web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Pilih Busana Raya Yang Selesa Dan Selamat

Dua jenama pertaruhkan unsur keselesaan dan keselamatan untuk koleksi Raya mereka.

Gaya Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 26 Apr 2022 11:37AM

oleh

Zaidi Che

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Buletin gaya minggu ini dimulakan dengan pengumuman kolaborasi antara Jovian dengan AEON untuk koleksi Nusantara. Manakala, LILIT. mempersembahkan koleksi Rayanya, Made Eid Easy.

Nusantara oleh JOVIAN X AEON

Sempena menyambut Raya 2022, gedung beli-belah AEON berkolaborasi bersama pereka fesyen tempatan, Datuk Jovian Mandagie untuk koleksi Raya, Nusantara.

Istimewanya, kecantikan wanita-wanita yang terdapat di Kepulauan Nusantara menjadi inspirasi utama koleksi ini.

Mengulas lanjut Jovian berkata, “Koleksi sedia-pakai kami telah diperkenalkan sejak Ogos 2012 lagi. Ia telah memenuhi keperluan wanita-wanita di Malaysia. 

“Kami mahu memastikan setiap wanita kelihatan anggun dalam sepersalinan busana bangsa mereka sendiri. Koleksi Nusantara ini direka dengan pendekatan yang sama.

“Ia bukan sahaja dihasilkan untuk wanita, malah untuk seisi keluarga termasuk lelaki dan kanak-kanak,” ujarnya.

Istimewanya, tidak hanya mengambil berat tentang aspek kecantikan, malah koleksi ini turut menitikberatkan tentang aspek keselamatan.

Ia merangkumi pelitup muka tiga lapis KF94 Jovian Mandagie yang direka khusus untuk dipadankan bersama corak-corak berlainan dalam koleksi tersebut. 

LILIT. Made Eid Easy

Apalah erti Hari Raya tanpa kesibukan dan kemeriahan yang terjalin antara ahli keluarga, sanak saudara dan sahabat handai, bukan?

Raya tahun ini, kita diberkati dengan kebenaran menyambut Hari Raya bersama keluarga yang tersayang. Tentu sahaja, ia bakal menjadi meriah, semeriah-meriahnya! 

Dengan itu, LILIT. mahu menjadi sebahagian daripada kemeriahan Hari Raya anda itu tadi dengan melancarkan Made Eid Easy, satu koleksi Raya yang diperbuat untuk keselesaan.

Terkenal dengan fesyen sopan dan sederhana, LILIT. menampilkan busana Raya sedia-pakai, skirt dan busana-busana berpotongan selesa yang bergaya, berfungsi dan serba boleh. 

Koleksi ini juga merangkumi pelbagai saiz sehingga 5XL atau UK22 serta menampilkan warna-warna klasik dengan reka bentuk sederhana.

Made Eid Easy mudah digayakan dan boleh dipadankan dengan pelbagai aksesori atau hijab. Fabriknya mudah digosok dan mesra ibu mengandung. – Getaran, 26 April 2022

Gambar: Jenama-jenama berkenaan

Berita Berkaitan

1

Kolum 2 bulan yang lalu

Hari Raya Aidil Fitri: Melangkaui Toleransi — Seruan Untuk Penerimaan

2

Kolum 1 tahun yang lalu

Menghitung Rahmat Dan Bahagia Di Aidilfitri

3

Gaya 1 tahun yang lalu

Kolaborasi Magnum Bersama SHALS Dan Tact Hangatkan KLFW 2024

4

Gaya 1 tahun yang lalu

Kopi Dan Fesyen Terus Bersatu Di KLFW 2024

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan