalu: SEDA Malaysia lantik Ahmad Zairin Ismail sebagai pengerusi baharu

IKUTI KAMI


Berlari Boleh Buat Anda Cantik Dan Bahagia

Kami kongsikan manfaat yang boleh anda nikmati jika setia mengamalkan aktiviti senaman paling sederhana, mudah dan paling murah untuk dilakukan ini.

Gaya Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 01 Jun 2021 3:47PM

Gambar dari Jenny Hill, Unsplash

oleh

Rahayu MN

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Sebelum pandemik COVID-19 bermula, banyak acara larian dianjurkan bagi mempromosikan gaya hidup sihat, terutamanya di kalangan warga kota. Lama kelamaan, aktiviti ini semakin popular dan ramai yang mula jatuh cinta dengan berlari. Mula-mula mungkin mahu mengikut trend, tapi akhirnya menjadi hobi masa senggang.

Biarpun kini situasi sudah berbeza, masih ramai yang mencuri masa untuk berlari. Mana kan tidak, jika tidak berlari, tubuh badan rasa tidak enak, serba tak kena dibuatnya. Mengapa begitu? Sebabnya, berlari atau jogging secara rutin boleh memberikan banyak manfaat kesihatan kepada tubuh badan, baik kesihatan fizikal mahupun kesihatan mental. Lantas membuatkan anda tampil cantik dan bahagia. Berikut antara manfaat yang boleh anda nikmati jika setia mengamalkan aktiviti senaman paling sederhana, mudah dan paling murah untuk dilakukan ini.

1) Menurunkan berat badan

Jika anda mahu menurunkan berat badan, senaman kardio ini  sangat disarankan kerana ia mampu membakar lemak dengan cepat. Selain itu, ia juga boleh mengawal berat badan anda secara konsisten. Berlari atau jogging juga termasuk di antara senaman yang bagus untuk mengecilkan perut. Jika mahu membakar lebih banyak kalori, tingkatkan kelajuan dan jarak larian anda. 

2) Mencipta bahagia

Menurut sebuah kajian, berlari mampu merangsang tubuh untuk meningkatkan produksi hormon endocannabinoid dalam jumlah yang besar. 

Endocannabinoid adalah hormon yang bertugas membuat anda merasa senang. Hormon ini didakwa memiliki efek euforia yang lebih kuat berbanding endorfin memandangkan endocannabinoid boleh dihasilkan di pelbagai sel tubuh. Atas sebab itulah, sesetengah pakar menyarankan kepada mereka yang menderitai depresi supaya berlari kerana ia dapat meningkatkan mood dengan segera.

3) Mencegah osteoporosis

Berlari dapat mempercepatkan pembentukan sel-sel tulang baharu, sekaligus menjadikan tulang anda menjadi lebih kuat dan menurunkan risiko terkena osteoporosis.

4) Membantu perkembangan otak 

Berlari boleh membantu menajamkan ingatan serta perkembangan otak. Sebuah kajian di Harvard membuktikan ada kaitan di antara aktiviti berlari dengan peningkatan memori. Kaji selidik kreativiti yang dijalankan di Rhode Island College juga menunjukkan berlari meningkatkan kreativiti dan konsentrasi sehingga dua jam selepas senaman. Sebab itu ramai yang suka memulakan hari dengan berlari kerana mereka mendapati fikiran lebih fokus dan akhirnya lebih produktiviti meningkat.

5) Menurunkan risiko serangan jantung

Apabila anda berlari secara rutin, tahap HDL atau kolesterol yang baik di dalam darah akan meningkat.  Kajian mendapati mereka yang berlari secara teratur dan lebih dari 50 minit seminggu boleh menurunkan risiko penyakit kardiovaskular.

6) Awet muda

Cuba anda perhatikan, di antara rakan-rakan atau ahli keluarga yang selalu bersenam dengan yang tidak, siapa yang nampak lebih muda? Cuba anda lihat pula gaya hidup mereka. Pasti mereka selalu bersenam. Berlari juga boleh buat anda tampil awet muda. Ini kerana apabila anda berpeluh, semua racun atau toksik akan keluar melalui pori-pori kulit. Ini membantu anda terlihat lebih muda dan memiliki kulit yang sempurna.

7) Tidur lebih nyenyak

Jika anda sukar melelapkan mata di malam hari atau berhadapan dengan masalah insomnia, berlari mungkin boleh menyelesaikan masalah ini. Menurut kajian di Northwestern Medicine, aktiviti berlari dapat mengurangkan dan akhirnya menyembuhkan insomnia. 

Untuk mendapatkan semua manfaat dan hasil yang maksimum daripada berlari, pastikan anda lakukannya dengan betul. Ikuti tips berikut:

* Pilih dan gunakanlah kasut berlari yang tepat dan sesuai dengan saiz kaki agar tidak mengundang kecederaan pada kaki.

* Lakukan pemanasan sebelum lari.

* Sebelum berlari, berjalan dahulu selama lima minit atau lebih.

* Kemudian mulalah berlari dengan intensiti perlahan dan tingkatkan kelajuan dari masa ke masa.

* Selesai berlari, jangan lupa lakukan pendinginan (cool down) dengan berjalan perlahan-lahan agar degupan jantung kembali normal.

Berlari sambil menderma

Bagi yang merindui acara larian dan ingin menambah koleksi medal dan jersi larian, apa kata anda sertai acara Harimau Virtual Run 2021 yang dianjurkan oleh Pelajar Fakulti Kejuruteraan Mekanikal, UiTM Shah Alam, Selangor bersama Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN).

Acara larian secara virtual ini memberi peluang untuk anda bersenam sambil menyumbang ke Tabung Kempen Selamatkan Harimau Malaya yang bertujuan untuk menyelamatkan spesis ini daripada terus pupus. Hanya satu kategori dibuka iaitu 5 kilometer atau 3,000 langkah, dan ia boleh dilakukan pada bila-bila masa sehingga tarikh akhir pada 13 Jun 2021. 

Pakej penyertaan bermula serendah RM5 hingga RM58 setiap seorang, bergantung kepada cenderahati yang ingin anda miliki, terdiri daripada medal, jersi, dan sijil pernyertaan (e-certificate).

Untuk maklumat lanjut anda boleh menghubungi talian 019-7117975 (Hannan) atau 013 -2222639 (Imran). Pendaftaran boleh dilakukan di pautan ini, . Ayuh lari dan bikin hidup lebih cantik dan bahagia! - Getaran, 1 Jun 2021.

Sumber : https://www.columbiaasia.com

https://www.alodokter.com

*semua gambar dari Unsplash kecuali gambar Harimau Virtual Run.

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 minggu yang lalu

Orang Asli Aring 5 Dakwa Harimau Berkeliaran Berhampiran Kampung

2

Semasa 3 minggu yang lalu

Orang Asli Suku Kaum Bateq Dikhuatiri Dibaham Harimau Ketika Memancing

3

Sukan 1 bulan yang lalu

Amir Izwan Optimis Malaysia Mampu Hasilkan Lebih Ramai 'Azeem'

4

Semasa 1 bulan yang lalu

Pahang Wujudkan Taman Semula Jadi Seluas 1,340 Km Persegi Untuk Harimau Malaya

Sorotan

1

Cuaca Panas: Bil Elektrik Melambung Jadi Topik Media Sosial, Pengguna ‘Pening Kepala’

2

Dipercayai Tertelan Cecair Vape, Kanak-Kanak 2 Tahun Stabil, Dipantau Hospital

3

Punggung Kanak-Kanak Tercucuk Besi Pagar Rumah

Disyorkan untuk anda

Teknovasi 20 jam yang lalu

HondaJet Elite II, Rangkaian Kenderaan Udara Dari Honda Yang Pantas, Tinggi Dan Jauh

oleh Izwan Ramlan

Jelajah 6 jam yang lalu

Pencarian Wanita Anggun Untuk Dinobat Sebagai Mrs Malaysia World 2023 Bermula

“Sebagai menyokong Bulan Kesedaran Kesihatan Mental (pada Mei), semua peserta yang menghadiri uji bakat memakai seluar hijau mengikut tema tahun ini iaitu Look...