Berita Terkini

10 jam yang lalu: Tokoh Wartawan Negara 2014 Datuk Ahmad Rejal Arbee meninggal dunia awal pagi hari ini - isteri Allahyarham, Datin Noraini Shariff. 3 hari yang lalu: Pengerusi Eksekutif Kumpulan KK Supermart & Superstore Sdn Bhd, Datuk Seri Dr Chai Kee Kan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Shah Alam terhadap tuduhan sengaja melukakan perasaan orang Islam 6 hari yang lalu: KKM nasihatkan semua aktiviti di luar bilik darjah ditangguhkan sementara di semua lokasi yang merekodkan cuaca panas antara 35 hingga 37 darjah celsius 1 minggu yang lalu: Pihak Ocean Infinity akan bentang kawasan pencarian baharu MH370 kepada MOT awal Mei - Loke 1 minggu yang lalu: MAVCOM tambah 342 penerbangan domestik di seluruh negara untuk perjalanan antara 3 hingga 18 April - Loke

IKUTI KAMI


Koleksi Memikat Berwarna Warni Daripada LILIT. X Nala

LILIT. X Nala merupakan satu kolaborasi bersama jenama tempatan yang terkenal dengan warna dan corak yang bold. Mengambil inspirasi daripada bunga Plumbago yang melambangkan harapan dan kesejahteraan.

Gaya Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 07 Sep 2022 9:40AM

Gambar ihsan LILIT.

oleh

Rahayu MN

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Menuju ke penghujung tahun, sudah ramai di antara kita mula merancangkan sebuah perjalanan atau percutian yang penuh bermakna untuk meraikan ‘kemerdekaan’ yang diraih. Setelah lama terperangkap begitu lama, 2022 adalah masanya untuk terbang bebas melihat dunia.

Bagi golongan wanita, memilih pakaian untuk digayakan ketika bercuti adalah perkara paling penting. Mana kan tidak? Inilah masanya untuk merakam foto sebanyak mungkin untuk dikongsi ke platform sosial media!

Raih perhatian si pengikut dan sudah semestinya untuk tatapan sendiri di masa hadapan.

Jadi, untuk percutian yang akan datang ini, bolehlah mencuba koleksi terbaru daripada jenama fesyen yang membawa slogan ‘Modest Made Easy’ iaitu LILIT. Jenama fesyen yang menyasarkan wanita-wanita sopan bergaya ini tampil dengan koleksi terbaru, LILIT. X Nala yang memberikan anda pesona baik daripada dunia fesyen yang berwarna-warni.

Gambar ihsan LILIT.
Gambar ihsan LILIT.

Digabungkan ke dalam elemen pemakaian sopan dengan menterjemahkan corak dan cetakan menarik, koleksi ini hadir dalam rekaan yang menjadi identiti LILIT. , seperti Comeback Top and Skirt, Contrast Tunic Shirt, High Neck Ribbed Dress dan banyak lagi. Ia semestinya pada masa yang sama berunsurkan nilai elegan dan sopan yang menampilkan ciri sederhana pada si pemakai!

Matlamat pemakaian dan keluaran koleksi jenama LILIT. adalah berunsurkan pakaian yang sederhana dan bergaya, juga pada masa yang sama sentiasa menerapkan ciri-ciri inovatif dan berfungsi pada pakaian yang dihasilkan. Oleh itu, kebanyakan pakaian dalam koleksi LILIT. X Nala mesra menyusu, didatangi dengan poket, anti-kedut dan mudah digosok.

Gambar ihsan LILIT.
Gambar ihsan LILIT.

Dek itulah ia mesti ada dalam bagasi percutian anda! LILIT. X Nala merupakan satu kolaborasi bersama jenama tempatan yang terkenal dengan warna dan corak yang bold. Mengambil inspirasi daripada bunga Plumbago yang melambangkan harapan dan kesejahteraan, koleksi terbaru ini memberikan sesuatu yang tidak pernah dilihat pada rekaan pakaian LILIT iaitu corak yang berwarna warni.

“Di LILIT. kami sentiasa berusaha untuk menjayakan pelbagai jenis kolaborasi buat pelanggan kami dan memudahkan pemakaian sopan (modest wear) bagi semua wanita.

“Kami mendapat respon dan sambutan yang baik apabila berkolaborasi dengan jenama terkenal, personaliti dan pereka fesyen.

“Kami mahu meneruskan akses kepada kepelbagaian jenis pakaian sopan. Matlamat kami di LILIT. adalah untuk menjadikan pemakaian sopan, mudah,” ujar Pengurus Jenama LILIT, Amee Halim.

Amee Halim
Amee Halim

Sementara itu, pengasas Nala, Lisette Scheers memberitahu, dia secara peribadi menggemari Contrast Tunic Shirt in Butterscotch kerana percaya pemakaiannya mampu membuatkan seseorang tampil menawan.

“Untuk koleksi LILIT. X Nala saya gemarkan Contrast Tunic Shirt in Butterscotch. Ia adalah warna yang amat menawan. Saya juga rasa ia sangat elegan. Kainnya amat lembut, dan lengannya yang lebar membuatkan ia sangat cantik. Baju ini membuatkan saya rasa kelihatan jelita!,” ujar Lisette Scheers, apabila ditanya tentang baju kegemarannya.

Lisette Scheers
Lisette Scheers

Tersedia dalam tiga corak unik - Butterscotch, Cloud Pink dan Lime Sherbet; koleksi ini dihasilkan daripada fabrik yang lembut dan ringan untuk keselesaan anda. Ia tersedia dalam pelbagai saiz, iaitu daripada XXS (UK4) hingga 5XL (UK22). Di samping itu, terdapat juga tote bag edisi terhad LILIT. X Nala yang dijual pada harga RM39.90 sahaja.

Koleksi edisi terhad ini kini boleh didapati di laman sesawang www.lilitstore.com, aplikasi LILIT., dan di semua butik LILIT. Anda juga boleh ikuti jenama ini di Instagram @LILIT_Woman untuk lebih banyak informasi terkini. - Getaran, 7 September 2022   

Berita Berkaitan

1

TARA 1 tahun yang lalu

CIMB Preferred Anjur Bazar Siberturahim Fashion Fest Untuk Kali Kedua

2

Gaya 1 tahun yang lalu

Pilih Busana Raya Yang Selesa Dan Selamat

3

Gaya 2 tahun yang lalu

Mira Filzah Bak Puteri Khayalan!

Sorotan

1

Ada Keperluan Pinda Seksyen 21 Akta Polis - KPN

2

PM Ucap Selamat Raikan Good Friday, Easter Sunday Kepada Penganut Kristian

3

Singapura Rampas 1.5 Tan Produk Segar, Makanan Proses Dari Malaysia

4

Tular Titah Lama Sultan Nazrin, Dewan Negara Perak Buat Laporan Polis

5

Bas Terbalik Di Lebuhraya KLK: 2 Maut, 13 Cedera

6

PNB Umum Pengagihan Pendapatan 5.25 Sen Bagi ASB 2 Dan 4.75 Sen Bagi ASM 

7

Mohd Na'im Jalani Pembedahan Kecil Buang Kelenjar Air Liur

Disyorkan untuk anda

Jelajah 1 hari yang lalu

Wau LED Hiasi Langit Malam Kampung Panchor 

oleh Rafisqi Radhi

Selera 1 hari yang lalu

Ketupat Mohd Zaim, Tak Perlu Tunggu Hari Raya

Refleksi 1 hari yang lalu

Wanita Hari Ini, Mydin Bergabung Salur Bantuan Kepada Anggota Barisan Hadapan

Selain acara rewang di PPR Lembah Subang 2, Mydin juga mengagihkan 150 set bantuan Kotak MYDIN Prihatin yang bernilai sehingga RM60

oleh Rahayu MN

Selera 58 minit yang lalu

Selepas 50 Tahun, Bubur Lambuk Tetel Masjid Jorak Elahi Tetap Diminati