web statsweb stats

Berita Terkini

3 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 3 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


10 Tip Penjagaan Gigi Mesti Tahu

Susah kalau ada masalah gigi. Hendak menguntum senyuman pun terpaksa ditahan-tahan. Tapi adakah kita menjaga gigi kita dengan betul?

Gaya Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 25 May 2021 2:30PM

Gambar: Michael Dam, Unsplash

oleh

Rahayu MN

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Betulkah cara anda menjaga kesihatan gigi? Mungkin ramai yang menjawab betul, tapi hakikatnya teknik atau cara yang dipraktikkan tidak betul. Anda tahu tak? Walaupun di pasaran terdapat berus gigi soft, medium dan hard, doktor gigi hanya menyarankan berus gigi soft atau lembut untuk memberus gigi.

Gambar: Bekky Bekks, Unsplash
Gambar: Bekky Bekks, Unsplash

Berikut tip penjagaan gigi yang tepat untuk diamalkan. Tip penjagaan ini disediakan oleh Dr.Irma Shida Abu Samah, pemilik Irma Ariandi Dental Clinic, Johor Bahru dan juga pengasas produk kecantikan, Dr Irma Skincare & Cosmetic.

Dr.Irma Shida Abu Samah, pemilik Irma Ariandi Dental Clinic, Johor Bahru
Dr.Irma Shida Abu Samah, pemilik Irma Ariandi Dental Clinic, Johor Bahru

1. Berus gigi setiap kali bangun tidur dan sebelum tidur. Gunakan ubat gigi berflourida. Jangan lupa berus permukaan lidah untuk hilangkan bau mulut.

2. Pilih berus yang lembut dan berus dengan gerakan menegak untuk mengelakkan permukaan gigi haus dan menyebabkan gigi ngilu.

3. Flos setiap malam sebelum memberus gigi sebelum tidur untuk menanggalkan makanan terlekat di celah gigi yang boleh menyebabkan bau mulut. Gunakan flos yang bersalut lilin untuk mengelakkan gusi terluka.

4. Gunakan ubat kumur untuk kesegaran nafas. Bagaimanapun ubat kumur sahaja tidak cukup untuk menghilangkan sisa-sisa makanan pada gigi.

5. Minum teh hijau kerana ada polifenol catechin yang menggalakkan aliran air liur sekali gus mengurangkan lekatan plak pada gigi.

Gambar: Nathan Dumlao, Unsplash
Gambar: Nathan Dumlao, Unsplash

6. Kurangkan makanan manis yang sering melekat pada gigi apabila dikunyah. Ini kerana gula yang melekat pada gigi boleh mengundang masalah gigi berlubang. 

7. Kurangkan stres dalam kehidupan seharian dan pastikan tidur yang mencukupi untuk mengelakkan tabiat mengerit gigi waktu tidur yang menyebabkan gigi menjadi pendek dan ngilu.

8. Kurangkan pengambilan air berkarbonat kerana kandungan asidnya menyebabkan gigi lebih rapuh dan lembut sekali gus lebih mudah terhakis dan berlubang.

9. Minum air kosong setiap kali selepas makan dan minum air manis untuk membilas mulut sekali gus mengurangkan tahi gigi (plak) dan bau mulut.

10. Pastikan jumpa doktor gigi setiap 6 bulan untuk pemeriksaan gigi supaya gigi kekal sihat dan menjalankan rawatan scaling (cuci karang gigi).

Gambar: Cedric Fauntleroy, Pexels
Gambar: Cedric Fauntleroy, Pexels

 

 

Makanan Untuk Gigi Sihat Menawan

Mereka yang punya masalah dengan gigi selalunya akan berhadapan dengan isu kurang keyakinan diri kerana berasa malu dengan masalah gigi yang terjadi. Lebih-lebih lagi jika gigi rongak. Hendak menguntum senyuman pun terpaksa ditahan-tahan. Jadi mula bertindak sekarang. Ikut tip di atas dan masukkan makanan berikut dalam diet harian. 

1) Buah-buahan

Buah-buahan memiliki kandungan serat dan vitamin dan mineral yang diperlukan untuk melindungi kesihatan dan kemampuan gigi. Kandungan serat dalam buah-buahan bertindak sebagai berus gigi semulajadi yang membersihkan sisa-sisa makanan sekali gus mengusir bakteria di mulut. Buah-buahan bervitamin C seperti oren strawberi dan kiwi mampu menguatkan gusi.

2) Sayuran Hijau

Sayuran hijau seperti bayam, brokoli, sawi dan daun salad sarat dengan serat yang amat baik untuk gigi. Ia mampu menghasilkan air liur yang membersih dan membilas gigi anda sambil meneutralkan asid.

Gambar: Daria Shevtsova, Pexels
Gambar: Daria Shevtsova, Pexels

3) Minum susu dan makan produk tenusu

Susu kaya dengan kalsium yang baik untuk kesihatan gigi. Selain amalkan minum susu, produk olahannya seperti yogurt dan keju juga memiliki kandungan kalsium yang baik untuk melindungi kesihatan dan kemampuan gigi.

4) Salmon

Ikan yang mempunyai isi oren ini sangat bagus untuk penjagaan gigi kerana kandungan omega-3 dan  vitamin D  yang tinggi membantu badan menyerap kalsium agar mineral itu dapat berfungsi melindungi dan menguatkan gigi.

5) Bijirin

Bijirin yang digabungkan dengan roti boleh mengurangkan plak pada gigi serta membantu menjaga enamel gigi. Ini kerana ia kaya dengan kalsium yang bertindak menjaga gigi dan rahang agar tetap sihat.

6) Madu

Madu mungkin satu-satunya produk manis yang tidak merosakkan gigi, tetapi menguatkan keseluruhan sistem pergigian. Madu mengandungi antioksidan semula jadi - enzim yang menyumbang kepada kemusnahan bakteria, yang merupakan pencegahan karies yang sangat baik, serta vitamin dan zat yang bermanfaat. - Getaran, 25 Mei 2021

Berita Berkaitan

1

Muzik 3 tahun yang lalu

Gigi Kembali Bikin Konsert Di Malaysia, Tidak Sabar Ketemu Peminat  

Sorotan

1

Pemandu Lori Nahas Maut Karak Miliki 15 Rekod Saman

2

Kerugian Jenayah Siber Cecah RM3 Bilion, Penipuan Dalam Talian Meningkat 87 Peratus

3

Tragedi Zaid Ibrahim; Ahli Politik Yang Berhutang Penjelasan

4

Video Belasah Pembantu Rumah Tular, 2 Pasangan Suami Isteri Ditahan

5

Asid Tumpah Dari Lori: Tiada Pencemaran Asid Di Sungai Cherating - JAS

6

Motosikal Ditunggang Langgar Belakang Kereta, Pelajar Maut Digilis Lori

Disyorkan untuk anda

Gaya 1 hari yang lalu

Skin Turnover Protocol, Pendekatan Baharu Untuk Kulit Sihat Dan Menawan

oleh Rahayu MN