web statsweb stats

Berita Terkini

14 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 14 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Apa Ada Di Butik Konsep Komuniti Oleh Nike?

Nike by Sunway memperkenalkan butik berkonsepkan komuniti pertama di Sunway Pyramid.

Gaya Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 12 Jul 2022 10:04AM

Pelakon Syafiq Kyle di acara pembukaan Nike by Sunway - Gambar ihsan GMC

oleh

Zaidi Che

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

GMG, sebuah syarikat yang menjual dan mengedar jenama sukan antarabangsa di Malaysia memperkenalkan Nike by Sunway, butik Nike berkonsepkan komuniti pertama di Selangor.

Terletak di Sunway Pyramid, butik ini membawa konsep baharu yang direka untuk komuniti sukan tempatan dan menawarkan ruang serta pengalaman membeli-belah yang ideal.

Berlokasi di aras kecergasan dan sukan, Nike by Sunway bersedia menghubungkan peminat sukan dan jenama Nike dari semua lapisan masyarakat.

Di butik ini, anda akan disantuni oleh para pekerja yang bertaraf atlet dan berpengetahuan luas dalam bidang sukan dan gaya.

Rekaan dalaman direka dengan terperinci, menyerupai kediaman konvensional di Malaysia dan menjemput pelanggan supaya selesa untuk mengalami pengalaman Best-of-Nike.

Butik ini turut direka sebagai ruang komuniti, di mana pelanggan boleh bersantai dan duduk, sambil berbual dan berkongsi minat bersama-sama rakan-rakan peminat sukan yang lain.

Selain itu, ia mengekalkan rak paparan pakaian dan kasut dengan penyusunan mengikut musim dan kategori sukan dengan teliti.

Bilik persalinan tidak terkecuali, ruang ini direka dengan cermin tinggi dan pencahayaan yang boleh diselaraskan. 

Setiap ruang menawarkan peluang kepada peminat sukan untuk berhubung sambil menjamu mata melihat produk-produk dan keluaran terbaharu.

Pembukaan butik unik ini juga menandakan kejayaan bagi kumpulan GMG yang kini sudahpun membuka sembilan butik Nike di seluruh Malaysia. 

“Kami teruja dengan momentum pertumbuhan kami dengan meraikan pembukaan butik Nike kesembilan kami ini di Malaysia.

“Ini adalah usaha kami untuk melayani permintaan pengguna yang semakin meningkat,” kata Mohammad A. Baker, Timbalan Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif GMG.

Naib Presiden Peruncitan Sukan GMG (Asia Tenggara), Carl Masterman pula berkata, “Nike by Sunway mempunyai sesuatu untuk semua orang. Butik ini sendiri ialah pengalaman baharu. 

“Butik ini bertujuan mencipta pengalaman peribadi untuk memberi inspirasi kepada peminat sukan bagi memupuk rasa cinta mereka terhadap sukan dengan lebih mendalam,” ujarnya.

Butik ini menawarkan perkhidmatan temu janji untuk sesi membeli-belah, penghantaran ke rumah atau pengambilan barangan di lokasi pilihan di dalam Sunway Pyramid.

Istimewanya, Nike by Sunway turut diprogramkan untuk menjadi tuan rumah aktiviti sukan komuniti seperti yoga, tarian, larian dan banyak lagi. – Getaran, 12 Julai 2022

Gambar: GMG

Berita Berkaitan

1

Sukan 5 hari yang lalu

MPL MY: Team Vamos Mara Ke Grand Final, Tempah Tiket Ke MSC

2

Sukan 1 minggu yang lalu

'Pocket Rocketman' Azizulhasni Atlet Ketiga Terima Darjah Bakti Daripada Agong

3

Sukan 1 bulan yang lalu

Selangor Bakal Miliki Kompleks Polo Bertaraf Antarabangsa, Babit Kos Puluhan Juta

4

Sukan 1 bulan yang lalu

Malaysia Peroleh Hak Siaran Piala Dunia FIFA, Akses Tv Di India Dan China Masih Belum Pasti

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Gaya 12 jam yang lalu

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

oleh Rahayu MN