Berita Terkini

8 jam yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 5 hari yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 1 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok. 2 minggu yang lalu: Koc wanita bagi MRT laluan Putrajaya akan dilaksanakan bermula Isnin ini - Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Rail

IKUTI KAMI


Hoorrey x Fest Raya Himpun 100 Usahawan Selebriti Popular Dalam Acara Beli-Belah 65 Jam Tanpa Henti 

Tidak berhasrat untuk bersaing dengan mana-mana pihak yang mungkin sebelum ini pernah menganjurkan festival seumpamanya, penganjur acara ini sekadar mahu memberi peluang kepada para usahawan termasuk selebriti untuk menjalankan perniagaan masing-masing.

Gaya Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 17 Mar 2023 6:00PM

Hoorrey X Fest Raya yang turut mendapat kerjasama penuh daripada Kelab Usahawan Selebriti Malaysia (KUSM) serta Artist Corner ini akan diadakan di PWTC. - Gambar PR

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Memeriahkan lagi kerancakan festival membeli-belah sempena persediaan sambutan Syawal, buat julung kalinya Hoorrey X Fest Raya bakal dianjurkan dengan menyaksikan penglibatan seramai 100 artis popular tanah air.

Dianjurkan Asia Global Entertainment (International) Sdn Bhd, Hoorrey X Fest Raya yang turut mendapat kerjasama penuh daripada Kelab Usahawan Selebriti Malaysia (KUSM) serta Artist Corner ini akan diadakan di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) bermula pada 19 hingga 21 April ini.

Ketua Pegawai Eksekutif Asia Global Entertainment (International) Sdn Bhd, Datuk Mohammad Alif Hakim berkata, festival ini juga akan menyaksikan cubaan pihaknya  untuk mengadakan sebuah acara membeli-belah terbesar dalam tempoh 65 jam tanpa henti.

Datuk Mohammad Alif Hakim (tengah) - Gambar PR
Datuk Mohammad Alif Hakim (tengah) - Gambar PR

“Matlamat kami menerusi Hoorrey X Fest Raya ini adalah memberi peluang kepada rakan-rakan artis tempatan termasuk mana-mana peniaga lain untuk sama-sama berniaga di tapak yang telah kami sediakan.

“Umum tahu, saban tahun pada bulan Ramadan, banyak festival seumpamanya dianjurkan. Namun kami percaya, Hoorrey X Fest Raya juga mampu menarik ramai pengunjung dan memberi pilihan buat mereka untuk membeli-belah pelbagai barangan terutama persiapan menjelang hari raya nanti.

“Sebab itu, kami buka ruang perniagaan dan pengalaman membeli- belah selama 65 jam tanpa henti buat pengunjung di festival ini yang mungkin mahu mencari keperluan raya di saat-saat akhir,” katanya.

Selain itu, ditanya mengenai sasaran menganjurkan festival yang akan berlangsung selama 65 jam tanpa henti, kata Mohammad Alif, pihaknya tidak berhasrat untuk bersaing dengan mana-mana pihak yang mungkin sebelum ini pernah menganjurkan festival seumpamanya.

“Tiada istilah mahu bersaing dengan mana-mana pihak. Kami cuma mahu memberi peluang kepada para usahawan termasuk artis dan selebriti untuk menjalankan perniagaan masing-masing tanpa had masa selama tiga hari ia diadakan.

“Malah, dari satu perspektif lain, Hoorrey X Fest Raya juga akan menjadi medan pilihan di mana pelanggan dan pengunjung dapat membeli-belah sakan sempena hari raya di samping berpeluang merasai pelbagai acara menarik yang disediakan di sini.

“Saya melihat festival ini sebagai satu peluang dan platform untuk semua orang berniaga bersama-sama kami di tapak dan kemudahan yang disediakan,”katanya.

Sebahagian artis yang bakal menjayakan Hoorrey X Fest Raya. - Gambar PR
Sebahagian artis yang bakal menjayakan Hoorrey X Fest Raya. - Gambar PR

Berkongsi lanjut, katanya Mohammad Alif lagi, dia juga gembira dengan sambutan daripada rakan-rakan artis dan selebriti yang mahu berganding bahu menjayakan festival ini.

Antara rakan artis yang terlibat termasuk Lann A To Z, Wan Scoin, Jaafar Onn, Ayie Floor 88, Amer Forteen, Elyana, Aidil Aziz, Risteena, Izzue Islam, Rina Eva, Anne Abdullah, Farah Wahida, Car Farish, Ayu Damit, Soffi Jikan, Rahmat Mega, Sasha Aziz dan ramai lagi.

Dalam pada itu, Mohammad Alif berkata, sempena penganjuran Hoorrey X Fest Raya ini juga, pelbagai acara menarik turut akan diselitkan dan itu termasuk program Infaq Ramadan Hoorrey yang berbentuk jamuan berbuka puasa, moreh, sumbangan kelengkapan dan duit raya serta program sahur teramai di WTCKL.

Selain itu, Hoorrey X Fest Raya turut berbesar hati dan membuka peluang buat mana-mana pihak yang mahu menjadi penaja bersama festival ini. – Getaran, 17 Mac 2023 

Berita Berkaitan

1

Selebriti 6 bulan yang lalu

Golongan Selebriti Bijak Gunakan Platform Media Sosial, Jentik Hati Rakyat Malaysia

2

Selebriti 9 bulan yang lalu

Senarai 10 Selebriti Yang Sedang Mendahului Undian ABPBH-35

3

Kolum 1 tahun yang lalu

Pendapatan Pasif Dalam Menangani Kos Sara Hidup, Pemuzik Harus Celik Kewangan  

4

Selebriti 1 tahun yang lalu

Artis Malaysia Diserang Di Singapura, Selamat Jalani Pembedahan

Sorotan

1

Nahas Helikopter TLDM: Semua Mayat Mangsa Telah Dikeluarkan

2

Sultan Selangor Turut Berdukacita Nahas 2 Helikopter TLDM

3

Langkah Kerajaan Laksana Subsidi Bersasar, Skim Baharu Gaji Penjawat Awam Berdasarkan Prinsip - Fahmi

4

Helikopter TLDM Terbabit Dalam 3 Raptai Sebelum Insiden - Mohamed Khaled

5

Institusi Pendidikan Pondok Perlu Tambah Nilai Kemahiran Vokasional, Teknikal – Mohd Na’im

6

2 Helikopter Bertembung, 10 Anggota, Pegawai TLDM Maut

Disyorkan untuk anda

Jelajah 1 hari yang lalu

3 Rakyat Malaysia Kayuh Basikal Tiba Di Madinah

Refleksi 1 hari yang lalu

Adab Menghadiri Rumah Terbuka

Betulkan niat, jauhi tingkah laku yang menjengkelkan sehingga menyusahkan tuan rumah

oleh Rahayu MN

Gaya 1 hari yang lalu

Diskaun Sana-sini, Peluang Tambah Koleksi Baju Raya Ke Rumah Terbuka

Syawal adalah masa terbaik untuk menambah koleksi baju raya memandangkan banyak potongan harga yang ditawarkan.

oleh Rahayu MN

Refleksi 3 jam yang lalu

Ketahui 4 Manfaat Membersihkan Rumah

oleh Rahayu MN