Berita Terkini

20 jam yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 1 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Dapat Sokongan Siti Nurhaliza, 16 Jenama Tempatan Terpilih Untuk SFA2022

16 syarikat tempatan berjaya menjalani Program Selangor Fashion Accelerator yang pertama.

Gaya Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 02 Aug 2022 4:00PM

Gambar ihsan Perbadanan Teknologi Maklumat dan Ekonomi Digital Selangor

oleh

Zaidi Che

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Menyedari kepentingan industri fesyen, Perbadanan Teknologi Maklumat dan Ekonomi Digital Selangor (Sidec) mengumumkan senarai 16 syarikat tempatan untuk menjalani program Selangor Fashion Accelerator 2022 (SFA2022).

Masdiana Muhamad - Gambar ihsan Perbadanan Teknologi Maklumat dan Ekonomi Digital Selangor
Masdiana Muhamad - Gambar ihsan Perbadanan Teknologi Maklumat dan Ekonomi Digital Selangor

Majlis perasmian disempurnakan Datin Seri Masdiana Muhamad selaku Presiden Pertubuhan Kebajikan dan Amal Wanita Selangor (Pekawanis), SFA2022 berfungsi sebagai sebuah platform untuk menerajui transformasi digital Selangor.

Mempunyai matlamat  untuk menjadi hab digital Asia Tenggara, Sidec sentiasa mengutamakan komuniti perusahaan kecil dan sederhana (PKS) di Selangor bagi memastikan mereka dibekalkan dengan latihan dan pendedahan yang sesuai untuk memajukan perniagaan melalui SFA2022.

Kesemua 16 jenama yang terpilih untuk SFA2022 itu adalah Ayayu, Jay K Fashion, Khatam Festive Apparel, Poya Light, Bambina Bambino Clothing, Bujins, Totomi, Tolmi Apparel, Arunsayfull, Kalima Tektile, Batik Tectura, Hoor, Sash, Theins, Miera Fahmi KL dan S.Leapita.

Fesyen sopan kini menjadi satu keperluan bagi penggemar fesyen

Di negara berbilang kaum seperti Malaysia, trend fesyen telah berubah secara dinamiknya. Ia dapat dilihat melalui evolusi fesyen sopan (modest fashion).

Fesyen sopan memperlihatkan gaya, stail dan keanggunan, sambil mengekalkan ciri unik reka bentuk sederhana yang berlandaskan budaya masyarakat Asia Tenggara.

Program yang dijalankan selama dua bulan ini bertujuan untuk membantu syarikat pemula dan PKS tempatan. 

Mewujudkan ekosistem mampan untuk bakat-bakat fesyen tempatan, SFA2022 menyediakan bengkel khas serta sesi bimbingan oleh barisan profesional daripada industri fesyen tempatan.

Menariknya, program ini juga mendapat sokongan ikon muzik dan usahawan terkenal, Datuk Sri Siti Nurhaliza serta usahawan fesyen seperti Rasta Rashid, Leslie Variyan dan Wong Lee Leng. 

Yong Kai Ping (dua kanan) dan Siti Nurhaliza bersama rakan strategik Malaysia Top ECM Awards - Gambar ihsan Perbadanan Teknologi Maklumat dan Ekonomi Digital Selangor
Yong Kai Ping (dua kanan) dan Siti Nurhaliza bersama rakan strategik Malaysia Top ECM Awards - Gambar ihsan Perbadanan Teknologi Maklumat dan Ekonomi Digital Selangor

Ketua Pegawai Eksekutif Sidec, Yong Kai Ping berkata, memandangkan tidak banyak program yang dikhususkan untuk fesyen, Sidec tampil bagi memberi sokongan.

“Sidec memberi peluang dan platform kepada mereka untuk berkongsi idea dan kreativiti. Ia satu komponen penting yang mendorong mereka untuk tampil berani dan yakin,” ucapnya.

Dijalankan secara hibrid (dalam talian dan bersemuka), program ini merangkumi modul seperti kemahiran asas ‘pitching’, kesesuaian pasaran produk, pengurusan jenama dan identiti jenama.

Modul-modul lain seperti inovasi tekstil serta sesi perkongsian pengumpulan dana, harta intelek dan tanda dagangan turut dijalankan.

Yong Kai Peng (tengah) bersama 16 peserta yang akan menerima latihan bermula dari 1 Ogos sehingga 23 September 2022. - Gambar ihsan Perbadanan Teknologi Maklumat dan Ekonomi Digital Selangor
Yong Kai Peng (tengah) bersama 16 peserta yang akan menerima latihan bermula dari 1 Ogos sehingga 23 September 2022. - Gambar ihsan Perbadanan Teknologi Maklumat dan Ekonomi Digital Selangor

Kesemua 16 peserta akan menerima latihan bermula dari 1 Ogos sehingga 23 September 2022. 

Hanya enam peserta akan dipilih untuk menyampaikan ‘pitching’ terakhir mereka kepada pelabur pada Hari Demo yang akan berlangsung pada 8 Oktober 2022 di Pitch@Selangor6.

Paling menarik, pemenang berpotensi untuk menerima peluang pelaburan daripada The Hive Southeast Asia dan Permodalan Negeri Selangor Berhad (PNSB). – Getaran, 2 Ogos 2022


 

Berita Berkaitan

1

Video & Galeri 1 minggu yang lalu

Nyanyian Duet Tengku Ampuan Pahang, Datuk Sri Siti Nurhaliza Pikat Tetamu

2

Selebriti 3 bulan yang lalu

Siti Nurhaliza Bagi Maklum Balas Terhadap Saranan Mufti Pulau Pinang

3

Muzik 4 bulan yang lalu

Tiket Konsert Siti Nurhaliza Licin Dijual Dalam Masa 2 Jam

4

Muzik 4 bulan yang lalu

Siti Nurhaliza Ingin Anjur Konsert Di Stadium Nasional Bukit Jalil Sebelum Bersara

Sorotan

1

KPU Indonesia Isytihar Prabowo, Gibran Presiden Dan Naib Presiden 2024-2029

2

Amalan Pemakanan Tidak Sihat, Kurang Aktiviti Fizikal Punca Utama Obesiti - Dr Dzulkefly

3

642 Pegawai, Anggota Polis Selangor Bertugas Pastikan Kelancaran PRK Kuala Kubu Baharu

4

Jamaica Secara Rasmi Iktiraf Palestin Sebagai Sebuah Negara

5

Tragedi Helikopter: Kerajaan Perak Akan Bincang Bentuk Bantuan Kepada Waris

6

Prestasi Malaysia Dalam Laporan Amnesty International Buruk

7

Harimau Muda Tutup Kempen Di Qatar Tanpa Sebarang Kemenangan

Disyorkan untuk anda

Refleksi 1 hari yang lalu

Ketahui 4 Manfaat Membersihkan Rumah

oleh Rahayu MN

Gaya 1 hari yang lalu

BNM Keluarkan Syiling Peringatan Sempena 50 Tahun Lembaga Pertubuhan Peladang

Ia datang dalam bentuk set 2 dalam 1 iaitu syiling yang diperbuat dengan perak sterling berwarna dan emas Nordic Brilliant Uncirculated.

oleh Fida Ruzki