web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 7 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Istimewa Hari Bapa : 10 Bapa Paling Hangat Di Malaysia

Sempena sambutan Hari Bapa hari ini, Getaran senaraikan 10 bapa terhangat di Malaysia yang terdiri dari kalangan selebriti, atlet dan ahli politik

TARA Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 19 Jun 2022 11:16AM

Gambar Fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Hari Bapa merupakan hari untuk mengingati serta menghargai jasa serta pengorbanan seorang bapa. Hari istimewa ini disambut setiap hari Ahad minggu ketiga bulan Jun.

Tahun ini Hari Bapa jatuh pada tarikh 19 Jun 2022. Sempena itu, Getaran senaraikan 10 bapa paling hangat di Malaysia.

 

Norman Hakim

Berwajah kacak, bertubuh sasa dan bapa yang penyayang kepada enam orang anak, Norman Hakim sememangnya layak digelar ‘hot daddy’. Sejak mula bergelar selebriti lebih 20 tahun lalu, penampilan Norman sentiasa segak.

Terkini, Norman muncul di layar perak adalah sebagai penyanyi Aiman Zalini dalam filem Tiga Janda Melawan Dunia. 

 

Hairul Azreen

Gambar Instagram @haniszalikha dan @hairulazreen
Gambar Instagram @haniszalikha dan @hairulazreen

Sama seperti Norman Hakim, Hairul Azreen merupakan seorang pelakon yang kacak serta bertubuh sasa. Sering berlakon dalam filem aksi, filem terkini Hairul, The Assistant telah berjaya mendapat kutipan pecah panggung lebih RM3 juta!

Bekas atlet taekwondo ini bapa yang penyayang kepada sepasang anak yang comel iaitu Yusuf Iskandar dan Alisa Aisyah.

 

Fahrin Ahmad

Gambar Instagram @elenaeleas
Gambar Instagram @elenaeleas

Wajahnya yang tampan dan tubuh yang kekar tidak dapat disangkal lagi. Pelakon dan pengacara ini pastinya tidak terlepas dari senarai bapa paling hangat kami. 

 

Fattah Amin

Suami kepada Nur Fazura ini bukan sahaja berwajah tampan dan bersosok tinggi lampai, sesuai dengan gelarannya sebagai Hero Remaja satu masa dulu, Fattah juga ayah yang penyayang buat Nur Fatima Aisya. 

Terbaharu, Fattah bakal muncul dalam filem Mat Kilau bersama Adi Putra dan Beto Kusyairy. Filem ini akan mula ditayangkan pada 23 Jun nanti.

 

Zaquan Adha

Gambar Instagram @zaqone_08
Gambar Instagram @zaqone_08

Pemain bola sepak ini bukan sahaja terkenal dengan kelincahan aksinya di padang bola tetapi juga dengan ketampanan wajahnya. Bapa kepada lima orang anak ini juga mempunyai kembar seiras iaitu Aidil Zafuan yang juga merupakan seorang pemain bola. 

 

Datuk Azizul Hasni Awang

Pemenang pingat perak sukan Olimpik Tokyo 2020 ini sememangnya memiliki wajah yang kacak dan manis. Pelumba basikal kesayangan negara ini juga merupakan bapa kepada tiga orang puteri.

Azizul kini masih dalam proses penyembuhan selepas menjalani pembedahan jantung bulan Mei lalu. Kisah pembedahan dan sakit yang dialaminya ada diceritakan di laman media sosialnya.

 

Aliff Aziz

Gambar Instagram @iamaliffaziz
Gambar Instagram @iamaliffaziz

Wajah kacaknya sering membuatkan ramai wanita cair, Ditambah pula dengan suaranya yang merdu. Hati siapa yang tidak tertawan dengan penyanyi kelahiran Singapura ini? Aliff merupakan bapa kepada sepasang cahaya mata. 

 

Hisyam Hamid

Gambar Instagram @hisyamhamid7
Gambar Instagram @hisyamhamid7

Pelakon kacak yang juga merupakan bekas anggota bomba kelahiran Singapura ini mula mencuri tumpuan sejak muncul dengan drama ‘Ariana Rose’. Hisyam Hamid sememangnya wajib berada di dalam senarai ini kerana wajahnya yang tampan dan juga merupakan bapa yang penyayang kepada dua orang cahaya mata. 

 

Khairy Jamaluddin

Sering mendapat jolokan sebagai tall, dark and handsome, Menteri Kesihatan ini sering menjadi perhatian wanita. Bapa kepada tiga orang cahaya mata lelaki ini sentiasa kelihatan fit dan sering mengamalkan gaya hidup sihat dengan bersukan. 

 

Aerel Zafrel

Wajah kacaknya sememangnya tidak dapat dinafikan lagi. Bapa kepada empat orang cahaya mata ini sering dipuji kerana memilki wajah yang kacak dan dalam masa yang sama setia di samping isteri tercinta iaitu Wawa Zainal. – Getaran, 19 Jun 2022

Isu Pada

Sentuhan Magis Perunding Hiasan Dalaman

18 Jun 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 4 minggu yang lalu

‘Laksanakan Semula GST, Guna Nama Lain Pun Tak Apa’ - KJ

2

Semasa 1 tahun yang lalu

Menang Saman Fitnah, Khairy Jamaluddin Peroleh Ganti Rugi RM2.5 Juta

3

Selebriti 1 tahun yang lalu

Fazura Fail Permohonan Cerai, Sahkan Desas-Desus Rumah Tangga Bergolak

4

Semasa 1 tahun yang lalu

‘Genosid Dah Ada Sejak Berpuluh Tahun Wahai KJ’ - Netizen

Sorotan

1

‘Rider’ Disimbah Kuah Oden Panas, FamilyMart Mohon Maaf

2

Wanita Putus Kaki Dalam Kemalangan LPT2 Meninggal Dunia Di Hospital

3

SPR Tangguh Perbincangan PRN Negeri Sembilan, Mesyuarat PRN Johor Jadi Keutamaan

4

Tuanku Muhriz: Raja Adil Berhati Mulia, Bukan Gah Depan Kamera

5

Notis Pemakluman Rasmi Pembubaran DUN Negeri Sembilan Diserahkan Hari Ini

6

Nahas Simpang Renggam: Suspek Disiasat Kerana Membunuh