web statsweb stats

Berita Terkini

6 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 6 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Onitsuka Tiger Lancar Kasut MOLLETY™, Tafsiran Baharu Untuk Gaya Platform

Si pemakai akan tampil lebih tinggi kerana ia mempunyai pelapik dalaman bertumit.

Gaya Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 24 Oct 2023 4:48PM

Tampil dengan gaya platform, peminat jenama Jepun ini diberikan dua pilihan warna.

oleh

Rahayu MN

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Peminat fesyen dari negara matahari terbit pastinya teruja dengan koleksi terkini jenama terkenal Jepun, Onitsuka Tiger yang diperkenalkan baru-baru ini.

Lebih-lebih lagi jika anda sedang mencari sepasang kasut untuk digayakan untuk percutian hujung tahun nanti. 

Terbaharu, jenama yang tidak pernah berhenti mempersembahkan koleksi kontemporari yang menggabungkan fesyen dengan sukan ini memperkenalkan tafsiran baharu dalam penggayaan kasut platform menerusi model MOLLETY™.

Jika model lain memperlihatkan gaya platformnya secara nyata, tetapi model MOLLETY™ menyatukan fungsi rekaan platform pada bahagian pelapik dalamannya.

Ini bermakna ia masih menonjolkan tapak nipis tipikal Onitsuka Tiger, sekaligus mempersembahkan gabungan keseimbangan terhadap prestasi dan keindahan visual. 

Model MOLLETY™  menyatukan fungsi rekaan platform pada bahagian pelapik dalamannya.
Model MOLLETY™ menyatukan fungsi rekaan platform pada bahagian pelapik dalamannya.
Pelapik dalamannya tampil dengan ketinggian tumit sekurang-kurangnya 35 mm.
Pelapik dalamannya tampil dengan ketinggian tumit sekurang-kurangnya 35 mm.
Rekaan di bahagian sekitar tumit pula menggabungkan intipati model ikonik Onitsuka Tiger, MEXICO 66™.
Rekaan di bahagian sekitar tumit pula menggabungkan intipati model ikonik Onitsuka Tiger, MEXICO 66™.

Mereka yang menggayakan kasut model ini akan terlihat lebih tinggi kerana pelapik dalamannya tampil dengan ketinggian tumit sekurang-kurangnya 35 mm (untuk 27.0 cm).

Selain itu, anda juga perlu tahu bahawa pelapik dalaman ini turut menggunakan material unik, FF BLAST™PLUS yang sering digunakan pada kasut larian untuk menambahkan ketangkasan dan keupayaan maksimum pada setiap langkah.  

Ini bermakna, biarpun rekaan kasut ini nampak ringkas, namun keselesaan dan keupayaan yang dijanjikan luar biasa dan ia sesuai digayakan pada bila-bila masa untuk acara santai. 

Model MOLLETY™ ini hadir dalam dua pilihan warna iaitu putih yang menampilkan Onitsuka Tiger Stripes untuk penampilan stail dan sporty, sementara rona kelabu memberikan gaya kemas dan minimalis. 

Rekaan terbaharu Onitsuka Tiger boleh buat si pemakai tampil lebih tinggi.
Rekaan terbaharu Onitsuka Tiger boleh buat si pemakai tampil lebih tinggi.

Rekaan pada bahagian di sekitar tumit pula menggabungkan intipati model ikonik Onitsuka Tiger, MEXICO 66™, menyerlahkan sisi belakang yang menarik.

Sebagai tambahan, tali kasut hitam turut disertakan untuk variasi penggayaan.

Tali kasut hitam turut disertakan untuk variasi penggayaan.
Tali kasut hitam turut disertakan untuk variasi penggayaan.

Jika berkenan di hati, bolehlah dapatkan model terbaharu Onitsuka Tiger ini di butik seluruh negara yang terdekat dengan anda. – Getaran, 24 Oktober 2023

Sorotan

1

Jurujual Mengaku Salah Tetak Penunggang Motosikal Di Lebuh Raya Persekutuan

2

Onn Hafiz Dijangka Pertahan Kerusi Machap, Kekal Fokus Bangunkan Johor

3

Rombakan Barisan Pemimpin PN: Azmin Ali, Radzi Jidin Gugur Daripada Senarai 

4

CEO Perbadanan Stadium Malaysia Didakwa Minta, Terima Rasuah RM1.45 Juta

5

PRN Johor: Calon Dipilih Berdasarkan Khidmat Terbaik - Onn Hafiz 

6

Memacu Masa Depan Lestari: Transformasi Tenaga Dan Aspirasi Sifar Bersih Malayssia