web statsweb stats

Berita Terkini

1 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Gigi Kembali Bikin Konsert Di Malaysia, Tidak Sabar Ketemu Peminat  

Dalam konsert yang durasi dua jam itu akan menghimpunkan lagu-lagu terkenal Gigi yang akan memanaskan suasana di Zepp Kuala Lumpur. Baca selanjutnya… 

Muzik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 23 Aug 2022 2:00PM

Gigi bakal muncul di Zepp, Kuala Lumpur. - Gambar ihsan Tanjak Adventure & Tour

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Sudah sekian lama tidak menjejakkan kaki ke Kuala Lumpur, akhirnya kumpulan yang terkenal dengan permainan dan nyanyian yang mantap iaitu Gigi akan kembali mengadakan konsert khusus buat peminat di Malaysia. 

Gigi bakal mengadakan Gigi: Nakal Di di Zepp Kuala Lumpur pada 5 November ini, bermula jam 9 malam. 

Gambar ihsan Tanjak Adventure & Tour
Gambar ihsan Tanjak Adventure & Tour

Dianjurkan Tanjak Adventure & Tour, konsert yang durasi dua jam itu akan menghimpunkan lagu-lagu terkenal Gigi yang akan memanaskan suasana di Zepp Kuala Lumpur.

Pegawai Eksekutif Tanjak Adventure & Tour, Azroy Ramli berkata, pihaknya sangat berbangga untuk membawakan kumpulan Gigi yang diminati kerana skil dan profesionalisme mereka serta lagu-lagu mereka yang hebat.

Buat Gigi pula, sudah lama mereka menunggu masa untuk bertemu dengan peminat tegar mereka, GigiKita di Malaysia.

 “Sudah lama benar kita semua tidak bertemu. Jadi jangan lupa untuk berjumpa konsert Gigi nanti,” kata mereka. 

Kumpulan yang ditubuhkan pada tahun 1994 ini pernah beraksi di Konsert Eksklusif bersama Gigi di Menara PGRM pada tahun 2003, kemudian muncul di Sunburst KL International Music Festival sepentas bersama Incubus dan John Legend pada tahun 2008. 

Gambar ihsan Tanjak Adventure & Tour
Gambar ihsan Tanjak Adventure & Tour

Gigi yang dianggotai Armand Maulana (vokal), Dewa Budjana (gitar), Thomas Ramdhan (bass) dan Gusti Hendy (dram) mula memasuki pasaran Malaysia sekitar tahun 1999. 

Kumpulan ini bukan sahaja diminati peminat biasa tetapi juga dalam kalangan pemuzik kerana skil permainan hebat yang ada pada setiap ahli kumpulan tersebut. 

Bahkan, vokal padu dan showmanship Armand Maulana yang memukau sewaktu beraksi di pentas juga turut menjadikan Gigi, band muzik yang dipandang tinggi. 

Selain lagu Terbang yang berjaya menawan hati peminat Malaysia, mereka juga punya beberapa lagu hits yang diminati iaitu 11 Januari, Nakal, Pintu Sorga, Janji, Jomblo dan Andai. 

Tiket-tiket berharga RM180 (BUDJANA- Free standing), RM200 (ARMAND- Free Standing) RM250 (HENDY- UPPER DECK), RM350 (THOMAS- Upper Deck) dan RM450 (NAKAL- Meet and Greet) di www.myticket.asia bermula Rabu, 24 Ogos 2022, jam 10 pagi. – Getaran, 23 Ogos 2022

Berita Berkaitan

1

Muzik 11 bulan yang lalu

Tiket Konsert Violet Skies: Dato' Sri Siti Nurhaliza Live In Arena Of Stars Masih Boleh Dibeli

2

Muzik 1 tahun yang lalu

Michael Learns To Rock Buai Perasaan Lebih 5,000 Peminat

3

Muzik 1 tahun yang lalu

5 Kumpulan AKB48 Berjaya Himpun Lebih 2,000 Peminat Pada Konsert Pertama Di Malaysia

4

Muzik 1 tahun yang lalu

Ella Memukau, Kini Siap Sedia Terbang ke Singapura

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Selebriti 19 jam yang lalu

M Nasir Fail Saman Lebih RM5 Juta Terhadap Grab Malaysia

oleh Rahayu MN