web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 2 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Ekspresikan Diri Dengan Beg Tote Edisi Terhad Jotun X Christy Ng

Kolaborasi dua jenama pilihan ramai ini membawakan beg tote serba unik yang mengandingkan tiga warna menawan.

Gaya Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 15 Jan 2024 12:32PM

Beg tote gabungan ilham Jotun dan Christy Ng.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Bagi meraikan kedatangan tahun baharu kali ini, Jotun tampil dengan sebuah kolaborasi mengujakan, melalui gandingan dengan jenama fesyen tempatan, Christy Ng, membawakan beg tote yang serba unik.

Terkenal sebagai jenama cat, usahasama yang unik ini menonjolkan kewibawaan dan pengaruh Jotun dalam aspek warna, yang merentasi dunia dekor interior hinggalah ke dunia fesyen.

Diilhamkan oleh pigmen-pigmen Jotun yang terulung, beg tote edisi terhad ini menggandingkan tiga warna yang menawan iaitu Tranquil Jotun Blue, Passionate Jotun Red, dan Effervescent Jotun Yellow.

Direka dengan sentuhan daripada pakar fesyen Christy Ng, beg tote ini bakal menyaksikan pemakainya serta kediaman milik mereka lebih menyerlah.

Mencerminkan aspirasi Jotun, usaha sama ini melangkaui dunia produk cat, ia menyulam kehidupan dan personaliti menggunakan bahasa fesyen.

Pengurus Pemasaran Jotun Malaysia & Singapura, Yousra Lemaamer menyatakan, pihaknya amat teruja untuk bekerjasama dengan Christy Ng dalam inisiatif itu.

“Kolaborasi ini membuktikan kami berkongsi kreativiti dan ekspresi kendiri. Bersama-sama, kami berharap untuk mengilhamkan sebuah pendekatan baharu dalam aspek warna dan fesyen.

“Ia juga menandakan sebuah permulaan baharu bagi kedua-dua jenama dan kami harap dapat terus bergandingan dan berinovasi pada tahun 2024 ini,” katanya.

Sementara itu, Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif jenama fesyen itu, Christina Ng, berkata pihaknya percaya bahawa gaya itu tidak mempunyai sempadannya.

“Kolaborasi dengan jenama cat seperti Jotun bukan satu perkara yang biasa dan pastinya unik, ia membolehkan kami meluaskan lagi kreativiti dalam aspek warna yang melangkaui fesyen.

“Gandingan ini meraikan semangat individualiti serta menggalakkan orang ramai untuk menerapkan warna dalam segala aspek kehidupan mereka," katanya.

Beg tote edisi terhad ini boleh ditebus atas talian apabila pengguna membelanjakan minimum RM500 ke atas produk-produk cat premium keluaran Jotun yang terdiri daripada cat dalaman Majestic dan cat luaran Jotashield.

Salah satu cat dalaman premium keluaran Jotun ialah Majestic Sense, yang berkeupayaan untuk memperbaiki kualiti udara, membekalkan suasana yang sihat dan menyenangkan untuk didiami.

Produk ini cukup ideal digandingkan bersama cat 2024 Global Colour Collections (GCC 2024) yang baru sahaja dilancarkan pada November lalu.

Cat koleksi GCC 2024 ini terdiri daripada 23 warna untuk menyelami sifat kreatif yang tersemat di dalam diri, menterjemahkan idea dan emosi individu kepada satu bentuk penzahiran visual.

Satu lagi produk utama yang pengguna boleh dapatkan ialah Jotashield Ultra Clean yang mempunyai kebolehan untuk membersihkan dinding bersama hujan.

Ia juga menampilkan ‘Teknologi Anti Kotoran’ yang membuatkan dinding luar kelihatan seperti baru dicat.

Beg tote edisi terhad itu menjadi bukti kepada pengintegrasian antara fesyen dan seni hiasan dalaman, menawarkan pengguna peluang untuk memberi nafas baharu kepada ruang peribadi dan gaya mereka menerusi satu pakej. 

Penebusan beg tote ini boleh dibuat sehingga 28 Februari 2024, sementara stok masih ada. Pengguna juga mempunyai pilihan untuk mencetak nama sendiri atau orang tersayang untuk memperibadikan beg tersebut agar ia lebih unik atau  untuk dijadikan hadiah.

Pengguna atau peminat fesyen juga boleh melihat sendiri beg tote ini dipamerkan di semua stor Christy Ng di Malaysia.

Maklumat lanjut mengenai kolaborasi eksklusif antara Jotun dan Christy Ng serta beg tote edisi terhad ini boleh didapati di https://www.jotun.com/my-en/decorative/promotion. - Getaran, 15 Januari 2024

Foto : Jotun Malaysia

Sorotan

1

‘Saya Hormat Keputusan Mahkamah, Sabar Tunggu 13 Julai’ - Syed Saddiq

2

Pasport Baharu Dilancar, Malaysia Kekalkan Kedudukan Pasport Ketiga Terkuat Dunia

3

Warga Australia Didakwa Bunuh Remaja Thailand, Mayat Ditemui Dalam Bagasi 

4

Lebih 4,500 Kes Kanak-Kanak Hilang Direkod Antara 2021 - 2025

5

Keputusan Rayuan Akhir Kes Syed Saddiq 13 Julai

6

Rayuan Akhir Pendakwaan: Peguam Yakin Keputusan Memihak Kepada Syed Saddiq