web statsweb stats

Berita Terkini

3 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 3 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Kecantikan Untuk Semua, BeauTyra Kenalkan Koleksi ‘The Baddie’

Letih dengan kempen kecantikan standard yang ditonjolkan industri kosmetik, BeauTyra keluar dari norma dengan kempen dan rangkaian produk menarik.

Gaya Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 25 May 2021 7:43PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Walaupun usianya masih muda, nama Tyra Kamaruzzaman tidak asing di media sosial kerana sudah menempa nama sejak berumur empat belas tahun. Kini, Tyra menumpukan sepenuh masa dan perhatian dalam membina empayar kosmetiknya, BeauTyra

Kebijaksanaan dan bakat Tyra dalam mengatur langkah dan mengembangkan ideanya telah meletakkan BeauTyra sebagai salah satu jenama yang patut diberi perhatian oleh semua. 

Untuk pengetahuan para pembaca, BeauTyra sudah pun mempunyai lebih 90 ribu pengikut di Instagram dan telah mempunyai enam koleksi yang terdiri daripada pembayang mata, pemerah pipi, lipstik, highlighter dan pewangi rambut sejak pelancarannya pada tahun 2018.

“Sebenarnya sudah lama saya mengimpikan untuk memiliki jenama kosmetik sendiri kerana minat saya terhadap solekan sejak kecil.  

“Pada masa itu saya menyedari bahawa tidak banyak jenama kosmetik yang menyediakan barangan kosmetik khusus buat mereka yang berkulit sawo matang dan gelap. Tambahan pula, melalui pemerhatian saya, tidak ada ‘inclusivity’ yang secukupnya dalam industri kecantikan.

“Kebanyakan kempen kecantikan hanya melibatkan model yang mempunyai standard kecantikan yang generik.

“Oleh itu, ia memberikan semangat dan mendorong saya untuk merealisasikan impian saya. Jadi, selepas SPM, saya mengambil keputusan untuk terjun dalam bidang perniagaan untuk memulakan sebuah jenama kosmetik yang menyediakan kosmetik buat semua tak kiralah kulit warna, saiz badan dan sebagainya.

“Saya berharap agar kempen BeauTyra dapat mengubah persepsi kecantikan di negara ini dan seterusnya seluruh pelosok dunia,” kata Tyra.

Tyra berkongsi bahawa keluarganya memainkan peranan yang penting dalam mendorongnya untuk mencapai cita-cita sebagai seorang usahawan.

“Mereka sentiasa memberi semangat dan menyokong kerjaya saya dalam bidang ini. Seterusnya, saya berharap agar dapat memberi inspirasi buat semua wanita di luar sana untuk mengejar mimpi dan cita-cita dalam apa jua bidang,” katanya.

Setelah setahun berdiam diri, BeauTyra kini tampil dengan koleksi terbarunya, ‘The Baddie’ yang merupakan kempen ke-10 mereka. Koleksi ini menampilkan empat lipstik matte berkrim dalam empat rona coklat nude yang sesuai untuk semua warna kulit.

Koleksi ini mewakili empat personaliti berbeza iaitu, atletik, sassy, carefree dan berani.

Kempen memperkenalkan koleksi ‘The Baddie’ ini melibatkan model dari pelbagai jenis latar belakang dan kulit, termasuklah model albino dan cerebral palsy. 

“Saya berharap agar koleksi ini dapat memberi imej kecantikan yang baru bagi semua serta memberi keyakinan kepada setiap wanita,” ujar Tyra.

Koleksi ‘The Baddie’ ini boleh dibeli dari laman web rasmi BeauTyra atau kedai rasmi mereka di Shopee. Anda juga boleh menjenguk laman sosial BeauTyra di Twitter dan Instagram untuk mendapat berita terkini mengenai koleksi ini. 

Nak tahu bagaimana warna lipstik ini, jom tengok video di bawah: - Getaran, 25 Mei 2021

Sumber Gambar: Getaran & Beautyra

Berita Berkaitan

1

Gaya 1 hari yang lalu

Skin Turnover Protocol, Pendekatan Baharu Untuk Kulit Sihat Dan Menawan

2

Gaya 2 hari yang lalu

Piala Dunia 2026: Penginapan, Kembara Dan Peluang Mendapatkan Tiket Percuma

3

Gaya 3 hari yang lalu

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

Gaya 2 minggu yang lalu

Pos Malaysia, Perhilitan Perkenal Setem Khas Burung Bayan Malaysia

Sorotan

1

Pemandu Lori Nahas Maut Karak Miliki 15 Rekod Saman

2

Kerugian Jenayah Siber Cecah RM3 Bilion, Penipuan Dalam Talian Meningkat 87 Peratus

3

Tragedi Zaid Ibrahim; Ahli Politik Yang Berhutang Penjelasan

4

Video Belasah Pembantu Rumah Tular, 2 Pasangan Suami Isteri Ditahan

5

Asid Tumpah Dari Lori: Tiada Pencemaran Asid Di Sungai Cherating - JAS

6

Motosikal Ditunggang Langgar Belakang Kereta, Pelajar Maut Digilis Lori

Disyorkan untuk anda

Gaya 1 hari yang lalu

Skin Turnover Protocol, Pendekatan Baharu Untuk Kulit Sihat Dan Menawan

oleh Rahayu MN