web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Lady of Leisure Jenama Fesyen Mewah Terbaharu Lancar Koleksi Pertama

Koleksi Cinta mencerminkan falsafah jenama ini yang ingin membangkitkan perasaan dan memberi wanita ilham untuk menzahirkan keunikan mereka

Gaya Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 07 Sep 2023 3:47PM

Busana mewah Cinta inspirasi keunikan wanita. - gambar Lady of Leisure

oleh

Rahayu MN

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Industri fesyen tempatan tidak pernah berhenti memberikan sesuatu yang menarik dan unik. Terbaharu pencinta fesyen boleh tumpukan perhatian kepada satu jenama fesyen mewah terbaharu, Lady of Leisure, yang meraikan kecantikan dan kuasa wanita hari ini.

Menterjemahkan elemen tersebut, Lady of Leisure baru-baru ini menganjurkan peragaan koleksi pertamanya, Cinta, untuk memperkenalkan jenama serta busananya kepada kepada pihak media dan penggiat fesyen tempatan.

Koleksi diinspirasikan oleh makna perkataan ‘cinta’ itu sendiri, mencerminkan falsafah jenama ini dalam menghasilkan busana yang membangkitkan perasaan dan mengilhami wanita agar menzahirkan keunikan mereka.

Koleksi Cinta yang dibawa oleh jenama Lady of Leisure mengetengahkan fabrik mewah serta kesenian artisan tempatan. - gambar Lady of Leisure
Koleksi Cinta yang dibawa oleh jenama Lady of Leisure mengetengahkan fabrik mewah serta kesenian artisan tempatan. - gambar Lady of Leisure

Tampil menggunakan pelbagai fabrik mewah dalam rekaannya, Lady of Leisure mengetengahkan kesenian dan hasil tangan artisan tempatan. 

"Saya ingin menampilkan koleksi yang dapat merakamkan intipati cinta dalam pelbagai bentuknya. Koleksi Cinta ini manifestasi perjalanan melalui pelbagai peringkat percintaan, daripada  permulaan bibit-bibit cinta sehinggalah kepada ikatan kasih sayang yang  mendalam dan abadi, yang mengukuhkan sesebuah perhubungan," ujar Pengasas Lady of Leisure, Dada Herzog Al-Attas.

Perjalanan Dada sepanjang merekacipta koleksi ini bukti komitmen penuh cinta, menghasilkan pelbagai pakaian yang bukan sahaja meraikan pelbagai peringkat percintaan tetapi juga mencerminkan perkembangan peribadi dan nyala rasa beliau terhadap warisan budayanya.

Selain memperolehi ilham daripada pengalaman peribadi, Dada juga sebenarnya menjadikan neneknya sebagai salah seorang insan yang memberi inspirasi dalam menghasilkan rekaan mewah dan mempesona. 

Setiap busana dihasilkan dengan penuh teliti, mencerminkan keanggunan dan kesantunan yang dicontohinya.

Koleksi yang memaparkan Passion, Intimacy, dan Devotion membawa penceritaan hubungan cinta dari awal sehingga ikatan yang berkekalan. - gambar Lady of Leisure
Koleksi yang memaparkan Passion, Intimacy, dan Devotion membawa penceritaan hubungan cinta dari awal sehingga ikatan yang berkekalan. - gambar Lady of Leisure

Kekuatan yang dimiliki nenek beliau, terutama kebaikannya diterjemahkan ke dalam koleksi ini. Selain itu, didikan nenek beliau tentang peri pentingnya berpakaian molek dan kecintaan terhadap diri sendiri juga menjadi tumpuan hala tuju koleksi Cinta ini.

“Semua rekaan ini mencerminkan ekspresi diri, menggalakkan pemakainya untuk mendakap identiti diri dan meraikan gaya mereka yang unik.

“Rekaan ini akan menjadi peringatan agar kita  memberi keutamaan swacinta, serta memberi kuasa kepada setiap individu untuk berasa yakin, cantik, dan berhak mendapat kasih sayang dalam semua aspek kehidupan mereka,” ujar Dada.

Koleksi Cinta terbahagi kepada tiga kategori iaitu Passion, Intimacy, dan Devotion. Passion menampilkan pakaian yang berani dan seksi, sesuai untuk merakamkan percikan bibit-bibit cinta pertama.

Rona merah menyerlahkan bahang diawal percintaan. - gambar Lady of Leisure
Rona merah menyerlahkan bahang diawal percintaan. - gambar Lady of Leisure

Intimacy menampilkan rekaan yang lebih sensual dan intim, sesuai untuk meraikan keintiman hubungan manakala Devotion menampilkan busana yang bersifat tak lapuk dek zaman dan anggun, sesuai  untuk menzahirkan ikatan cinta yang berkekalan.

Dada Herzog Al-Attas. - gambar Lady of Leisure
Dada Herzog Al-Attas. - gambar Lady of Leisure

Koleksi ini boleh ditempah dengan menghantarkan email ke [email protected]. – Getaran, 7 September 2023

Sorotan

1

Jurujual Mengaku Salah Tetak Penunggang Motosikal Di Lebuh Raya Persekutuan

2

Onn Hafiz Dijangka Pertahan Kerusi Machap, Kekal Fokus Bangunkan Johor

3

Rombakan Barisan Pemimpin PN: Azmin Ali, Radzi Jidin Gugur Daripada Senarai 

4

CEO Perbadanan Stadium Malaysia Didakwa Minta, Terima Rasuah RM1.45 Juta

5

PRN Johor: Calon Dipilih Berdasarkan Khidmat Terbaik - Onn Hafiz 

6

Memacu Masa Depan Lestari: Transformasi Tenaga Dan Aspirasi Sifar Bersih Malayssia