Berita Terkini

23 jam yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 6 hari yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok. 2 minggu yang lalu: Koc wanita bagi MRT laluan Putrajaya akan dilaksanakan bermula Isnin ini - Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Rail

IKUTI KAMI


5 Cara Dapat Kulit Persis Orang Korea!

Cantik, bersih dan berseri. Apa agaknya rahsia kesempurnaan kulit bintang-bintang ternama Korea? Apa yang mereka makan atau gunakan? Mari, kami kongsikan caranya bersama anda.

Gaya Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 01 Jun 2021 8:56AM

Gambar: Instagram @georganic_my

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Menjaga kecantikan wajah bukanlah perkara asing bagi wanita mahupun lelaki. Keinginan mempunyai kulit yang mulus, bersih dan tanpa cela merupakan idaman dan impian setiap insan. 

Malah, ada yang sanggup berhabis ribuan ringgit demi memiliki wajah persis selebriti dari Korea.

Siapa yang tidak kenal dengan Song Hye Kyo, Jun Ji Hyun, Park Shin Hye, Lee Dong Wook, Ji Chang Wook, Lee Min Ho dan seangkatan dengannya? 

Sekali pandang, alahai, terlintas di fikiran apa agaknya yang mereka gunakan atau makan sehinggakan mempunyai kulit dan wajah yang sempurna! 

Mari kami kongsikan dengan anda, amalan penjagaan wajah orang Korea yang diamalkan sejak zaman nenek moyang mereka. 

Bukan wajah saja cantik, badan pun jadi sihat. Bukan pembedahan plastik tau!

 

Air Beras

Rasanya ramai yang sudah tahu mengenai khasiat air beras dan manfaatnya terhadap kulit wajah. 

Di Korea, air beras digunakan untuk mencuci muka sejak turun-temurun. 

Ambil dan rendam beras di dalam air yang bersih selama 10 hingga 15 minit, kacau dan sapu air yang pekat itu pada wajah anda.

 

Rumpai Laut 

Melalui perkongsian salah seorang pengguna laman sosial Facebook, selama menetap di Korea, antara amalan kecantikan yang mereka lakukan adalah dengan menjadikan rumpai laut sebagai makanan harian. 

Untuk pengetahuan umum, rumpai laut mempunyai banyak kolagen dan ia bagus untuk kulit. Sebab itulah orang Korea suka masukkan rumpai laut dalam masakan harian mereka.

 

Ginseng

Ginseng merupakan sejenis tumbuhan herba yang sangat popular di serata dunia. Kalau nak tahu, di Korea, ia digunakan sebagai bahan utama di dalam kebanyakan produk kecantikan terutamanya untuk kulit. 

Ginseng ini amat bagus untuk kesihatan badan kerana ia mengandungi nutrisi dan antioksidan yang sangat tinggi.

 

Air Masak 

Rasanya kami tak perlu perkenalkan anda dengan air masak, betul? 

Ini merupakan hadiah terbaik buat tubuh badan yang secara tidak langsung akan membantu menjadikan kulit anda lebih sihat dan kelihatan berseri.

Air yang mencukupi dapat membantu anda mendapatkan kulit wajah yang anda idamkan. Sehari sekurang-kurangnya 3 liter, bergantung kepada badan anda. 

 

Produk Penjagaan Wajah Georganic  

Buat apa pening-pening sekiranya anda boleh menjaga kecantikan wajah dengan produk khas dari Korea, Georganic? 

Kalau anda nak tahu, produk khusus dari Korea ini mengandungi ekstrak Bifida Ferment Lysate, Centella Asiatica Extract, Goat Milk Extract, Galactomyces Ferment Extract. 

Ia mampu membuang sisa dan sel kulit mati yang belum dicuci dan meningkatkan keseimbangan kulit dan tekstur kulit. 

Dengan lebih daripada 80 mineral yang kaya dan semula jadi terion, ini adalah koleksi product penjagaan wajah yang ringan tanpa alkohol dan mampu memberikan kelembapan dan khasiat kepada kulit anda. 

Mari lihat antara barang penting yang terkandung dalam produk ini:

Propolis

Adakah anda tahu bahawa madu bukan satu-satunya perkara yang dihasilkan oleh lebah? Lebah juga menghasilkan sebatian yang disebut propolis dari getah pada pokok berdaun jarum atau pohon malar hijau. 

Apabila getah dari pepohon ini digabungkan dengan buangan dan lilin lebah sendiri, satu bahan coklat kehijauan yang melekit akan terhasil dan ia digunakan sebagai bahan untuk membina sarang lebah. Ini adalah propolis.

Propolis membantu untuk menyeimbangkan, menyembuhkan dan menenangkan kulit bermasalah. Ia juga mempercepat laju pertumbuhan sel dan menghilangkan pori-pori. 

Red Yeast Rice

Red yeast rice atau lebih dikenali sebagai beras yis merah yang terkandung dalam produk ini mampu memberikan kesihatan kulit yang lebih optimum.

Kalau anda nak tahu, ia dikatakan dapat memperbaiki kedutan, garis halus, kulit kering dan menganjalkan kulit wajah! Nah, tidak peliklah sekiranya anda lihat orang orang Korea semua cantik-cantik belaka! 

Jangan risau, jika anda menggunakan produk-produk Georganic, ia tidak akan mengakibatkan kerengsaan, dan preskripsinya terbukti  selamat kerana ia dibuat  menggunakan bahan semula jadi tanpa menggunakan bahan tambahan sintetik. 

Semua produk mesti lulus 'ujian kerengsaan kulit' dan hanya produk tanpa kerengsaan yang dihasilkan.

Jadi, tunggu apa lagi? Untuk dapatkan produk Georganic secara percuma, sertai peraduan yang bakal berlangsung di laman sosial #GetaranMY dan anda berpeluang memenangi set penjagaan wajah bernilai hampir RM500 ini!

Tak ada akaun media sosial? Anda boleh dapatkan produk ini melalui laman web mereka https://www.modern.my/georganic. Selain itu, anda juga boleh dapatkan produk ini di laman Shopee & Lazada! - Getaran, 1 Jun 2021

Artikel ini dibawakan khas oleh Georganic.





 

Berita Berkaitan

1

Gaya 3 bulan yang lalu

5 Kegunaan Cuka Epal Dalam Rutin Kecantikan Anda

2

TARA 1 tahun yang lalu

Jangan Tersalah Pilih Krim Pemutih Wajah

3

TARA 1 tahun yang lalu

Formulasi Ahli Farmasi Perancis Untuk Kesihatan Kulit Idaman

4

Selebriti 1 tahun yang lalu

“Saya Pernah Lalui Kontroversi Yang Lebih Teruk Dari Ini” – Ning Baizura Kekal Positif

Sorotan

1

Harimau Muda Tutup Kempen Di Qatar Tanpa Sebarang Kemenangan

2

Lebih 50,000 Kampit Beras Putih Tempatan Diagih Hingga 22 April - LPP

3

Sungai Golok Surut, Tidak Mustahil Wujud Pangkalan Haram Baharu – Kastam

4

Nahas Helikopter TLDM: Semua Mayat Mangsa Telah Dikeluarkan

5

Sultan Selangor Turut Berdukacita Nahas 2 Helikopter TLDM

6

Langkah Kerajaan Laksana Subsidi Bersasar, Skim Baharu Gaji Penjawat Awam Berdasarkan Prinsip - Fahmi

Disyorkan untuk anda

Gaya 2 jam yang lalu

BNM Keluarkan Syiling Peringatan Sempena 50 Tahun Lembaga Pertubuhan Peladang

oleh Fida Ruzki

Jelajah 1 hari yang lalu

3 Rakyat Malaysia Kayuh Basikal Tiba Di Madinah

Refleksi 18 jam yang lalu

Ketahui 4 Manfaat Membersihkan Rumah

Selain baik untuk kesihatan fizikal kerana ia adalah satu bentuk senaman, aktiviti mengemas rumah mampu mewujudkan persekitaran yang bersih dan rapi, sekali gus...

oleh Rahayu MN