web statsweb stats

Berita Terkini

6 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 6 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Keuntungan Penjualan Edisi Khas Palestine dUCk Disalurkan Kepada Rakyat Palestin

Jenama tudung ternama itu memperkenalkan beberapa produk terbaharu mereka yang berkonsepkan ‘Free Palestine’ dinamakan Palestine dUCk.

Gaya Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 15 Oct 2023 3:23PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Jenama gaya hidup aspirasi wanita, dUCk memperkenalkan beberapa produk terbaharu mereka yang berkonsepkan ‘Free Palestine’ bernama Palestine dUCk.

Koleksi yang diilhamkan daripada penderitaan yang dialami rakyat Palestin itu bagi menghulurkan bantuan melalui hasil jualannya.

Ia akan diserahkan kepada pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang membantu rakyat Palestin yang kini berdepan penindasan rejim Israel.

Menerusi kenyataan rasmi syarikat The dUCk Group, setiap pembelian dan hasil keuntungan daripada koleksi ini akan disalurkan sepenuhnya kepada rakyat Palestin. 

“100 peratus keuntungan akan disalurkan kepada rakyat Palestin menerusi Palestina Malaysia (@vivapalestinmy).

“Sumbangan tersebut akan menyediakan makanan panas, air bersih, bantuan perubatan dan tempat tinggal sementara bagi mereka.

“Sokongan anda amat bermakna buat mereka,” katanya

Koleksi edisi khas Palestine dUCk terdiri daripada selendang dan tudung empat segi dengan dua pilihan warna iaitu putih dan hitam.

Koleksi itu juga termasuk koleh dan beg tote eksklusif.

Kesemua koleksi barangan edisi khas ini boleh diperoleh pada harga bermula dari RM40 hingga RM300 dan pra-tempahan telah dibuka sehingga 17 Oktober 2023.

Kepada yang berminat boleh layari laman sesawang rasmi dUCk.

Sebelum ini, mereka berjaya mengumpul lebih RM2 juta dan sebahagian daripada dana itu digunakan untuk membeli mesin ultrasound untuk perkhidmatan bersalin di hospital amal di Gaza. – Cetaran, 15 Oktober 2023

Sumber Foto: www.getducked.com

Sorotan

1

Jurujual Mengaku Salah Tetak Penunggang Motosikal Di Lebuh Raya Persekutuan

2

Onn Hafiz Dijangka Pertahan Kerusi Machap, Kekal Fokus Bangunkan Johor

3

Rombakan Barisan Pemimpin PN: Azmin Ali, Radzi Jidin Gugur Daripada Senarai 

4

CEO Perbadanan Stadium Malaysia Didakwa Minta, Terima Rasuah RM1.45 Juta

5

PRN Johor: Calon Dipilih Berdasarkan Khidmat Terbaik - Onn Hafiz 

6

Memacu Masa Depan Lestari: Transformasi Tenaga Dan Aspirasi Sifar Bersih Malayssia