Berita Terkini

1 minggu yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 1 minggu yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 2 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 3 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 3 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Usia Bukan Penghalang Untuk Kekal Remaja

Tubuh badan manusia mempunyai rizab DNA anti-penuaan yang dipanggil sirtuin, protein tidak aktif yang mengawal pelbagai aspek penuaan.

Gaya Dikemaskini 9 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 02 Aug 2023 7:13AM

Protein tidak aktif dalam badan manusia, Sirtuin mengawal pelbagai aspek penuaan. gambar hiasan

oleh

Rahayu MN

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Penuaan memang tidak boleh dihalang, tetapi ia mampu diperlahankan. Namun, untuk memperlambatkan penuaan secara semulajadi, ia bukanlah tertumpu kepada penampilan diri atau kecantikan semata-mata, tetapi ia merangkumi kesejahteraan tubuh badan, meliputi tahap tenaga dan juga keceriaan. 

Justeru, pakar pemakanan dari LAC Malaysia, Cynthia Jetan, menghuraikan pemahaman mengenai penuaan dan mencadangkan pendekatan lebih praktikal terhadap sifat biologi penuaan.

"Penuaan sihat adalah pendekatan menyeluruh yang melibatkan kesejahteraan fizikal dan mental saat kita menua," kata Cynthia.

Menariknya, tahap tenaga kita berfungsi sebagai petunjuk pertama penuaan, sebelum tanda-tanda kedutan atau uban muncul. 

gambar hiasan
gambar hiasan

Kita perlu mengakui bahawa penurunan tenaga boleh bermula lebih awal daripada yang dijangka, oleh itu penting untuk memberi keutamaan kepada keceriaan dan mengamalkan pendekatan yang menyeluruh dalam menghadapi penuaan.

“Jadikan tenaga anda seperti matawang yakni sumber yang boleh diperolehi, dibelanjakan, disimpan atau dibazirkan.

“Setiap hari, sel badan kita tanpa jemu akan menjana tenaga daripada makanan yang kita ambil untuk menyokong proses penting seperti pernafasan, pertumbuhan sel, pembaikan dan peredaran darah," jelas Cynthia.

Sama juga seperti mesin menjana wang, sel kita bekerja dengan tekun untuk memastikan kelancaran fungsi badan. Sejauh mana kita menjaga tubuh kita, ia secara langsung mempengaruhi proses peningkatan usia.

 Apabila kita semakin tua, tahap tenaga akan mengalami perubahan dalam aktiviti harian. Malah, tugasan atau kerja mudah juga mungkin akan menjadi lebih mencabar dan meletihkan.

Menjaga dan memelihara tubuh badan dengan betul boleh memberikan perbezaan yang ketara.

“Ia bukan sesuatu yang luar biasa untuk bertemu dengan individu berusia 40-an yang mempunyai semangat sama seperti mereka yang berumur 20-an.

“Sebaliknya, terdapat individu yang lebih muda dan mungkin kelihatan lebih berumur dan kurang bertenaga," ujar Cynthia.

Walaupun benar bahawa tahap tenaga kita secara semulajadi akan menurun diikuti usia, faktor luaran boleh mempercepatkan proses ini. 

gambar hiasan
gambar hiasan

“Tidur yang tidak mencukupi, pilihan pemakanan yang tidak sihat, merokok, tekanan berlebihan, dan pemikiran negatif semuanya boleh menyumbang kepada menguras rizab tenaga kita.”

“Fakta menarik yang anda patut tahu adalah dalam setiap daripada diri kita terdapat rizab DNA anti-penuaan yang dipanggil sirtuin, protein tidak aktif yang mengawal pelbagai aspek penuaan, termasuk pembaikan DNA, pengurangan tekanan dan peningkatan metabolisme," jelas Cynthia.

Walau bagaimanapun, untuk mengaktifkan protein ini memerlukan kata laluan, sama seperti untuk mengakses akaun bank. Kata laluan untuk tujuan ini ialah NAD+ (Nicotinamide Adenine Dinucleotide).

"NAD+ ialah koenzim yang dihasilkan secara semula jadi dalam badan kita, menyokong proses metabolik penting, mengekalkan kesihatan selular dan memudahkan pengeluaran tenaga.

“Malangnya, apabila usia semakin meningkat, bekalan NAD+ kita semakin berkurangan. Di sinilah NMN (Nicotinamide Mononucleotide) melangkah sebagai wira yang tidak didendangkan," tambah Cynthia.

NMN bertindak sebagai penambah semula jadi tahap NAD+, dengan itu mengaktifkan protein sirtuin. Diperolehi daripada vitamin B, NMN memulakan proses penting untuk penuaan yang lebih lancar dan menguatkan sel-sel manusia dari dalam.

"Bayangkan apa yang anda lakukan apabila anda telah membelanjakan sejumlah besar wang. Anda akan mula menyimpan semula, bukan? Sama juga seperti sel badan manusia yang turut beroperasi dengan cara sama. Ianya memerlukan rangsangan untuk membaiki dan pulih. Dan apabila ia berkaitan dengan sel kita, menambah NMN adalah titik permulaan," tegas Cynthia.

gambar hiasan
gambar hiasan

Amalan praktikal untuk memulakan gaya hidup sihat

Di samping mengamalkan tabiat gaya hidup sihat, Cynthia mengesyorkan dua tip tambahan untuk memberi sel anda peremajaan yang amat diperlukan iaitu Intermittent Fasting (IF) dan perancangan harian lebih teratur.

"Intermittent Fasting (IF) ialah cara terbaik untuk menurunkan berat badan, peningkatan tenaga, dan penuaan yang sihat," jelas Cynthia. 

Berikut adalah beberapa amalan praktikal yang disarankan oleh Cythhia untuk memulakan gaya hidup sihat:

1) Rancang aktiviti harian dengan teratur. Perhatikan aliran tenaga anda sepanjang hari dan kenal pasti puncak dan titik terendah anda. Pengetahuan ini akan membolehkan anda menyesuaikan aktiviti untuk produktiviti yang dipertingkatkan.

2) Beri keutamaan dan cipta jadual. Peruntukkan waktu untuk ketika tenaga anda memuncak untuk menyelesaikan tugasan penting, tolak tepi aktiviti yang kurang penting ketika tenaga anda berkurangan secara semula jadi.

3) Berhenti sejenak. Jadualkan masa untuk rehat selama 15-30 minit untuk menyegarkan minda dan menambah tenaga. Gunakan masa ini untuk tidur lena, berjalan santai atau terlibat dalam aktiviti yang menyegarkan tubuh badan anda.

Dengan melaksanakan strategi di atas, anda boleh mengoptimumkan tahap tenaga, mengurangkan tekanan dan menggalakkan kehidupan lebih sihat dan memuaskan. Getaran, 2 Ogos 2023

gambar hiasan
gambar hiasan

Sorotan

1

SPRM Terima Beribu-ribu Dokumen Semasa Siasatan Kes 1MDB – Pegawai Penyiasat

2

Malaysia Berdepan 30,000 Kekurangan Jurutera, Perlu Tampung Dengan TVET

3

Kerajaan Kelantan Ucap Terima Kasih Kepada PM

4

KESUMA Sambut Baik Penyediaan Dana Latihan RM30 Juta

5

Kerajaan Akan Terus Pantau Kadar Inflasi Susulan Kenaikan Gaji Penjawat Awam - PM

6

Semakan Gaji Penjawat Awam Adalah Wajar Untuk Hadapi Inflasi – Ahli Ekonomi