Berita Terkini

5 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 6 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Sesuatu Yang Mewah Untuk Hadiah Hari Bapa? Ini 5 Jam Tangan Mewah Bell & Ross

Jika mereka di luar sana yang sudah berjaya dan memiliki pendapatan tinggi, apa kata sempena Hari Bapa, hadiahkan mereka seutas jam tangan mewah dari Bell & Ross.

Gaya Dikemaskini 10 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 15 Jun 2023 6:33PM

Edisi khas Hari Bapa dari pembuat jam tangan Bell & Ross ini melambangkan gaya, ketepatan dan ikatan abadi - Gambar ihsan Bell & Ross

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Hari Bapa bakal menjelang, tidak salah jika kita berbelanja besar  membeli jam tangan mewah untuk dihadiahkan kepada insan tersayang ini? Mungkin segelintir daripada anda jarang menghadiahkan barangan mewah kepada individu yang bergelar bapa.

Namun jika mereka di luar sana yang sudah berjaya dan memiliki pendapatan tinggi, apa kata sempena Hari Bapa yang akan berlangsung pada 18 Jun 2023, hadiahkan mereka seutas jam tangan mewah dari Bell & Ross sebagai tanda penghargaan.

Edisi khas Hari Bapa dari pembuat jam tangan Bell & Ross ini melambangkan gaya, ketepatan dan ikatan abadi. Berikut adalah lima jam tangan mewah yang ditawarkan.

BR 05 Chrono Blue Steel (RM28,900)

Menggabungkan estetika kontemporari dengan fungsi yang sempurna, jam tangan BR 05 Chrono Blue Steel menampilkan dial biru dengan corak sinar matahari serta dua kaunter kronograf. Ini termasuklah jam tersebut ditempatkan dalam bekas keluli tahan karat yang teguh.

Ia dengan mudah menggabungkan kemewahan dan keanggunan menjadikannya bapa anda akan menghargai fungsi dan elemen bergaya pada jam tersebut.

BR 05 Green Gold (RM 150,000 varian SPG, RM 99,900 varian SCR)

Bagi bapa yang lebih suka memfokuskan sentuhan kemewahan, BR 05 Green Gold adalah pilihan yang luar biasa. Menggunakan emas mawar 18 karat, jam tangan ini memancarkan elemen kehalusan. 

Dail hijau dengan corak sinar matahari dan dilengkapi dengan indeks appliqué emas ini disempurna bersama sarung emas mewah. Menghasilkan jam tangan tersebut benar-benar menawan dan mencerminkan rasa sempurna kepada pemakainya.

BR 03 - 93 GMT Blue (RM 18,500)

Direka untuk bapa yang suka mengembara dunia, BR 03 - 93 GMT Blue menawarkan fungsi dua zon waktu yang praktikal. Dail birunya, tali jam dan cermin jam yang besar direka bagi memastikan kebolehbacaan yang optimum terhadap nombor di jam tersebut. 

Disertakan dalam bekas seramik hitam matte, model ini bukan sahaja tahan lama tetapi juga memancarkan daya tarikan yang lasak lagi canggih. Dengan ketukangan mereka yang teliti, reka bentuk yang luar biasa dan komitmen terhadap ketepatan, Bell & Ross menghormati ikatan yang dihargai antara bapa dan orang tersayang.

BR 03 - 92 Black Matte (RM 16,400)

Model BR 03 - 92 Black Matte ialah jam tangan siluman dan minimalis serta boleh menarik minat seorang bapa yang memiliki gaya bersahaja. Sarung seramik hitam matte menempatkan dail hitam dengan angka dan indeks putih yang kontras memberikan kebolehbacaan yang mudah. Jam tangan ini mewakili gabungan kebolehpercayaan, kesederhanaan dan keanggunan yang sempurna.

The Skeleton Golden (RM 31,400)

The Skeleton Golden pula mempamerkan penguasaan Bell & Ross dalam ketukangan horologi. Sarung emas mawar 18 karatnya membingkai pergerakan rangka yang memukau. Bahkan ia mendedahkan kerja dalaman jam tangan tersebut yang rumit.

Dail hitam dan aksen keemasan mencipta kontras visual yang menarik melambangkan penciptaan jam tangan ini amat cemerlang.

Untuk maklumat lanjut atau sebarang tempahan boleh layari laman web rasmi Bell & Ross atau lawati premis mereka di Pavilion KL, The Gardens KL, 1-Utama, Pavilion Bukit Jalil dan Mid Valley Megamall. - Getaran, 15 Jun 2023 

Berita Berkaitan

1

TARA 10 bulan yang lalu

Barbie Tayang Filem Pendek Khas Menyentuh Hati Sempena Hari Bapa

2

Semasa 10 bulan yang lalu

Agong, Permaisuri Zahir Ucapan Selamat Hari Bapa

3

TARA 10 bulan yang lalu

5 Pilihan Coklat Premium Kacang Pistachio Royce’ Sempena Hari Bapa

4

TARA 1 tahun yang lalu

Istimewa Hari Bapa : 10 Bapa Paling Hangat Di Malaysia

Sorotan

1

Piala Thomas: Malaysia Benam Algeria 5-0 Untuk Tempah Slot Suku Akhir

2

Akta Keselamatan Kesihatan Pekerja (Pindaan) 2022 Berkuat Kuasa 1 Jun

3

Pakar Ekonomi Sabut Baik Penubuhan Akaun Ketiga KWSP

4

Kempen PRK KKB: Semua Pihak Diingatkan Tidak Sentuh Isu 3R - Fahmi

5

Genting Malaysia Nafi Babit Bincang Mengenai Kasino Di Forest City

6

Akta Laut Wilayah Masih Sah, Terpakai Termasuk Di Terengganu - PMO

Disyorkan untuk anda

Selera 4 jam yang lalu

Grand Hyatt Kuala Lumpur Lancar Edisi Kedua #DinewithChef

oleh Rahayu MN

Jelajah 1 hari yang lalu

Dapatkan Pas ASEAN Explorer  Pada Harga Promosi RM999

Belian harus dibuat sebelum 1 Mei dan ia sah untuk perjalanan selama setahun

oleh Rahayu MN

Gaya 1 hari yang lalu

Duit Raya Mahu Dibelanjakan Atau Simpan?

Kalau mahu didik anak menabung, boleh simpan. Kalau hendak belanja, perlu pertimbangkan sebabnya.

oleh Rahayu MN

Jelajah 22 minit yang lalu

Aplikasi Yang Patut Dimuat Turun Apabila Bercuti Ke 5 Negara dan Kota Popular Berikut

oleh Rahayu MN