web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Festival Sarung Sempena Bulan Kebangsaan Dapat Sambutan Luar Biasa

Gaya Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 02 Sep 2023 8:06PM

Peserta Festival Sarong bergambar bersama pada acara yang berlangsung di Bulatan Sultan Azlan Shah, Ipoh hari ini. gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

IPOH - Dianjurkan bagi mempromosikan pakaian tradisional iaitu kain sarung, Festival Sarung anjuran Pertubuhan Seni Kayangan Perak (PESKAP) dan Kelab Olahraga Bagirun yang berlangsung di Bulatan Sultan Azlan Shah di sini, mendapat sambutan luar biasa.

Presiden Kelab Olahraga Bagirun, Khairul Amnan Osman berkata lebih 1,000 peserta hadir menyertai aktiviti itu dengan rata-ratanya segak memakai kain sarung di festival yang juga bermatlamat mendidik orang ramai mengenai sejarah dan rahsia kain sarung.

Salah seorang peserta yang menyertai Larian Sarung. gambar BERNAMA
Salah seorang peserta yang menyertai Larian Sarung. gambar BERNAMA

"Aktiviti Larian Sarung mendapat penyertaan 400 peserta dewasa (6 kilometer) dan 30 peserta kanak-kanak (800 meter) yang terdiri daripada pelbagai lapisan masyarakat dan bangsa untuk kita semai semangat patriotik termasuk perpaduan dalam kalangan rakyat Malaysia. 

Sempena kita menyambut hari kemerdekaan baru-baru ini kita juga nak terapkan bahawa golongan hari ini masih menghargai nilai budaya dan hari ini kita boleh lihat semua orang memakai pakaian tradisi, menyarungkan kain sarung dan hadir ke sini dengan pelbagai jenis busana, "katanya ketika ditemui di sini hari ini. 

Larian Sarung sempena Festival Sarung yang berlangsung di Bulatan Sultan Azlan Shah, Ipoh hari ini. gambar BERNAMA
Larian Sarung sempena Festival Sarung yang berlangsung di Bulatan Sultan Azlan Shah, Ipoh hari ini. gambar BERNAMA

Khairul Amnan berkata, selain Larian Sarung turut dianjurkan pelbagai aktiviti lain seperti Senam Sarung dan Sukan Rakyat Sarung yang turut menawarkan hadiah lumayan. 

Beliau berkata Sukan Rakyat Sarung terbahagi kepada beberapa jenis sukan iaitu terompah gergasi, kelereng, boling kelapa, sepak raga ratus, dan pancing botol. 

"Johan Larian Sarung membawa pulang RM500, kedua (RM300), ketiga (RM200) manakala Sukan Rakyat Sarung johan menerima (RM1,000), kedua (RM700) dan ketiga (RM500) malah kita turut sediakan hadiah berupa RM100 kepada enam peserta paling sporting dalam acara Senam Sarung," katanya. 

Larian Sarung yang berlangsung di Bulatan Sultan Azlan Shah, Ipoh hari ini. gambar BERNAMA
Larian Sarung yang berlangsung di Bulatan Sultan Azlan Shah, Ipoh hari ini. gambar BERNAMA

Katanya, program itu juga mendapat kerjasama Tourism Perak, Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negeri (JKKN) Perak, Temasya Budaya@Negeri Perak, Dedaun Rimba dan More Manjat. 

"Kalau ikutkan ini kali kedua penganjuran namun tahun ini penganjuran pada skala lebih besar secara terbuka kerana sebelum ini kita buat dalam kalangan komuniti kami sahaja.

Kita harapkan ia akan diteruskan siri penganjurannya pada masa akan datang kerana dapat membantu mempromosikan sarung Malaysia sebagai salah satu elemen kebudayaan unik di negara ini dan Perak," katanya.- BERNAMA

Sorotan

1

Jurujual Mengaku Salah Tetak Penunggang Motosikal Di Lebuh Raya Persekutuan

2

Onn Hafiz Dijangka Pertahan Kerusi Machap, Kekal Fokus Bangunkan Johor

3

Rombakan Barisan Pemimpin PN: Azmin Ali, Radzi Jidin Gugur Daripada Senarai 

4

CEO Perbadanan Stadium Malaysia Didakwa Minta, Terima Rasuah RM1.45 Juta

5

PRN Johor: Calon Dipilih Berdasarkan Khidmat Terbaik - Onn Hafiz 

6

Memacu Masa Depan Lestari: Transformasi Tenaga Dan Aspirasi Sifar Bersih Malayssia