web statsweb stats

Berita Terkini

4 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 4 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Serlahkan Ekspresi Fesyenmu Bersama ASTRO!

Atome menjemput anda menyertai kempen ‘Own Your Expression’ dan berpeluang mewakili Malaysia, berjalan di pentas peragaan antarabangsa.

Gaya Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 14 Jun 2022 9:45AM

oleh

Zaidi Che

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Dilancarkan di Malaysia, Singapura, Indonesia, Thailand, Taiwan dan Filipina, Atome menganjurkan ‘Own Your Expression’, kempen terbaharunya bagi ekspresi fesyen dan kecantikan.

Kempen serantau ini bakal memperlihatkan cara generasi muda Asia mencipta dan menggayakan penampilan mereka serta memberi kelainan dalam norma fesyen dan kecantikan konvensional.

Jenama beli dahulu bayar kemudian ini sentiasa memberi sokongan kepada setiap individu bagi menyahut keinginan mereka dalam bidang fesyen dan kecantikan.

Istimewanya, kempen yang berlangsung selama sebulan ini menampilkan duta Atome, kumpulan kpop terkenal, ASTRO!

Pengguna-pengguna Atome dijemput untuk melakukan sesi peragaan, solekan dan pakaian menggunakan filter ‘Own Your Expression’ dan memuatnaik di Instagram atau TikTok.

Seramai 30 pemenang akan dipilih berdasarkan kreativiti dan keaslian penampilan mereka. Dijangkakan seramai satu juta peminat ASTRO bakal menyertai cabaran pentas maya ini. 

Di penghujung cabaran, Look-a-Zine, satu majalah fesyen akan dihasilkan, khusus untuk mempamerkan gaya-gaya fesyen dan kecantikan yang paling unik dan asli tersebut.

Seorang pemenang dari Malaysia juga akan dijemput untuk mengambil bahagian di pertunjukan fesyen yang akan disiarkan di seluruh Asia pada 25 Jun di Suntec City West Atrium, Singapura.

Sebuah kedai fizikal yang menampilkan jenama fesyen dan kecantikan seperti Zalora, Aldo dan Shein juga akan beroperasi di lokasi dan waktu yang sama.

“Kami teruja bekerjasama dengan Atome untuk kempen terbaharu mereka dalam memberikan pengguna akses kepada jenama gaya hidup dan fesyen kegemaran mereka.

“Kami teruja melihat orang ramai mengekspresikan fesyen mereka dan tidak sabar menyaksikan penampilan-penampilan menarik mereka!” ujar Kannan Rajaratnam, Pengarah Serantau Zalora.

Naib Presiden Pemasaran Atome, Vangie Hu pula berkata, “Takrif fesyen dan kecantikan di Asia pantas berubah. Norma tradisional atau apa yang patut dipakai sudah berbeza.

“Generasi muda kini mengekspresi diri mereka dalam bidang fesyen dan kecantikan dengan cara baharu yang lebih kreatif, asli dan menyeronokkan.

“Kami memberi penghormatan kepada keterangkuman generasi baharu Asia yang sedang mengambil alih perspektif terhadap fesyen dan kecantikan pada hari ini,” akhiri Hu.

Layari Atome Malaysia untuk maklumat lanjut. - Getaran, 14 Jun 2022

Gambar: Atome Malaysia


 

Berita Berkaitan

1

Gaya 1 hari yang lalu

Skin Turnover Protocol, Pendekatan Baharu Untuk Kulit Sihat Dan Menawan

2

Gaya 3 hari yang lalu

Piala Dunia 2026: Penginapan, Kembara Dan Peluang Mendapatkan Tiket Percuma

3

Gaya 3 hari yang lalu

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

Gaya 2 minggu yang lalu

Pos Malaysia, Perhilitan Perkenal Setem Khas Burung Bayan Malaysia

Sorotan

1

Pemandu Lori Nahas Maut Karak Miliki 15 Rekod Saman

2

Kerugian Jenayah Siber Cecah RM3 Bilion, Penipuan Dalam Talian Meningkat 87 Peratus

3

Tragedi Zaid Ibrahim; Ahli Politik Yang Berhutang Penjelasan

4

Video Belasah Pembantu Rumah Tular, 2 Pasangan Suami Isteri Ditahan

5

Asid Tumpah Dari Lori: Tiada Pencemaran Asid Di Sungai Cherating - JAS

6

Motosikal Ditunggang Langgar Belakang Kereta, Pelajar Maut Digilis Lori

Disyorkan untuk anda

Gaya 1 hari yang lalu

Skin Turnover Protocol, Pendekatan Baharu Untuk Kulit Sihat Dan Menawan

oleh Rahayu MN