Berita Terkini

1 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Terpesona Di Pameran Petang Raya 2006-2022 Bernard Chandran

Berlangsung di Fahrenheit88 dari 20 Mei hingga 20 Julai 2022, kemasukan adalah percuma!

Gaya Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 24 May 2022 8:30AM

oleh

Zaidi Che

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Fajar Syawal yang menyinari setelah Ramadan, bulan penuh kerohanian berakhir ialah masanya untuk kita menyambut Hari Raya yang menggembirakan. 

Rakyat Malaysia menikmati Aidilfitri dengan semangat baharu dan busana yang mempesona, yang sering kali mencerminkan pengaruh gaya, warna dan trend pada tahun-tahun berkenaan.

Dengan pemikiran yang kreatif dan inovatif, Bernard Chandran melancarkan koleksi Petang Raya pertamanya pada 2006.

Pada tahun itu, Bernard sudah bermain dengan visi yang menjangkau pada masanya. Bayangkan Kebaya yang dipadankan dengan seluar? Atau kain jersey yang dipotong menjadi baju kurung?

Mentakrifkan keanggunan dan nilai-nilai eksentrik jenama ini, satu pameran fesyen eksklusif buat julung kalinya dijalankan, Pameran Petang Raya 2006-2022 Bernard Chandran.

“Wanita-wanita Malaysia sudah bersedia untuk suatu fesyen yang baharu dan berbeza,” ucap Bernard semasa membuat sesi jelajah pameran ini bersama media dan selebriti.

Sebagai seorang pereka fesyen yang sudah berkecimpung di pentas Paris pada awal tahun 90an, Bernard mengimbas semula kata-kata rakannya yang buat pertama kali melawat Malaysia.

“Semua orang berpakaian sama,” katanya.

Seraya itu, Bernard nekad untuk menyahut cabaran itu dengan merombak semula pakaian tradisional di Malaysia.

“Saya mahu mencabar tanggapan pada pakaian tradisinonal kita. Selain itu, memajukan industri fesyen dengan menolak sempadan kebiasaan normal.

“Pada penghujung satu persembahan fesyen, saya ‘menjatuhkan’ kain baju kurung untuk memperlihatkan pakaian tradisional kita penuh bergaya dan fleksibiliti rekaan saya,” kongsi Bernard lagi.

Semenjak itu, Bernard telah melayari trajektori gaya yang revolusi pada baju kurung dan kebaya klasik. Ia mengangkat nilai keanggunan, kecantikan dan kekuatan wanita Malaysia.

Petang Raya 2014, Bernard mencipta tema ‘Wanita Berkuasa’ yang menampilkan penggunaan kulit dan kain linen yang tidak konvensional.

Disambung pula dengan warna-warna pop dan kontras untuk menghadirkan estetika berani wanita-wanita berpengaruh dalam budaya dan masyarakat Malaysia.

Dengan kepakaran yang dimilikinya, Bernard membawa selebriti, golongan diraja dan budaya ke dalam relung fesyen jenamanya, sambil menyuntik konsep segar dan inovatif terhadapnya.

Kilauan glamor dan retro mendominasi ruangan pameran ini dengan era 70an dan 80an menjadi era gaya kegemaran Bernard.

“Saya seperti pengembara masa. Saya suka kembali ke era di mana masyarakat bersifat lebih positif dan bersemangat bebas.

“Saya mendapat ilham daripada tokoh-tokoh ikonik dan biduanita Melayu kita seperti Mariam Ismail, Saloma, Saadiah dan Rahimah Alias,” kata Bernard.

Dipersembahkan dalam 20 tema, pameran ini mempamerkan koleksi-koleksi busana-busana Raya ciptaan Bernard Chandran dari tahun 2006 sehingga 2022.

Terdapat juga pameran busana yang digayakan oleh Estelle ketika dia mempersembahkan lagu ‘American Boy’ di 2008 Grammy Awards.

Kebaya songket Michelle Yeoh untuk The Grand Prix Ice Gala 2005 turut dipamerkan di pameran ini. Kolaborasi bersama Jim Thompson pada 1998 untuk koleksi kerawang juga dipamerkan.

Koleksi baju Melayu yang dipadankan dengan potongan jalanan, sukan dan elemen rockstar turut melatari pameran.

“Petang Raya 2006-2022 merupakan pameran utama keempat sepanjang 35 tahun karier saya dalam bidang fesyen. 

“Pameran ini benar-benar merayakan budaya kita yang kaya raya.

“Ia memberi inspirasi kepada semua rakyat Malaysia untuk menghargai sejarah busana kita dan memahami bagaimana ia boleh menjadi begitu kontemporari.

“Ia merupakan satu kembara fesyen yang berani, mengubah stail dan potongan tradisional bagi mencerminkan kepintaran dan fashion-forward wanita Malaysia abad ke 21. 

“Seperti yang selalu saya katakan, jangka yang tidak dijangka!” akhiri Bernard Chandran.

Pameran Petang Raya 2006-2022 Bernard Chandran dibuka untuk kunjungan awam dari 20 May hingga 20 Julai 2022 di aras 2, Fahrenheit88, Jalan Bukit Bintang, Kuala Lumpur. 

Kemasukan adalah percuma! - Getaran, 24 Mei 2022

Berita Berkaitan

1

Gaya 5 bulan yang lalu

Alvin Chong Tekad Kuasai Dunia Fesyen Menerusi ALVN

2

TARA 7 bulan yang lalu

Pertunjukan Fesyen Gabungan Neonate, SVG Luar Biasa! Cat Walk Di Tengah-Tengah Litar Perlumbaan

3

Jelajah 8 bulan yang lalu

Pameran Kartun 'Seiring Sejalan' Terap Semangat Perpaduan

4

Semasa 8 bulan yang lalu

Keindahan Alam Tak Dapat Diganti Jika Musnah - Tunku Azizah

Sorotan

1

“Tiada Kasino Berlesen, Tipu” – PM

2

Najib Tak Pernah Arah Pengurusan 1MDB Pindah US$1.03 Bilion Kepada Syarikat Jho Low – Saksi

3

Keperluan Teliti SOP Latihan Udara Bergantung Laporan Siasatan – Khaled

4

Norjuma Didakwa Cederakan 3 Individu, Berbuat Khianat

5

Pengebumian Joanna Diiringi Tangisan Anaknya

6

Tragedi Helikopter TLDM : Jasad Mendiang Joanna Felicia Dikebumikan Di Serian Pagi Ini

Disyorkan untuk anda

Gaya 1 hari yang lalu

BNM Keluarkan Syiling Peringatan Sempena 50 Tahun Lembaga Pertubuhan Peladang

oleh Fida Ruzki